Recent comments

Terbaru

Dermawan Muda Liow Soon Hee Sumbang 10 Juta Penutup Mulut (Face Mask) Untuk Semua Pelajar Sekolah Di Malaysia

Tahniah! Dato’ Sri Liow Soon Hee melalui Yayasan Winner Emperor Sedunia mengagihkan 10 juta penutup hidung, dan mulut kepada semua pelajar sekolah di seluruh Malaysia.


Usaha murni ini akan digerakkan dengan kerjasama akhbar Sin Chew Daily dalam sebuah kempen kesedaran masyarakat bertemakan ‘Love Yourself by Wearing Masks’. 

Acara pelancaran projek ini berlansung di DTS Sport Group, Petaling Jaya, Selangor .


Liow turut menyeru syarikat-syarikat korporat lain untuk bersama-sama membantu kerajaan meringankan beban rakyat sewaktu menghadapi pandemik Covid-19 ini.



Pada peringkat awal Covid-19 melanda Malaysia, Dato’ Sri Liow telah membantu petugas barisan hadapan menerusi penajaan lebih dua juta topeng penutup hidung dan mulut untuk mereka.


Peluang ini diharapkan dapat memberi banyak manfaat, Liow yang lebih mesra dengan panggilan Nicky, berjanji untuk meneruskan sumbangan murni tersebut melalui pihak yang diasaskannya, Yayasan Winner Emperor Sedunia.


Arahan Kementerian Kesihatan Malaysia pula perlu sentiasa dipatuhi bagi mengekang wabak pandemik Covid 19 ini dan berharap dengan sumbangan 10 juta penutup muka ini akan membantu meringkankan beban masyarakat.


The Malaysia Book of Records turut mengiktiraf usaha murni Dato’ Sri Liow Soon Hee
dan Yayasan Winner Emperor Sedunia ini sebagai "Most Number of Face Masks Donated in an Event".

Turut hadir pada acara ini ialah selebriti Excella Choong dan aktivis masyarakat, Ayahanda Onn.



Nicky, Excella dan Onn bersama-sama menegaskan kita tidak boleh berkompromi dalam soal keselamatan anak-anak demi masa hadapan mereka. 

Justeru, Nicky komited membantu kerajaan, khasnya Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi pengedaran topeng penutup hidung, dan mulut kepada pelajar pelbagai kaum di sekolah-sekolah.


Nicky juga menyeru semua rakyat pelbagai kaum dan agama agar mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia, demi menjaga keselamatan bersama-sama. 

Dalam perkembangan terbaharu CSR ini, pada 4 November lalu, 294 sekolah dari Perak dan Melaka telah menerima sumbangan topeng penutup hidung dan mulut dari Yayasan Winner Emperor Sedunia.


Setakat ini, 610 sekolah di seluruh Malaysia telah menerima sumbangan topeng penutup hidung, dan mulut.

Pecahan sekolah-sekolah tersebut ialah:
i) Pulau Pinang, Kedah, Perlis – 226 buah.
ii) Perak – 223 buah.
iii) Negeri Sembilan – 88 buah.
iv) Melaka – 71 buah.
v) Terengganu – dua buah.


lebih tujuh juta pelajar sekolah rendah dan menengah (hampir sejuta kakitangan pengurusan, dan guru). Setakat ini, sebanyak 610 sekolah di seluruh Malaysia telah menerima sumbangan topeng penutup hidung, dan mulut. 

Menurut pihak Yayasan Winner Emperor Sedunia, lebih banyak sekolah akan menerima sumbangan topeng penutup mulut dan hidung tidak lama lagi.

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)