Recent comments

Terbaru

GUA KELAM 2

Pengembaraan kami ke Negeri Perlis Indera Kayangan bersama Travelogue Malaysia adalah bagi menjelajah destinasi percutian menarik yang membawa kami ke , Perlis. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati.

Pagi ni kami berpeluang menuju dan menjelajahi GUA KELAM 2 bersama Jabatan Perhutanan Perlis dan Perlis Nature and Wildlife.
Taman Negeri Perlis juga terkenal dengan pembentukan gua batu kapur yang mempunyai laluan air bawah tanah antaranya Gua Kelam 1 dan Gua Kelam 2.






Gua Kelam yang juga menjadi salah satu tapak aktiviti perlombongan satu masa dulu mempunyai gua terpanjang di negara ini iaitu kira-kira 3.6 kilometer.








Sejarah perlombongan di sini dianggarkan berusia kira-kira 100 tahun dahulu dan kawasan itu merupakan satu-satunya aktiviti perlombongan dalam gua yang dijalankan di negara ini.





Hampir semua kesan peninggalan aktiviti perlombongan dapat dilihat dalam keadaan baik kerana barangan yang terdapat di situ tidak mengalami proses pereputan.

Laluan terowong bekas kerja-kerja perlombongan di zaman penjajahan Jepun sejauh kira-kira 400 meter merupakan satu pengalaman menarik yang sukar dilupakan.





























Gua Kelam menjadi tumpuan keluarga untuk berekreasi.Air sungai yang dingin dan segar dan kedalaman sungai yang tidak terlalu dalam sesuai untuk kanak-kanak bermandi-manda. 
Bagi yang meminati aktiviti lasak, sangat berbaloi untuk menelusuri gua yang bersejarah ini.







Perlis selama 4 hari 3 malam tidak terasa cepatnya dan banyak lagi tempat yang perlu di jelajahi. Terima kasih Borakkita, Perlis Nature & Wildlife, UPEN, dan Perodua Malaysia yang telah menaja Perodua Bezza dan Perodua Myvi untuk travelogue kali ini.

Untuk info terkini sila rujuk pada laman social rasmi mereka. Kami share link-link mereka untuk maklumat anda:

FACEBOOK:
INSTAGRAM:
Selamat membaca jangan lupa SHARE post ini dengan semua kenalan.
Terima kasih pada semua.
Untuk sebarang PERTANYAAN, PERIKLANAN, FOOD / PRODUCT REVIEW, boleh email:

dboyfotopages@gmail.com
INSTAGRAM
Jemput Follow Instagram @dboy_studio

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)