Recent comments

Terbaru

10 Tempat menarik di Gambang Water Park & Safari Park (BGRC) yang harus anda lawati.

Percutian menarik kali ini yang kami ingin kongsikan kepada anda adalah penginapan menarik kami selama tiga hari dua malam di Bukit Gambang Water Park & Safari Park. (BGRC)





Perjalanan kami dari TBS Kuala Lumpur menaiki bas menuju Bukit Gambang Resort City bersama kawan-kawan menjadikan 
percutian kali ini pasti istimewa. Kami senaraikan antara aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di Bukit Gambang Resort City.

1. Splashing fun time @Bukit Gambang Water Park.
Bukit Gambang Water Park memang terkenal dengan taman tema airnya yang pasti anda boleh mandi manda di kolam dan gelongsor air tanpa had. Terdapat 5 jenis water slides iaitu Crystal Slide, Galaxy Slide, Canopy Slide, 6-Lane Racer, dan Family Raft Ride. Sempat kami mencuba kesemuanya dan paling menarik adalah Family Raft Ride yang boleh memuatkan 5-7orang dalam satu pelampung besar. 











2. Coco Beach
Coco Beach pula anda boleh berendam dekat wave pool yang sememangnya luas. Boleh berendam lama-lama dengan tiub pelampung yang boleh sewa dekat sini. Sambil tu boleh main bola tampar atau bola sepak pantai.









3. Penguin Island.
Permainan air untuk kanak-kanak yang luas dan menarik. Dekat sini juga terdapat restorang yang menjual makanan, minuman dan pizza. Mak dan ayah pun ramai jer yang join mandi kat sini. Bukit Gambang Water Park ini cashless hanya melalui wristband kat tangan jadi boleh isi duit di kaunter untuk membeli makanan dan bila pulang boleh ambil balik kembali duit bakinya. Tempat loker untuk bag semua di sediakan.















Active Academy :
Paint Ball, Archery, Horse Ride, Flying Fox,  (Target Shooting).
Sesuai untuk keluarga dengan harga istimewa cuma Rm28 untuk dewasa dan Rm18 untuk kanak-kanak.


Paint Ball.
Kami sempat mencuba paintball target shooting. Anda boleh memasuki paintball zone berkumpulan jika ingin membuat pertandingan tapi pada harga yang lain.




4. Sukan Memanah. (Archery)
Aktiviti memanah boleh di lakukan di sini bagi mengasah kemahiran dan ketepatan mata anda. Memang gembira jika panah yang kita sasarkan tepat pada sasaran.










5. Menunggang Kuda di Cowboy Town. ( Horse Ride )
Pelbagai jenis kuda terdapat di sini untuk anda bergambar dan menaiki kuda. Bagi kanak-kanak ini peluang terbaik untuk merasai pengalaman bersama menaiki kuda.






 



6. Flying Fox.
Peminat aktiviti lasak boleh mencuba merasai sendiri Flying Fox yang sangat mencabar melalui denai hutan menuju ke padang. Semua peserta teruja dan memang semangat untuk merasai sendiri dan satu pengalaman yang menarik. Anda semua harus cuba!












7. Bukit Gambang Safari Park. (BGRC)
Hutan yang seluas 138 ekar ini memiliki 2 zon iaitu Walking Zone dan Wild Savannah Zone. Taman safari ini adalah terbesar di Malaysia yang memiliki pelbagi jenis binatang liar. Anda berpeluang melihat binatang liar dari jarak dekat. Anda boleh menaiki tram atau memandu Atv sendiri bersama guide yang terlatih.


















8. Walking Zone 
Walking zone pulak terdapat pelbagai jenis binatang yang susah untuk kita lihat dan anda berpeluang untuk memberi makan kepada binatang-binatang seperti beruang dan lain-lain.


9. Pertunjukan Binatang ( Variety Show)
Terdapat 3 arena iaitu predator arena, village arena, dan forest arena. Pelbagi jenis binatang yang telah mahir dan terlatih di pertunjukan ini pasti membuatkan anda terhibur. Memang tak cukup sehari untuk melihat pertunjukan menarik ini.

Antara yang menarik untuk anda kunjungi adalah show Wonderful Birds, Multi-Animal Kids, Indiana Stunt, Yabara Fire, dan Predator no-human-contact show. Anda boleh melihat sendiri binatang yang turut sama beraksi mengujakan pengunjung.













Percutian ke GRC kali ni bersama rakan-rakan memang sangat menarik dan menghiburkan. Pelbagai aktiviti sesuai untuk seisi keluarga. Bagi masa cuti sekolah nanti saya sarankan anda mengunjungi Bukit Gambang Resort City.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Bukit Gambang Resort City, boleh rujuk ke laman web mereka :

Bukit Gambang Resort City
26300 Gambang, Kuantan
Pahang, Malaysia.
Tel: +609-548 8000
Email : enquiry@bgrc.com.my


****
#TravelWithBuddies #Travel


No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)