Terkini | New

Emirates meneroka pelbagai inovasi baharu untuk pelanggan dengan keperluan perjalanan boleh akses di Pameran AccessAbilities, Dubai 2026

Emirates meneroka pelbagai inovasi baharu untuk pelanggan dengan keperluan perjalanan boleh akses di Pameran AccessAbilities, Dubai 2026

Emirates telah rasmi melancarkan ruang pameran interaktifnya pada edisi ke-8 Pameran AccessAbilities – acara terkemuka di rantau ini untuk kebolehaksesan & inovasi inklusif, yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Dubai dari 19 hingga 21 Oktober 2026. Pameran tersebut telah dirasmikan oleh YAM Syeikh Ahmed bin Saeed Al Maktoum, Pengerusi dan Ketua Eksekutif, Syarikat Penerbangan & Kumpulan Emirates serta penaung Pameran AccessAbilities.

​Pameran Emirates mendedahkan beberapa idea inovatif dan berfokuskan masa depan yang sedang dalam pembangunan termasuk konsep penyesuaian kabin yang sedang diterokai untuk pelanggan yang buta atau mengalami rabun, suite ruang istirahat boleh akses untuk pelanggan dengan mobiliti terhad, serta pintu masuk pelepasan biometrik untuk pelanggan yang mempunyai keperluan perjalanan boleh akses.

​Mostafa Karam, Naib Presiden Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelanggan dan Audit Perkhidmatan di Emirates, berkata: "Matlamat Emirates adalah untuk membantu membentuk masa depan penerbangan yang lebih inklusif sebagai sebahagian daripada pengalaman teras pelanggan. Kami melihat melangkaui perkhidmatan individu dan bekerjasama dengan rakan kongsi kami untuk mempertimbangkan kebolehaksesan merentas keseluruhan perjalanan, daripada perancangan dan persekitaran lapangan terbang sehinggalah ke pengalaman di dalam pesawat dan merentas destinasi. Berpandukan pandangan pelanggan dan pengalaman langsung, fokus kami adalah pada penambahbaikan praktikal yang mengurangkan halangan, memperluaskan pilihan, dan membolehkan orang ramai merentas perjalanan dengan lebih jelas, yakin, berdikari, dan bermaruah."

​Penjelajahan kabin Emirates untuk rabun

Di tapak pameran, Emirates mempamerkan pengalaman imersif berteraskan kebolehaksesan ke dalam perjalanan di dalam pesawat bagi penumpang yang buta atau mengalami rabun teruk. Melalui gabungan audio spatial, penerokaan tempat duduk sentuh dan interaksi hos berpandu, pengaktifan ini mencipta semula detik-detik penting pengalaman kabin pesawat dalam persekitaran yang tenang dan premium. Pelawat dijemput untuk mendalami pengalaman berpandukan audio sambil duduk di kerusi pesawat sebenar Emirates A350 dengan penyandar kepala U-Dream, sementara audio menerangkan semua aspek kabin di sekeliling mereka. Daripada hanya menumpukan perhatian kepada teknologi semata-mata, pengalaman ini mengetengahkan bagaimana reka bentuk yang teliti dapat membantu penumpang membina keyakinan, memahami persekitaran mereka, serta mengembara dengan lebih berdikari, bermaruah dan selesa.

​Akses Tanpa Halangan dan Biometrik Emirates di Dubai

Di ruang pameran Emirates, pelawat boleh melihat dan mengalami Laluan Biometrik Emirates. Di hab Emirates di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB), pintu pelepasan boleh akses dilengkapi dengan reka bentuk bebas halangan dan biometrik yang membolehkan pergerakan lancar dan berdikari bagi penumpang orang kurang upaya. Kawasan tersebut kini menampilkan liputan kamera yang fleksibel, bermaksud kamera boleh melaraskan sendiri ketinggian dan sudut tanpa menyekat atau mendikte pergerakan seseorang jika mereka menggunakan kerusi roda. Kiosk daftar masuk layan diri Emirates juga telah menambah baik, dengan fungsi teks-kepada-suara, kebolehgunaan skrin sentuh yang dipertingkatkan, ciri Braille dan sentuhan, kebolehaksesan audio melalui sambungan fon kepala, serta antara muka boleh laras ketinggian yang menyokong pelbagai keperluan penumpang yang lebih luas.

​Suite Ruang Istirahat Boleh Akses Emirates

Emirates turut mempamerkan ruang tenang khusus yang baharu dan boleh diakses kerusi roda, yang menawarkan pelanggan dengan mobiliti terhad satu ruang yang selesa dan privasi untuk berehat serta memulihkan tenaga sebelum penerbangan mereka. Suite Ruang Istirahat Emirates menyediakan ruang peribadi kepada pelanggan untuk berehat, bekerja, dan menjamu selera dalam keselesaan sepenuhnya, dan mula diperkenalkan ke Ruang Istirahat Kelas Pertama pada tahun 2024. Berdasarkan pengalaman darat dan dalam penerbangan Emirates, ia memadukan reka bentuk premium dengan teknologi bersepadu — pengecasan tanpa wayar dan skrin hiburan. Suite Ruang Istirahat Boleh Akses ialah evolusi seterusnya bagi konsep ini. Direka untuk menyokong penumpang yang menggunakan kerusi roda, penumpang dengan mobiliti terhad, pelancong warga emas, dan sesiapa sahaja yang mungkin mendapat manfaat daripada keselesaan tambahan, ruang perpindahan atau sokongan postur sambil mengekalkan privasi dan kualiti premium suite asal. Dilengkapkan dengan palet ruang istirahat terkini Emirates iaitu kemasan kayu, kulit dan marmar, suite ini mengintegrasikan kebolehaksesan ke dalam reka bentuk termasuk kerusi rehat angkat bertenaga dengan fungsi mengangkat, memusing, dan menyandar, serta palang pemegang bersepadu untuk sokongan dan kebebasan yang dipertingkatkan. Suite ruang istirahat ini juga mempunyai tempat simpanan kerusi roda khusus dengan ruang perpindahan boleh akses, untuk pelanggan berehat secara berdikari atau dengan sokongan penjaga. Prototaip ini sedang dibangunkan untuk Kelas Pertama dengan potensi untuk kelas lain pada masa hadapan.

​Ruang pameran Emirates turut mempamerkan beberapa produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh Emirates kepada pelanggan pada masa ini termasuk:

​Program Latihan Amal Perjalanan Emirates

Latihan Amal Perjalanan Emirates (Emirates Travel Rehearsals) ialah acara tempahan khas yang dianjurkan oleh Emirates dan lapangan terbang di seluruh dunia bagi membolehkan kanak-kanak dan golongan muda yang autistik, bersama keluarga serta rangkaian sokongan mereka, berlatih mengharungi perjalanan melalui lapangan terbang untuk bersedia menghadapi penerbangan sebenar sekaligus mengurangkan kebimbangan perjalanan dan memperkasakan mereka untuk terbang dengan lebih yakin. Lebih daripada 35,000 kakitangan Emirates telah dilatih untuk menyokong pelanggan autisme dan boleh membantu memudahkan perjalanan serta Latihan Amal Perjalanan. Pasukan Emirates bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa lapangan terbang dan rakan kongsi untuk memastikan setiap latihan menjadi pengalaman yang menyokong dan berjaya untuk keluarga.

​Emirates kini telah menyiapkan 80 Latihan Amal Perjalanan Emirates merentas 6 benua, dengan lebih 400 keluarga terjejas secara positif. Latihan perjalanan telah berlangsung di lapangan terbang termasuk: Accra, Amsterdam, Antananarivo, Athens, Bangkok, Barcelona, Bengaluru, Birmingham, Bogotá, Bologna, Brisbane, Brussels, Budapest, Kaherah, Cape Town, Cebu, Christchurch, Clark, Colombo, Copenhagen, Da Nang, Dallas Fort Worth, Dar es Salaam, Delhi, Denpasar (Bali), Dubai, Dublin, Durban, Düsseldorf, Edinburgh, Geneva, Glasgow, Guangzhou, Hamburg, Hanoi, Harare, Bandar Ho Chi Minh, Hong Kong, Houston, Istanbul, Jeddah, Larnaca, Lisbon, London Gatwick, London Heathrow, London Stansted, Los Angeles, Luanda, Lusaka, Madrid, Malé, Manchester, Melbourne, Miami, Milan, Muscat, Newcastle, Nice, Orlando, Oslo, Paris, Perth, Peshawar, Phuket, Port Louis, Rio de Janeiro, Rom, Seattle, Stockholm, Sydney, Taipei, Tokyo, Toronto, Trivandrum, Valletta, Venice, Vienna, Warsaw dan Washington D.C.

​'Hab Perjalanan Boleh Akses & Inklusif' di Emirates.com

Hab Perjalanan Boleh Akses & Inklusif Emirates pada laman utama Emirates.com menghimpunkan maklumat untuk membantu pelanggan memahami perkhidmatan perjalanan boleh akses dan inklusif Emirates, merancang perjalanan mereka serta mengenal pasti sokongan yang tersedia. Pelanggan boleh memilih untuk melihat dan meneroka bahagian mengikut ketidakupayaan, termasuk Bantuan Mobiliti, Masalah Penglihatan, Masalah Pendengaran, dan Ketidakupayaan Tersembunyi. Jika suka, pelanggan boleh mencari dengan melihat bahagian perjalanan tertentu, yang telah disusun dengan jelas – Sebelum penerbangan anda, Pelepasan dari Dubai, Di dalam penerbangan anda, Menghubung penerbangan di Dubai dan Ketibaan di Dubai.

​Pilihan ketiga membolehkan pelanggan melayari mengikut keperluan tertentu, termasuk Tempah Bantuan Khas, Bersedia untuk perjalanan dengan panduan mesra autisme, Teroka Peta Lapangan Terbang Dubai (DXB) dan panduan deria, Cari Sokongan Emirates pada aplikasi sokongan Be My Eyes untuk orang yang mengalami masalah penglihatan, Mohon kad pelancong Sanad untuk mengakses perkhidmatan berguna di Dubai, dan banyak lagi.

​Terdapat juga bahagian khusus mengenai Perjalanan dengan Kerusi Roda dan Alat Bantuan Mobiliti, serta maklumat terperinci mengenai Perjalanan Perubatan – termasuk Kad Perubatan Pengembara Kerap (FREMEC) untuk pelanggan layak yang mempunyai keadaan perubatan stabil, dan panduan untuk mengembara dengan ubat-ubatan serta peranti perubatan. Hab Perjalanan Boleh Akses & Inklusif yang baharu ini turut menampilkan bahagian mengenai Perjalanan Keluarga dengan maklumat jelas tentang Perjalanan bersama Kanak-kanak, Perjalanan semasa hamil dan Perjalanan Kanak-kanak Tanpa Penjaga.

​Produk Deria & Mainan Pelega Tekanan Emirates

Emirates telah direka bentuk pelbagai produk deria dan mainan pelega tekanan untuk pelanggan dari pelbagai peringkat usia yang tersedia di dalam pesawat dalam semua kelas kabin. Alat deria dan pelega tekanan diiktiraf secara meluas untuk menyediakan aktiviti sentuhan yang biasa dan boleh membantu sesetengah penumpang neurodivergen mengawal input deria, menumpukan perhatian atau berasa lebih selesa semasa perjalanan. Untuk menyokong pelanggan dalam situasi ini, Emirates telah merancang alat pelega tekanan sentuhan dalam gaya sebuah pesawat, dua jenis kiub pelega tekanan dan alat timbul getah berjenama pesawat. Barisan item ini ditawarkan kepada penumpang neurodivergen, sesiapa sahaja yang bergelut di dalam pesawat, malah kepada penumpang yang gemuruh jika bersesuaian.

​Ciri Kebolehaksesan pada Hiburan Dalam Pesawat

Emirates komited untuk menetapkan piawaian industri dan kebolehaksesan untuk orang kurang upaya dan kini menawarkan lebih 850+ filem dengan 'Sari Kata Tertutup' (Closed Captions) dan 200 filem dengan 'Penerangan Audio' (Audio Description), yang menawarkan khidmat kepada pelanggan yang mempunyai masalah penglihatan. Fon kepala Emirates juga serasi dengan alat bantuan pendengaran apabila ditetapkan pada kedudukan 'T'. Untuk mengurangkan kebimbangan atau meningkatkan ketenangan, terdapat 12 saluran TV Kesejahteraan (Wellbeing TV) serta 31 saluran siniar dan senarai main Kebahagiaan dan Kesejahteraan, termasuk meditasi dan bunyi yang menenangkan.

​Di dalam pesawat Airbus A350-900 milik Emirates, antara muka pengguna baharu pada ice telah direka bentuk dengan kerjasama Thales dan kumpulan advokasi untuk pelanggan yang mempunyai masalah penglihatan, bagi memastikan semua pelanggan mendapat pengalaman hiburan dalam pesawat yang intuitif dan berkualiti tinggi. Antara muka tersebut merangkumi navigasi isyarat audio, maklum balas metadata suara, sokongan gestur sentuh dan leret, membantu penumpang yang buta atau mengalami rabun teruk untuk menavigasi serta memilih kandungan dengan lebih berdikari.

​Perkhidmatan Pemacu Pemandu Peribadi Boleh Akses Emirates

10 kenderaan boleh akses kerusi roda berjenama Emirates kini tersedia untuk pelanggan di Dubai. Kenderaan boleh akses Pemacu Pemandu Emirates ialah Mercedes Kelas V, dengan kit penukaran lantai direndahkan yang menawarkan akses mudah dan selamat ke kenderaan, kelegaan kepala yang lebih tinggi, mekanisme tarik mudah dikendalikan secara elektrik untuk menaiki dan menurunkan penumpang, serta pilihan susunan tempat duduk yang boleh laras. Sebaik sahaja berada di dalam, sekatan keselamatan tambahan melindungi pelanggan yang mungkin mengalami ketidakupayaan mobiliti yang teruk. Pemandu peribadi Emirates sedang dilatih dalam bantuan mobiliti dan untuk menyokong pelanggan orang kurang upaya. Pada masa ini, kenderaan boleh akses kerusi roda digunakan untuk pelanggan Kelas Pertama dan Kelas Perniagaan yang layak untuk perkhidmatan pemacu pemandu yang berpangkalan di Dubai, dengan rancangan untuk memperluaskan ketersediaannya pada masa hadapan.

​Fokus Emirates terhadap Perjalanan Boleh Akses 

Menerajui Perubahan

Emirates menerajui perubahan dalam industri penerbangan, dengan matlamat untuk menjadikan perjalanan lebih boleh akses dan inklusif untuk semua orang. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menerajui perubahan, Emirates menubuhkan Pejabat Kebolehaksesan dan Keterangkuman khusus dan menjadi Syarikat Penerbangan Disahkan Autisme Pertama di Dunia pada Mac 2025. Emirates telah melatih lebih 35,000 kakitangan untuk menyokong pelanggan autisme dan telah memperkenalkan inisiatif 'Latihan Perjalanan' merentas 6 benua, membolehkan pelanggan mengamalkan selok-belok pengalaman lapangan terbang sebelum mengembara.

​Reka Bentuk 

Emirates komited dalam mereka bentuk dasar, proses, dan produk baharu dengan tumpuan pada maruah pelanggan yang mempunyai keperluan kebolehaksesan. Memperkasakan semua pelanggan untuk terbang dengan yakin, Emirates memperkenalkan dasar dan komitmen Kebolehaksesan yang baharu sejak kebelakangan ini serta melaksanakan proses baharu di Pusat Panggilan untuk menyokong keperluan pelanggan, melancarkan Hab Perjalanan Boleh Akses & Inklusif di Emirates.com untuk menyokong pengalaman pelanggan, dan memperkenalkan pelbagai produk baharu untuk menyokong Perjalanan Boleh Akses dengan kerjasama maklum balas langsung daripada komuniti serta kumpulan yang mempunyai keperluan perjalanan boleh akses.

​Memajukan Kebolehaksesan

Emirates terus memacu agenda perjalanan boleh akses ke hadapan dalam ruang yang berkembang, melakukan perkara yang betul dan bertanggungjawab, langkah demi langkah dan mengutamakan inovasi. Emirates juga bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi di peringkat antarabangsa untuk memajukan agenda perjalanan boleh akses – daripada penggubal undang-undang, kepada pengendali, kepada kumpulan dan komuniti tertentu, serta pelanggan global. Emirates juga berhasrat untuk memajukan kebolehaksesan dengan menyeragamkan proses global dan mewujudkan konsistensi – dalam talian, di pusat panggilan, di lapangan terbang dan di dalam pesawat. Untuk maklumat lanjut: https://www.emirates.com/my/english/