Recent comments

Terbaru

Destinasi KTM Holidays ke Hatyai, Thailand

Kali ini kami akan kongsikan pengalaman menaiki tren ini ke Hatyai. Perjalanan tren khas ini bermula daripada Kuala Lumpur - Hatyai, Thailand, berhenti di Stesen lpoh dan seterusnya menuju ke Stesen Kuala Lumpur Sentral, Malaysia. 

Kelab Hash House Harrier (HHH) melalui kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menganjurkan program tren khas 'Rumble Back to Mother bersempena sambutan 'Hash House Harrier 80th Anniversary Celebrations', yang mula ditubuhkan pada tahun 1938 di Selayang Quarry, Selangor.






Persinggahan pertama kami adalah station Ipoh yang pasti harus anda singgah jika menaiki tren. Senibina banggunan lama yang heritage pasti akan membuatkan anda kagum sama seperti  station KTM Kuala Lumpur.







Station keretapi Ipoh yang mula di bina pada tahun 1917 berunsurkan senibina klasik British serba putih cukup menggambarkan kepada kita keunggulan senibina ini suatu masa dahulu. Tahniah kepada penduduk Ipoh yang sama-sama menjaga kecantikan Bandaraya Ipoh. 



Antara yang menarik di perkarangan station Ipoh ini adalah anak pokok Ipoh yang di tanam di hadapan station Ipoh yang di katakan pada asalnya pokok yang besar ini telah tumbang.

Kemudahan basikal di sekitar Bandaraya Ipoh dan bayaran menggunakan aplikasi smartphone

Medan Selera Dato' Sagor, Ipoh, Perak.
Siapa Orang Ipoh? Mesti ramai rindukan Ipoh dan makanan sedap-sedapnya dari penduduk Perak. Puluhan kedai makanan berdekatan Medan Selera Dato' Sagor, Ipoh, Perak untuk anda kunjungi. Perjalanan dari station Ipoh berjalan kaki melintas jalan sekitar 10 minit sahaja.




Kecantikan dan kebersihan Bandaraya Ipoh sememangnya bersih dan terjaga menjadikan Ipoh menjadi destinasi pilihan pelancong dan tersenarai dalam lonely Planet 10 tempat untuk anda kunjungi pada tahun 2017.








Antara makanan pilihan kami yang disarankan staf-staf Ktmb berhad yang selalu mengunjungi kawasan ini. Memang sedap dengan pelbagai jenis makanan dan pilihan.


Sesi perjalan ke Hatyai di teruskan setelah selesai urusan di station Ipoh. Staf-staf Ktm Holidays telah memulakan segala persiapan dan pembersihan di bahagian koc acara dan koc chillex ini.









Ruang ini telah di reka dan di perhiaskan bagi membolehkan peserta berehat dan bersantai membuat aktiviti mereka. Beg kabus dan bantal di sediakan bagi keselesaan peserta. Bahagian ini boleh di ubah mengikut tema citarasa pelanggan Ktm Holidays.




Sempat kami bergambar bersama-sama sebelum ketibaan peserta di Hatyai nanti. Kemesraan dan keramahan staf-staf telah sedia untuk menyambut tetamu mereka.









Kami di sambut mesra oleh kakitangan Station Hatyai yang telah memberi kerjasama yang banyak bagi melancarkan perjalanan dan mengambil peserta dari Hatyai.



Penginapan kami di sediakan oleh Ktm Holidays di Hatyai.



Jika anda ke Hatyai jangan lupa singgah ke ThaiMalaysia Restaurant memang sedap dan menarik. Masakan mereka sememangnya asli Thailand terutamanya tomyam putih mereka.










Jika ke Hatyai kami singgah membeli-belah di bazaar Asean Night Market yang menarik dan pelbagai.










Kami sarankan anda mencuba makanan jalanan muslim Thai yang popular sebelum pulang ke Malaysia. Anda juga boleh membeli barangan cenderahati berhadapan Lee Plaza yang dikatakan murah dan berbaloi.


Awal pagi lagi kami dan Ktm Holidays siap sedia untuk menerima kunjungan peserta. Kerjasama dari pegawai station Hatyai dan Ktms Holiday sememangnya rapat dan mereka sama-sama telah menjalinkan hubungan erat serta pelbagai aktiviti berhubung dengan kereta api.




Perjalanan tren khas ini dinaiki peserta seramai 300 orang dari pelbagai bangsa dan warganegara dari enam (6) buah benua dunia seperti Asia, Afrika, Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Australia, yang berasal dari negara-negara seperti Thailand, Jerman, Australia Switzerland, Arab, Afrika, Bangladesh, Amerika, Singapura, Jepun, Taiwan, New Zealand, Ireland, Britain, Kanada, Korea dan Malaysia. Peserta-peserta ini menggelarkan diri mereka sebagai "Rumblers".



Pegawai dan staf Ktm Holiday menyambut ketibaan mereka dan menjadikan station Hatyai sibuk seketika. Para peserta dengan pakaian mereka yang pelbagai dan tertulis nama program mereka di seluruh negara.





Jajaran tren khas ini terdiri daripada susunan sembilan (9) gerabak kereta api, iaitu tujuh (7) buah gerabak Tempat Duduk Superior (kelas 2), satu (1) buah gerabak Koc Acara (Event Coach) dan satu buah gerabak koc pelbagai Guna (Event Hall), satu (1) buah Lokomotif dan satu buah Power Generated Car (Pgc).


Koc acara yang di gunakan untuk aktiviti hiburan dan acara seperti karaoke.




Objektif utama penganjuran 'Rumble Back to Mother' adalah untuk mengembalikan nostalgia bekas kakitangan askar British yang bertugas di Tanah Melayu pada suatu masa dahulu. Di antara Rumblers yang turut serta adalah keluarga serta generasi kakitangan askar British berkenaan. 

Sejak tahun 1885, British memperkenalkan kereta api di Tanah Melayu sebagai mod pengangkutan bagi penumpang, barangan dan pergerakan tentera British juga keluarga adalah melalui kereta api Bandar Ipoh dan Kuala Lumpur menjadi pilihan destinasi Rumblers adalah kerana sejarah askar British berpengkalan di Ipoh dan Kuala Lumpur secara majoriti pada zaman tersebut dan terdapat tugu peringatan tentera British semasa bertugas di Tanah Melayu. 



Para peserta sedikit keletihan dan mengambil masa untuk berehat secukupnya sebelum sampai ke Station Ipoh.




Para peserta tiba di Station Padang Besar untuk mengemaskini passport mereka untuk memasuki Malaysia. Mereka di sambut mesra oleh pegawai Ktmb Berhad Padang Besar.








Para media telah siap sedia berada di kawasan ini bagi merakamkan sejarah pertama kali acara besar dan sejarah keretapi pelancongan Malaysia.








Perserta tiba dan berangkat untuk menuju ke ke Station Kuala Lumpur sentral.















Akhirnya kesemua peserta tiba di Kuala Lumpur Sentral dan di sambut dengan acara tarian dan silat yang berjaya menambat hati para peserta dengan senyum dan ketawa. Peserta sempat bergambar bersama sebelum terus pulang ke destinasi masing-masing.












KTMB melalui Unit KTM Holidays berhasrat dengan kolaborasi ini akan berjaya mempromosikan perkhidmatan tren khas seperti ini sebagai produk keretapi pelancongan kepada para pelancong tempatan dan antarabangsa untuk memperkenalkan destinasi- destinasi rel menarik di Malaysía terutamanya


Sebarang pertanyaan mengenai package dan tren pelancongan anda boleh kunjungi :
https://www.facebook.com/RumbleBackToMotherHash/


Let's travel Malaysia by Rail.

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)