Terkini | New

Nikmati Khazanah Lautan di Ember & Brass: "Fisherman Friday Buffet Dinner" Kini Bermula di St. Giles Mid Valley Kuala Lumpur

Nikmati Khazanah Lautan di Ember & Brass: "Fisherman Friday Buffet Dinner" Kini Bermula di St. Giles Mid Valley Kuala Lumpur

Ember & Brass All Day Dining, restoran ikonik yang terletak di Aras 6, St. Giles Mid Valley Kuala Lumpur dengan bangganya mengumumkan pelancaran promosi terbaharu mereka, Fisherman Friday Buffet Dinner

Bufet bertemakan makanan laut ini direka khas untuk memberikan pengalaman kulinari maritim yang imersif kepada semua pencinta makanan laut di ibu kota.

​Setiap malam Jumaat, suasana restoran akan berubah menjadi "syurga nelayan" di mana para tetamu disambut dengan persembahan unik makanan laut segar yang diletakkan di dalam kereta sorong merah yang ikonik. 

Antara pilihan utama termasuklah pelbagai jenis ikan segar, ketam, udang, dan sotong yang sedia untuk dimasak mengikut selera tetamu.

Antara Tarikan Utama Fisherman Friday.

Lautan Segar di Atas Ais: Pilihan kerang-kerangan, tiram, dan udang yang disejukkan untuk mengekalkan kesegaran optimum.




Stesen Masakan Langsung (Live Stations)

Saksikan cef pakar menyediakan hidangan secara terus, termasuk stesen memanggang dan stesen sup premium yang menyelerakan.




Pengunjung dapat menikmati makanan laut yang dibakar dan panggang yang autentik seperti ikan pari, kerang , udang, oyster, ketam dan sotong yang dicicah pula dengan sambal, sos dan air asam yang padu, memberikan kombinasi rasa yang pasti membangkitkan selera.






Kepelbagaian Menu

Daripada pasta makanan laut yang dimasak panas hingga ke sup herba yang menyegarkan. Turut tersedia hidangan makanan japan sushi dan western seperti pasta pasti menarik hati pelanggan semua.



Suasana Premium

Dekorasi restoran yang moden dan luas, sesuai untuk makan malam keluarga mahupun perjumpaan korporat.



​"Kami ingin membawa pengalaman 'dari laut ke meja' dengan sentuhan kreatif. Penggunaan kereta sorong untuk mempamerkan hasil laut bukan sahaja unik, malah menjamin kesegaran yang boleh dilihat sendiri oleh pelanggan sebelum ia dimasak di stesen langsung kami," menurut wakil pengurusan Ember & Brass.

Bagi peminat makanan laut dan mereka yang mencari permulaan hujung minggu yang lebih eksklusif jadi anda boleh buat tempahan Fisherman Friday pada setiap Jumaat bermula 8 Mei 2026.

​Tempahan awal amat digalakkan bagi menjamin tempat duduk.


Maklumat Harga & Waktu Operasi:
Hari: Setiap Jumaat
​Masa: 7:00 malam – 10:30 malam
Harga:
Dewasa: RM188 nett
Kanak-kanak (12 tahun ke bawah): RM94 nett


Untuk Pertanyaan & Tempahan:

WhatsApp: +6016 617 0134

Telefon: +03 2268 1123

Lokasi: Ember & Brass All Day Dining, Level 6, St. Giles Mid Valley Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.


Mengenai Ember & Brass:

Ember & Brass merupakan restoran all-day dining di bawah naungan St. Giles Hotels yang memfokuskan kepada hidangan berkualiti tinggi dengan gabungan citarasa tempatan dan antarabangsa dalam suasana yang elegan namun santai.