Terkini | New

Majlis pelancaran "FUN TAIPEI Bersama Dato’ Fazley & Selebriti Taiwan Mickey Huang

Taipei Membawa Masuk Jenama Trendy untuk Menggalakkan Pelancongan di Malaysia.

Dalam usaha meningkatkan keupayaan pasaran di kalangan pelancong Malaysia, Jabatan Penerangan dan Pelancongan Taipei telah membawa masuk beberapa jenama terkenal yang berpangkalan di Taipei dalam satu upacara pelancaran yang dinamakan “FUN TAIPEI” di IOI City Mall, Putrajaya.








Dato’ Fazley Yaakob, chef selebriti yang tidak asing lagi telah berduet bersama Mickey Huang, bakat kreatif yang didatangkan khas dari Taiwan, menerusi lagu Rasa Sayang. Versi baru lagu rakyat tersebut merupakan gubahan semula oleh Dato’ Fazley sendiri. 




Dalam mengangkat maksud sebenar kempen "FUN TAIPEI" yang sedang berlangsung, Dato’ Fazley tidak keberatan untuk menulis lirik Rasa Sayang yang sejujurnya menceritakan pengalaman manis pada setiap kunjungan beliau ke Taipei. Selain menampilkan keindahan destinasi pelancongan yang mesti dijejaki dan keseronokan menaiki bas persiaran bertingkat, lirik Rasa Sayang versi Dato’ Fazley sudah semestinya memberi penekanan ke atas tempat penginapan dan makan yang mesra-Muslim, seperti Amba Hotel, Kuo Yuan-ye Foods, Formosan Coffee, Ice Monster, Jingimoo Dessert Shop dan Fried Chicken Master.



Kempen “FUN TAIPEI” yang dibawakan khas selama tiga hari bermula jam 10 pagi, 14hb hingga 16hb September, di IOI City Mall, orang ramai dijemput hadir untuk merasai sendiri



keunikan hidangan asli Taiwan seperti kek nanas, ayam goreng, kopi Taiwan, ais mangga serta pencuci mulut yang lain. 
Taiwan, pasti akan ada perkara baru yang beliau terokai pada kunjungan beliau yang seterusnya, terutamanya dalam hal makan. "Jangan tak percaya, pasar malam di Taipei merupakan salah satu tempat di mana anda boleh menemui hidangan lazat, seperti ‘stinky tofu’ dan mee daging lembu antara makanan hebat di Taipei yang sedap kesukaan beliau.



Taipei bukan sahaja lengkap dengan kemudahan restoran dan hotel yang mesra pelanggan Islam. Malah, tempat yang sesuai untuk lari dari kebiasaan dan menenangkan fikiran. Untuk tujuan tersebut, Dato' Fazley bersama beberapa Media arus perdana telah dijemput memenuhi undangan pelancongan atau lawatan Media ke Taipei sekitar Ogos lalu. 



Menurut statistik terkini Biro Pelancongan oleh Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi Taiwan, jumlah kemasukan pelancong ASEAN ke Taiwan telah melebihi 1.38 juta orang bermula Januari hingga Julai 2018, dan angka itu dikatakan terus meningkat. Malaysia menggungguli kedudukan carta sebagai penyumbang terbesar kepada sektor pelancongan Taiwan di rantau ASEAN, seterusnya memberi inspirasi kepada Jabatan Penerangan dan Pelancongan Taipei untuk meneruskan usaha mereka dalam meningkatkan jumlah pelancong Malaysia ke sana tahun ini.



Jabatan Penerangan dan Pelancongan Taipei kini dalam usaha menerokai pasaran Muslim seiring angka kemasukan pelancong Islam dari Malaysia. Bertindak secara progresif, Taipei akan berusaha keras untuk mewujudkan suasana perjalanan yang lebih mesra pengguna Islam. Pihak penguatkuasa kini, turut dalam usaha berkolaborasi dengan ejen pelancongan tempatan dalam menghasilkan pakej yang lebih praktikal untuk pengembara solo bersesuaian dengan kriteria





Pakej perjalanan istimewa dengan diskaun eksklusif dari syarikat
penerbangan utama China Airlines dan pihak perhotelan. Pakej bermula pada harga RM1,200 (kira-kira AS $295). Pelawat berpeluang memenangi salah satu pakej “FUN TAIPEI”, bernilai lebih RM915.


FUN TAIPEI
Surprise Package

Amba Hotel
 Beli Satu & Dapatkan 50% diskaun untuk set Burger (Halal) dan Kentang Goreng Amba dan minuman ringan
 Beli Satu & Dapatkan 50% Diskaun untuk Mee Sup Rusuk Lembu

Ice Monster 
 Dapatkan Popsicle Berbentuk Ais Raksasa Percuma dengan setiap pembelian melebihi NT $100



Fried Chicken Master 
 Beli Jimbo + Cutie (Besar) & Percuma Satu

KUO YUAN YE pastry
 Beli Satu Kotak Hadiah Taiwan Golden - Shortcake Nanas (10 unit) & Dapatkan diskaun 40% untuk pembelian kedua (hanya di kedai terpilih)





San Coffee 
 Setiap pembelian melebihi NT $450 berpeluang memenangi satu dari tiga pilihan hadiah

Sugar & Spice pastry 
 10% Diskaun

Jingimoo Dessert 
 Beli Satu Pencuci Mulut Ais & Dapatkan Satu Percuma (hanya pembelian melebihi NT $150)

inBloom designed fabrics shop
 Percuma sebuah coaster kain cetak dengan setiap pembelian melebihi NT $600

Palais de Chine Hotel
 Percuma naiktaraf bilik (bergantung pada ketersediaan bilik hotel berhak mengubah dasar tanpa sebarang notis)
 Percuma Mini Bar sejurus ketibaan.









TAIPEI 101 Observatory 
 Beli Tiket Dewasa & dapatkan 101 Krayon Pelangi

Taipei Double Decker Sightseeing Bus
 Beli Satu Tiket Hari Penuh & Dapatkan Satu Percuma (untuk pembelian onboard sahaja)

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Tourism Department Div., Dept. of Information and Tourism, Taipei City