Terkini | New

Hari Muzium Antarabangsa , Banda Hilir, Melaka

Program Perasmian Hari Muzium Antarabangsa di Perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka
.

Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh YB Tuan Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. YB Tuan Adly Bin Zahari, Ketua Menteri Melaka serta YB Menteri turut melawat booth-booth pameran dari Jabatan-jabatan Muzium Negeri dan Agensi-agensi Kerajaan lain yang terlibat. 















Gimik Pelancaran Setem Khas Muzium-muzium dan para tetamu melawat pameran-pameran yang di sediakan. Pelbagai agensi/muzium yang telah sama-sama menyertai pameran ini di antaranya ialah Jabatan Muzium Malaysia, Perzim, Padat, Lembaga Muzium Negeri Perak, Yayasan Warisan Johor, Muzium Nelayan Tanjung Balau, Muzium Sabah, Muzium Sarawak, Lembaga ,Muzium Negeri Pahang, Muzium Kedah, Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Bank Negara, Balai Seni negara, Kraftangan Malaysia, Lembaga Muzium Terengganu, Muzium Kelantan, Muzium polis, Muzium Penjara Malaysia, Muzium TM, Muzium Geologi, Muzium wilayah Kalimantan, Agensi Nuklear Malaysia, ,Muzium dan galeri seni Tuanku Fauziah, Muzium Seni Asia, universiti Malaysia Terengganu, UPSI, Muzium Negeri Pulau Pinang, Muzium tentera laut dan Pos Malaysia.




Muzium antarabangsa yang diraikan oleh muzium-muzium di seluruh dunia pada 18 Mei setiap tahun adalah resolusi persidangan majlis muzium antarabangsa ke 12 pada tahun 1977. Perayaan tahunan ini merupakan hari yang memberi pengertian Besar Kepada dunia permuziuman sejagat dalam usaha untuk menarik perhatian umum terhadap program dan aktiviti muzium. 

Perayaan yang diilhamkan oleh ICOM international council of Museum mendapat sambutan yang baik apabila 145 buah muzium telah mengiktiraf dan mengambil inisiatif untuk memartabatkan perayaan pada hari muzium Antarabangsa ini. Perayaan hari muzium Antarabangsa ini disertai oleh hampir 35000 muzium yang menganjurkan pelbagai acara sambutan di seluruh dunia. 


Muzium Dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia
turut serta mempamerkan teknologi dan sejarah-sejarah matawang.



Di Malaysia, ini menunjukkan pengiktirafan kerajaan ke atas kepentingan muzium serta peranannya di dalam pembentukan masyarakat dan negara. Usaha institusi muzium pada tahun-tahun Kebelakangan ini yang gigih dalam mempamerkan, memelihara, dan memulihara saya and warisan sejarah negara merupakan satu kekuatan dan perubahan yang baik kepada institusi muzium pada masa kini. 

Gabungan kaedah tradisional dan kreatif dalam membina bangsa dan negara menjadi agenda utama institusi muzium bagi memastikan perubahan positif masyarakat terhadap sumbangan dunia permuziuman. Sambutan hari muzium Antarabangsa ini seluruh dunia memberi kesempatan kepada masyarakat untuk meneroka dan melihat hasil kreativiti yang dilaksanakan oleh muzium dalam pembangunan bangsa dan negara. Pada tahun ini merupakan sambutan yang ke-22 dan kerajaan negeri Melaka telah terpilih sebagai tuan rumah.



Pameran PADAT bersempena Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Negeri Melaka. Tema booth PADAT pada tahun ini "The Wonders Of Wau Kapal"








Objektif hari muzium antarabangsa.

Sambutan hari muzium Antarabangsa ini akan menyedarkan masyarakat tentang pentingnya peranan muzium di dalam kehidupan dan pembangunan sosial budaya bangsa. Ia juga adalah sebagai tanda penghargaan institusi muzium terhadap sumbangan serta peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam memelihara khazanah negara. 



Ia juga memberi peluang dan kesempatan kepada orang ramai untuk mengunjungi dan mengenali muzium dengan lebih dekat dan menyertai pelbagai aktiviti muzium. Pihak muzium berharap ia dapat menarik minat masyarakat untuk bersama-sama melindungi warisan pelbagai budaya yang menjadi identiti sesebuah negara bangsa. 



Pendedahan kepada kakitangan muzium bagi mengubah corak pemikiran ke arah yang lebih terbuka dan inovatif bagi melahirkan sebuah muzium yang dapat memenuhi keperluan dan citarasa masyarakat semasa. Mewujudkan perpaduan serta jaringan kerjasama yang erat di kalangan warga muzium Malaysia dan lain-lain agensi pihak swasta, ngo dan di negara ini.









Antara Booth yang terdapat di Karnival Hari Muzium Antarabangsa 2018. Pelbagai pameran dan ilmu dapat di kongsikan kepada pengunjung yang hadir.



Tahniah diucapkan kepada Pasukan Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang kerana berjaya merangkul anugerah Booth Muzium Paling Kreatif Sempena Hari Muzium Antarabangsa 2018 di Melaka Bandaraya Bersejarah.

Satu kelainan yang ditampilkan oleh Perbadanan Muzium Pulau Pinang adalah dengan membawakan sebuah Perniagaan Menggunting Rambut yang dijalankan dalam kontena yang dibawa khas dari Pulau Pinang. Menggelar diri mereka Son&Dad Barber Shop, mereka menawarkan servis menggunting dan mencuci rambut pada harga yang sangat istimewa.



Di booth mereka ini juga terdapat beberapa peralatan menggunting rambut yang antik seperti mesin rambut manual dan gunting-gunting rambut yang lama. Anda boleh berkunjung ke booth mereka bagi menyaksikan sendiri bahan antik ini.



Kemeriahan HMA 2018 yang sedang berlangsung di Perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Bandar Hilir, Melaka.

 





Gambar-gambar menarik anda boleh lihat di page Facebook Hari Muzium Antarabangsa.

Acara sebegini harus di lakukan dengan lebih kerap lagi agar warga Malaysia terdedah dengan maklumat dan informasi yang terkini seperti Tourism Malaysia Media Challenge 2.0
Kerjasama Jabatan Muzium Malaysia Sempena Hari Muzium 
Antarabangsa 2018.