Recent comments

Terbaru

TREN KHAS KTMB: RUMBLE BACK TO MOTHER (HATYAI- KUALA LUMPUR) BERSAMA KTM HOLIDAYS

Kelab Hash House Harrier (HHH) melalui kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menganjurkan program tren khas 'Rumble Back to Mother bersempena sambutan 'Hash House Harrier 80th Anniversary Celebrations', yang mula ditubuhkan pada tahun 1938 di Selayang Quarry, Selangor.


KTM Holidays dan krew-krew sempat bergambar bersama pegawai station Hatyai yang banyak membantu melancarkan program ini, ribuan ucapan terima kasih kepada mereka.
Perjalanan tren khas ini bermula daripada Hatyai, Thailand dan berhenti di Stesen lpoh untuk meneruskan larian mereka di sekitar Ipoh dan seterusnya menuju ke Stesen Kuala Lumpur Sentral.




Perjalanan tren khas ini dinaiki peserta seramai 300 orang dari pelbagai bangsa dan warganegara dari enam (6) buah benua dunia seperti Asia, Afrika, Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Australia, yang berasal dari negara-negara seperti Thailand, Jerman, Australia Switzerland, Arab, Afrika, Bangladesh, Amerika, Singapura, Jepun, Taiwan, New Zealand, Ireland, Britain, Kanada, Korea dan Malaysia. Peserta-peserta ini menggelarkan diri mereka sebagai "Rumblers".

Jajaran tren khas ini terdiri daripada susunan sembilan (9) gerabak kereta api, iaitu tujuh (7) buah gerabak Tempat Duduk Superior (kelas 2), satu (1) buah gerabak Koc Acara (Event Coach) dan satu buah gerabak koc pelbagai Guna (Event Hall), satu (1) buah Lokomotif dan satu buah Power Generated Car (Pgc).





Objektif utama penganjuran 'Rumble Back to Mother' adalah untuk mengembalikan nostalgia bekas kakitangan askar British yang bertugas di Tanah Melayu pada suatu masa dahulu. 

Di antara Rumblers yang turut serta adalah keluarga serta generasi kakitangan askar British berkenaan. Sejak tahun 1885, British memperkenalkan kereta api di Tanah Melayu sebagai mod pengangkutan bagi penumpang, barangan dan pergerakan Tentera British juga keluarga adalah melalui kereta api. 


Setelah berhenti di hentian Padang Besar para peserta turun untuk kemaskini passport bagi memasuki Malaysia.




Acara pelepasan peserta menjadi sejarah pertama kalinya acara sebegini di adakan.






Antara kemudahan yang di sediakan oleh KTM Holidays antaranya gerabak koc acara yang membolehkan anda karaoke bersama dan aktiviti riadah.






Para peserta tiba di Ipoh dan menjalankan aktiviti larian mereka dan kembali menaiki tren pada keesokan harinya menuju ke Kuala Lumpur sentral.












Bandar Ipoh dan Kuala Lumpur menjadi pilihan destinasi Rumblers adalah kerana sejarah askar British berpengkalan di Ipoh dan Kuala Lumpur secara majoriti pada zaman tersebut dan terdapat tugu peringatan tentera British semasa bertugas di Tanah Melayu. 







KTMB melalui Unit KTM Holidays berhasrat dengan kolaborasi ini akan berjaya mempromosikan perkhidmatan tren khas seperti ini sebagai produk keretapi pelancongan kepada para pelancong tempatan dan antarabangsa untuk memperkenalkan destinasi- destinasi rel menarik di Malaysia terutamanya.

Sebarang pertanyaan mengenai package dan tren pelancongan anda boleh kunjungi :
https://www.facebook.com/RumbleBackToMotherHash/








No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)