Recent comments

Terbaru

Nat Pokok Getah dan Nat Simpang Empat | Perlis

Pengembaraan kami ke Negeri Perlis Indera Kayangan bersama Travelogue Malaysia adalah bagi menjelajah destinasi percutian menarik yang membawa kami ke , Perlis. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati.


Nat Pokok Getah dan Nat Simpang Empat, Perlis menjadi pilihan kami kali ini. Nat adalah panggilan nama bagi pasar pagi atau pasar sehari di negeri Perlis.

Panggilan nama bagi pasar pagi yang betul- betul berada dalam ladang pokok getah. Pasar ini di buka setiap hari Ahad dari jam 7 pagi hingga 12 Tengahari. 


Buah Bidara ini menjadi pilhan kerama agak sukar di dapati di mana-mana sekarang ini.



Miangkam Thailand 







Pelbagai pilihan dari barangan kering dan basah ada di jual di sini dan yang pastinya di sini semuanya segar-segar.









Nat Simpang Empat
Panggilan nama bagi pasar pagi atau pasar sehari di negeri Perlis. Pelbagai jenis barangan basah dan makanan menarik terdapat sini.
.Nat Simpang Empat setiap hari selasa awal pagi hingga tengahari.



Buah jentik yang terdapat di negeri Perlis, pertama kali saya melihat dan yang uniknya untuk memakannya anda harus menjentik kulitnya hingga terbuka kulit bagi mendapatkan isi di dalamnya.





ulam-ulam dan makanan tradisi negeri Perlis.




Pasar basah yang segar dengan hasil petani dan nelayan di bawa terus ke sini, semuanya nampak segar-segar belaka.






Kuih-muih yang menarik dan pelbagai.








pelbagai peralatan membuat kuih siap sedia untuk di jual.


Sebelum peluang haruslah merasai sendiri kesedapan laksa perlis yang cukup terkenal di sini.





Kami kongsikan kepada anda jadual terbaru Pasar Malam dan Nat di Perlis yang boleh anda kunjungi. Selamat berbelanja dan memanukan ekonomi peniaga-peniaga dan usahawan Perlis!

- Isnin
Nat Balai Baru
Pasar Mlm Jejawi
Pasar Mlm Kuala Sanglang
Pasar Mlm Simpang 4 Abi

- Selasa
Nat Simpang 4
Nat Batu 2
Pasar Mlm Kuala Perlis
Pasar Mlm Lubuk Sireh
Pasar Mlm Bukit Keteri

- Rabu
Nat Balai Baru
Pasar Tani Seriab
Nat Arau (Tapak Pasar Mlm)
Pasar Mlm Kok Mak
Pasar Mlm Pasar Borong Kangar
Pasar Mlm Bintong

- Khamis
Pasar Tani Pekan Simpang 4
Nat Jejawi
Nat Simpang 4
Pasar Mlm Pauh
Pasar Mlm Titi Chai, Utan Aji
Pasar Mlm Tmn Melati Indah
Pasar Mlm Batu Bertangkup

- Jumaat
Nat Behor Lateh
Nat Pokok Getah,Pauh
Nat RPA Beseri Paya
Nat Bukit Keteri
Nat Padang Melangit
Pasar Mlm Arau
Pasar Mlm Pekan Simpang 4
Pasar Mlm Ngulang
Pasar Mlm Tt Tinggi
Pasar Mlm Beseri Dalam

- Sabtu
Nat Balai Baru
Nat Felda Chuping
Pasar Tani Tmn Sena
Pasar Mlm Jejawi
Pasar Mlm Semadong
Pasar Mlm Seberang Ramai

- Ahad
Nat Pokok Getah
Nat Mata Air
Nat Behor Lateh
Nat Kuala Perlis
Pasar Tani Tmn Sena
Pasar Mlm Titi Chai, Utan Aji
Pasar Mlm Balai Baru
Pasar Mlm Kaki Bukit
Uptown Simpang 4

Perlis selama 4 hari 3 malam tidak terasa cepatnya dan banyak lagi tempat yang perlu di jelajahi. Terima kasih Borakkita, Perlis Nature & Wildlife, UPEN, dan Perodua Malaysia yang telah menaja Perodua Bezza dan Perodua Myvi untuk travelogue kali ini.

Selamat membaca jangan lupa SHARE post ini dengan semua kenalan.
Terima kasih pada semua.
Untuk sebarang PERTANYAAN, PERIKLANAN, FOOD / PRODUCT REVIEW, boleh email:

dboyfotopages@gmail.com
INSTAGRAM
Jemput Follow Instagram @dboy_studio

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)