Recent comments

Terbaru

TAMAN NEGERI PERLIS YANG HARUS ANDA TEROKAI

Pengembaraan kami ke Negeri Perlis Indera Kayangan bersama Travelogue Malaysia adalah bagi menjelajah destinasi percutian menarik yang membawa kami ke , Perlis. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati.

Taman Negeri Perlis, menjadi pilihan kami kali ini. Taman Negeri Perlis merupakan taman negeri yang pertama ditubuhkan di Semenanjung Malaysia iaitu pada tahun 1997 dan diwartakan pada 3 Julai 2008. 


Terletak di sebahagian H.S. Mata Ayer dan H.S. Wang Mu dengan keluasan 4,379.81 ha. Taman Negeri Perlis terletak di sebelah barat negeri Perlis dan mengunjur di atas banjaran batu kapur yang terpanjang di Malaysia (38 km) yang dikenali sebagai Banjaran Nakawan.



Keunikan Taman Negeri Perlis bukan hanya pada flora dan fauna yang endemik iaitu pokok Bogak (Cycas clivicola) sejenis tumbuhan zaman purba dan Beruk kentoi (Macaca arctoides) yang masih boleh ditemui di kawasan Taman Negeri Perlis, tetapi termasuk formasi geologi kawasan itu sendiri. 





Sebahagian besar bukit-bukit batu kapur yang terdapat di sepanjang Banjaran Nakawan adalah terdiri daripada Formasi Setul yang tertua di Malaysia dan dianggarkan berusia lebih 500 juta tahun. Selain itu terdapat juga tempat-tempat lain yang menarik dan boleh dikunjungi oleh pengunjung di Taman Negeri Perlis seperti Gua Wang Burma, Pekan Pelancongan Wang Kelian, Bukit Pelarit, Bukit Rongkit, Denai Warisan, Denai Putera Denmark, Tasik Meranti, kawasan menara pandang dan Gunung Perlis. 









Di samping itu, terdapat dua buah penempatan yang berhampiran dengan Taman Negeri Perlis iaitu Kampung Wang Kelian dan Pekan Kaki Bukit.

Jabatan Perhutanan Negeri membina 14 calet yang menawarkan harga berpatutan untuk kemudahan orang ramai. Taman negeri turut menyediakan 10 tapak perkhemahan bagi mereka yang sukakan aktiviti yang lebih mencabar dengan kemudahan lain iaitu asrama, kemudahan asas termasuk surau, kantin dan tandas.



Pengunjung ke taman negeri ini boleh merasai suasana hutan apabila semua kemudahan didirikan di dalam hutan sejauh kira-kira satu kilometer di dalam taman negeri. pengunjung dapat melakukan pelbagai aktiviti termasuk meneroka Gua Wang Burma satu dan dua yang mengambil masa perjalanan kira-kira 30 minit.





Taman Negeri Perlis
• 3 km dari pekan Wang Kelian
• Terletak di dalam Hutan Simpan Wang Mu
• Merupakan jenis Hutan Separuh Luruh
• Kemasukan : Dewasa RM 2.00, Kanak-kanak RM 1.00
• Dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang
Jabatan Perhutanan Negeri Perlis,Km 2 Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis
Tel : 604 - 9765 966


Wang Kelian View Point
Kami sempat menuju keWang Kelian view point untuk melihat pemandangan negeri Perlis yang jelas termasuklah beberapa bukit dan gunung-gunung yang megah kelihatan.







Perlis selama 4 hari 3 malam tidak terasa cepatnya dan banyak lagi tempat yang perlu di jelajahi. Terima kasih Borakkita, Perlis Nature & Wildlife, UPEN, dan Perodua Malaysia yang telah menaja Perodua Bezza dan Perodua Myvi untuk travelogue kali ini.

Untuk info terkini sila rujuk pada laman social rasmi mereka. Kami share link-link mereka untuk maklumat anda:

WEBSITE:

Selamat membaca jangan lupa SHARE post ini dengan semua kenalan.
Terima kasih pada semua.
Untuk sebarang PERTANYAAN, PERIKLANAN, FOOD / PRODUCT REVIEW, boleh email:

dboyfotopages@gmail.com
INSTAGRAM
Jemput Follow Instagram @dboy_studio

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)