Terkini | New

FELDA RESIDENCE HOT SPRINGS

Pengembaraan kami ke negeri Perak #traveloguemalaysia bersama @borakkita_official menjelajah selatan Perak selama 6hari. 

Perjalanan kami di Ipoh Perak yang sangat-sangat cantik dan kami berterima kasih kepada Majlis Perbandaran Ipoh membantu perjalanan kami dan pihak yang menaja perjalanan kami dari Kuala Lumpur.
@Canon Marketing Malaysia
@Wangi World Malaysia

Seterusnya kami ke 
Felda Residence Hot Springs Sungai Klah.

Perjalanan kami di sambut meriah oleh Felda Residence Hot Spring dan sedikit penerangan mengenai kawasan yang cantik ini.

Kami berada di villa yang ada private jacuzzi harap-harap boleh berendam dengan air panas semulajadi .

Macam-macam ada dekat Felda Residence Hot Spring untuk abam kongsikan bersama anda. percutian yang sesuai bawak family untuk bercuti kat sini yang pasti budak-budak mesti suka. 





Sedikit penerangan sejarah dan kebaikan mandi air panas semulajadi oleh Pak Said yang lama bertugas di sini.

Terdapat 3 Saluran air dari punca mata air panas tu di salurkan ke villa dan kolam-kolam dan private jakuzi yang sememangnya asli dan nature.




Punca mata air panas yang mengalir ke kolam dan sangat bersih dan panas.

Kami melawat Villa yang ada di sini sememangnya cantik dan sesuai untuk seisi keluarga.






















Sebenarnya alga dalam kolam bukan kotoran tapi itu alga hasil dari sulfer air panas. Bagus sapu kat muka untuk awet muda, lembut kulit dan buang kulit mati. Wajib cuba!


Selesai sudah kami menggunakan scrup muka dari alga air panas dan berendam.. muka jadi licin mcm nak tapau jer bawak balik.


Nama Sungkai adalah berasal dari nama sebatang pokok, pokok Sungkai yang terdapat di kawasan hot spring.



Kami teruskan berendam dan mandi manda seteruskan memasak telur di sini.






kami #TravelogueMalaysia menginap di Felda Residence Hot Springs, Spa Villa yang cukup cantik dan luas.

Villa yang cukup lengkap beserta dapur, tempat bbq, dewan seminar, dan juga gym memang sesuai untuk mengadakan sebarang aktiviti menarik.


More info :