Terkini | New

DYXY Showcase Tour 2018

DYXY Showcase Tour 2018.
Lima bintang popular tanah air bakal menggegarkan beberapa destinasi terhebat negara ini menerusi promosi jelajah DYXY Showcase Tour 2018 bermula 8 September sehingga 29 September ini yang dianjurkan oleh DYXY Cosmetics.

Mereka adalah lima jejaka terhebat lagi popular masa kini, Hael Husaini, Haqiem Rusli, Aiman Tino, Achey Bocey dan Caprice .







Mereka akan berada di beberapa buah bandaraya setiap negeri seluruh negara iaitu di Kedah pada 8 September, Terengganu (15 September), Johor Bahru (22 September) dan Sabah pada 29 September akan datang Turut mendukung projek 'gempak ini ialah bintang komedi popular Didie Alías yang akan sama- sama memeriahkan suasana di setiap destinasi DYXY Showcase Tour 2018 itu nanti.
.



Promosi jelajah terhebat ini diadakan di atas kelangsung penjenamaan DYXY yang semakin meniti di bibir masyarakat di negara ini, bersandarkan kekuatan kualiti produk terbitan bumiputera. 

Program mega ini juga bertujuan bagi mendekatkan masyarakat dengan variasi produk DYXY bersandarkan elemen hiburan, selebriti, di samping kenderaan automatif mewah (supercar) sebagai lambang prestij jenama berkenaan



Bagaimanapun penganjuran DYXY Showcase Tour 2018 tidak lain untuk meraikan pengguna, stokis, agen dan setiap tulang belakang jenama DYXY di seluruh negara kerana merekalah resipi utama kejayaan jenama itu dari dulu hingga kini. 

Dalam masa yang sama, DYXY berharap untuk menarik lebih ramai lagi generasi muda meminati bidang perniagaan kosmetik berlandaskan strategi yang telah disediakan. 



Sehubungan dengan itu, sebuah sidang media telah diadakan di restoran terkemuka di ibu kota, Aseana Kuala Lumpur yang dihadiri pihak media dan blogger terkenal tanah air. Majlis telah disempurnakan dengan kehadiran pengasas DYXY Cosmetics iaitu pasangan suami isteri dan usahawan Bumiputera paling menyerlah tahun ini, Dyana Roslan,32 dan Shah Hafiz Borhannudin, 32.




Sidang media telah dihangatkan dengan kehadiran supercar yang menjadi lambang prestij dan kejayaan DYXY Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan sepanjang penganjuran DYXY Showcase Tour 2018 antaranya sesi 'make over bersama-sama barisan jurusolek terkenal tanah air dan meet & greet bersama-sama Instafamous popular tempatan. 




DYXY juga akan mengadakan pencarian Face DYXY 2018, di mana pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai lumayan. Pengunjung yang akan hadir ke pertunjukan jelajah berkenaan juga akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan bertuah dan tidak ketinggalan dapat mengenali variasi produk kecantikan DYXY dengan lebih dekat di Pavilion DYXY yang disediakan. 

Jadual DYXY Showcase Tour 2018 Tarikh: 8 September 2018 Lokasi: Aman Sentral Mall, Kedah Selebriti: Hael Husaini Pengacara: Didie Alias 

Tarikh: 15 September 2018 Lokasi: UTC Kuala Terengganu, Terengganu Selebriti: Haqiem Rusly & Caprice Pengacara: Didic Alias 

Tarikh: 22 September 2018 Lokasi: Angsana Mall, Johor Bahru Selebriti: Aiman Tino & Caprice Pengacara: Didie Alias 

Tarikh: 29 September 2018 Lokasi: Centre Point Kota Kinabalu, Sabah Selebriti: Achey Bocey Pengacara: Didie Alias

Bukan sekadar menjual produk kecantikan, DYXY Cosmetics turut menyediakan peluang perniagaan yang menjanjikan pendapatan sehingga mencecah lima angka dalam tempoh sebulan.







DYXY menyediakan banyak latihan keusahawanan, juga menyediakan pakej untuk Bumiputera memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing 

Program-program di bawah latihanan keusahawanan meliputi kursus, latihan, seminar, bengkel bagi input pendedahanan, pengetahuan dan kemahiran di tahap kebudayaan keusahawanan, pewujudan usahawan serta peningkatan dan pengukuhan yang dianjurkan oleh pengasas  DYXY, Shah Hafiz Borhannudin.



Kelebihan menjadi agen DYXY Cosmeties Stokis akan disahkan sebagai agen sah melalui Instagram, Facebook dan seluruh social media. 

Keterangan lanjut anda boleh layari
http://dyxycosmetics.com/
Youtube DYXY Media 
03-48206031 HQ