Recent comments

Terbaru

MUZIUM KOTA KAYANG, KUALA PERLIS DAN TAMAN ULAR

Pengembaraan kami ke Negeri Perlis Indera Kayangan bersama Travelogue Malaysia adalah bagi menjelajah destinasi percutian menarik yang membawa kami ke , Perlis. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati.

KUALA PERLIS , MUZIUM KOTA KAYANG.
Uikran yang menarik dan cantik dapat anda lihat jika berkunjung ke sini sambil mengenal sedikit sejarah negeri Perlis. Pelbagai barangan sejarah tersemat di Muzium ini termasuklan informasi sejarah yang menarik.











KUALA PERLIS , MUZIUM DIRAJA PERLIS
Selain Muziam sejarah terdapat juga muzium DiRaja Perlis yang menempatkan pelbagai jenis barangan sejarah, peribadi dan cenderamata dari sistem Diraja Perlis. Susur galur kerajaan negeri Perlis anda dapat melihatnya di sini.



http://www.jmm.gov.my/en/museum/kota-kayang-museum

ALAMAT:
Kota Kayang Museum, 

Al-Marhum Kayang, Kuala Perlis, 02000 Perlis
04-977 0027
Email:
pr.mkk@jmm.gov.my
#TravelogueMalaysia #TraveloguePerlis #Perlis #KualaPerlis #PNW#UPEN #SUKPerlis #MuziumKotaKayang #ThisIsPerlis #travel #tourist#malaysia #traveltomalaysia #dboystudio #Malaysiatravelblog


TAMAN ULAR & REPTILIA PERLIS.
Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis merupakan satu-satunya taman ularseumpamanya di Malaysia. Di sinilah terdapatnya pelbagai spesis ular yang boleh dilihat di ruang pameran tertutup mahupun di ruang terbuka. Ia memberi peluang kepada pengunjungnya untuk mendekati haiwan eksotik ini dengan lebih dekat dalam suasana yang hampir sama dengan habitat asalnya.






Terdapat kira-kira 150 ekor ular dari 34 spesies di taman ini. 25 spesies ular tempatan dan sembilan spesies dari luar negara. 10 spesies ular ditaman ini adalah jenis yang berbisa dan selebihnya tidak berbisa. Di antara jenis ular yang terdapat di taman ini ialah ular sawa, ular tedung selar, ular tedung senduk, ular ekor merah, ular kapak bakau, ular rusuk kerbau dan ular katam termasuk katam tebu dan katam payung serta punti. Paling berbisa ialah ular tedung senduk sembur. Ular paling berat ialah ular sawa seberat 80kg dan panjang 23 kaki.






Perlis selama 4 hari 3 malam tidak terasa cepatnya dan banyak lagi tempat yang perlu di jelajahi. Terima kasih Borakkita, Perlis Nature & Wildlife, UPEN, dan Perodua Malaysia yang telah menaja Perodua Bezza dan Perodua Myvi untuk travelogue kali ini.


Untuk info terkini sila rujuk pada laman social rasmi mereka. Kami share link-link mereka untuk maklumat anda:

https://www.facebook.com/Taman-Ular-Dan-Reptilia-Negeri-Perlis-644649655591346/

Selamat membaca jangan lupa SHARE post ini dengan semua kenalan.
Terima kasih pada semua.
Untuk sebarang PERTANYAAN, PERIKLANAN, FOOD / PRODUCT REVIEW, boleh email:

dboyfotopages@gmail.com
INSTAGRAM
Jemput Follow Instagram @dboy_studio

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)