Recent comments

Terbaru

Shopee Perolehi Hak Eksklusif Bagi Realme 2 Pro

Shopee Perolehi Hak Eksklusif Bagi Realme 2 Pro, Telefon Sensasi Serba Baharu 

Dua syarikat umumkan pakatan strategik sempena pelancaran jenama hebat di Malaysia 


Shopee, platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) hari ini dengan Realme, jenama telefon mudah alih baharu yang menggemparkan pasaran di seluruh Asia. 

Kerjasama ini memberi Shopee hak eksklusif ke atas telefon terulung Realme, iaitu Realme 2 Pro, di Malaysia. Siri Realme 2 yang berjaya memecahkan rekod telah dilancarkan buat julung kali di India, dengan 200,000 unit dijual dalam masa hanya 5 minit. 

Dalam usaha mencapai kejayaan yang setanding di Malaysia, Realme telah memilih Shopee sebagai rakan eksklusif untuk melancarkan telefon terutamanya, Realme 2 Pro di Shopee 11.11 Big Sale (Jualan Besar-Besaran 11.11 Shopee), pesta beli-belah dalam talian hujung tahun nombor satu di rantau ini.


Platform e-dagang terutama di Malaysia, kerana tanpa sokongan rakan-rakan niaga kami yang setia, kami tidak mungkin mencapai kedudukan kami sekarang,” kata Calvin Teng, Pengurus Kategori di Shopee Malaysia.

Tiffany Teh, Pengurus Jenama Realme Malaysia berkata, “Kerjasama kami dengan Shopee benar-benar menghidupkan nilai teras Realme. Kami memang merupakan sebuah syarikat muda.

Produk terulung Realme untuk golongan belia, Realme 2 Pro, akan dijual secara eksklusif di Shopee 11.11 Big Sale. Telefon hebat ini menampilkan skrin penuh titisan embun 6.3-inci dan dipacu oleh pemproses Snapdragon 660AIE, dengan memori sehingga 8GB RAM+128GB ROM. Harga dan butiran lanjut akan didedahkan di majlis pelancaran pada 7 November.


untuk maklumat lanjut. Muat turun Aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi Apple App Store atau Google Play Store.

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)