Recent comments

Terbaru

Bukit Merbok, Perlis | Malaysia Bukit menarik untuk pendaki.

Pengembaraan kami ke Negeri Perlis Indera Kayangan bersama Travelogue Malaysia adalah bagi menjelajah destinasi percutian menarik yang membawa kami ke , Perlis. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati.


HIKING BUKIT MERBOK, Perlis menjadi pilihan kami kali ini.
Ketinggian 180meter dan Gua Tembus sedalam 50kaki. Perjalanan mengambil masa 2 jam atau lebih mengikut kemampuan peserta. 5minit berjalan kaki sahaja dari Homestay Kampung Ujung Bukit melalui kawasan sawah padi dan ladang buluh madu pak madi.






Perjalanan dari homestay ujung bukit mengambil masa 10 minit untuk sampai ke kebun buluh madu Pak Madi. Segala taklimat perjalanan di uruskan oleh PNW Perlis yang menjadi guide kami untuk menaiki Bukit Merbok.








Pelbagai mitos dan sejarah dari gua bunian ini di terangkan oleh pihak PNW Perlis dan sejarah kemasukan pendaki dari negara luar yang pernah ke sini dan meninggalkan keratan akbar sejarah mereke ke sini dahulu.



Pelbagai halangan dan rintangan untuk sampai ke puncak, Alhamdulillah sampai dengan selamat dan kami menikmati pemandangan yang menarik can cantik alam semulajadi Negeri Perlis.




Sempat kami merakamkan gambar kenangan di Gua Bunian ini.






























Selepas penat memanjat kami terus order makanan dari homemade.shipscooks. Terdapat dua pilihan kali ini, nasi putih dengan sambal kerang , ikan keli, kerang dan ayam goreng.






Perlis selama 4 hari 3 malam tidak terasa cepatnya dan banyak lagi tempat yang perlu di jelajahi. Terima kasih Borakkita, Perlis Nature & Wildlife, UPEN, dan Perodua Malaysia yang telah menaja Perodua Bezza dan Perodua Myvi untuk travelogue kali ini.




Tel : 0182224360/01103963542

FACEBOOK:
INSTAGRAM:
Selamat membaca jangan lupa SHARE post ini dengan semua kenalan.Terima kasih pada semua.
Untuk sebarang PERTANYAAN, PERIKLANAN, FOOD / PRODUCT REVIEW, boleh email:

dboyfotopages@gmail.com
INSTAGRAM
Jemput Follow Instagram @dboy_studio

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)