PELANCARAN SKIM "RUMAHKU SYURGAKU" (CSR) DAN PERLANTIKAN DUTA PELANCONGAN SENI DAN BUDAYA ANJURAN MRF Consultant (M) Sdn. Bhd

Jun 09, 2022

Majlis PELANCARAN SKIM "RUMAHKU SYURGAKU" (CSR) DAN PERLANTIKAN DUTA PELANCONGAN SENI DAN BUDAYA ANJURAN MRF Consultant (M) Sdn. Bhd, InshaAllah membuka pintu bagi penglibatan dalam bentuk CSR bagi suatu program yang dinamakan program 'RUMAHKU SYURGAKU' yang dirasmikan oleh Pengarah Urusan YBhg Dato Sri Siti Nur Atiqah Baba.


MRF Consultant (M) Sdn. Bhd telah bergerak aktif dalam bidang hartanah sejak 10 tahun yg lalu. Bermula dgn konsultasi projek kecil - kecilan sehinggalah kami mendapat kepercayaan dalaam projek berskala sederhana dan kini kami mula bergerak dalaam usahasama dalam projek berskala besar yg mempunyai impak besar kepada ekonomi negara. Contohnya dlm bidang pembinaan rumah kediaman, projek lebuhraya, hospital, perladangan, petroleum, pendidikan, pelancongan, dan lain-lain.


Walaubagaimana pun kami tidak melupakan satu bahagian penting dalam jaluran ekonomi iaitu membantu golongan masyarakat yang menjadi tunjang kepada rantaian ekonomi iaitu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.



Pengumumkan kerjasama bersama NIPV Management Sdn Bhd yang diterajui oleh Tuan Hj Jeffri Iman bin Hj Hoodi dan isterinya seorang selebriti kesenian budaya terkenal tanahair Puan Nuraniza Idris dan juga perlantikan mereka sebagai duta pelancongan seni dan budaya bagi menjalankan aktiviti aktiviti memartabatkan kesenian budaya negara agar terus hidup mekar membudayakan rakyat Malaysia agar terus kenal dan ingat asal usul kesenian nenek moyang mereka.


Kerjasama ini juga sedikit sebanyak dapat membantu mempromosikan program “RUMAHKU SYURGAKU” syarikat kami MRF Consultant (M) Sdn Bhd dalam sepanjang acara acara yang mereka adakan di seluruh negara. Kami berharap kerjasama ini akan berjalan lancar dan memohon sokongan dari semua pihak terutamanya dari pihak Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Negara dan seluruh rakyat Malaysia.


MRF Consultaht (M) Sdn Bhd merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang membantu pelancaran program “Rumahku Syurgaku”. Semoga negara kita diberkati Allah dan semua rakyatnya mampu mempunyai tempat kediaman mereka sendiri pada masa akan datang tanpa mengira tahap kemampuan mereka

You Might Also Like

0 comments