Terkini | New

​JAILER 2 KEMUNCULAN SEMULA SUPERSTAR RAJINIKANTH DENGAN AKSI LEBIH HEBAT MENANTI PENONTON.

​JAILER 2  KEMUNCULAN SEMULA SUPERSTAR RAJINIKANTH DENGAN AKSI LEBIH HEBAT MENANTI PENONTON.


​Malik Streams Corporation Sdn. Bhd. dengan bangganya mengumumkan bahawa syarikat ini merupakan pengedar rasmi filem JAILER 2 bagi tayangan di pawagam seluruh Malaysia, yang dibintangi oleh legenda perfileman India, Superstar Rajinikanth.


​Diarahkan oleh Nelson Dilipkumar dan diterbitkan oleh Kalanithi Maran menerusi Sun Pictures, JAILER 2 merupakan sekuel yang amat dinanti-nantikan selepas kejayaan luar biasa filem JAILER pada tahun 2023 setelah menanti selama 3 tahun. JAILER 2 merupakan filem ke-172 lakonan Superstar Rajinikanth, sekali gus mencatatkan satu lagi pencapaian penting dalam kerjaya seni beliau yang gemilang selama lebih lima dekad.


​Filem ini juga merupakan filem kelima lakonan Rajinikanth yang diedarkan oleh Malik Streams Corporation di Malaysia, sekali gus memperkukuh hubungan berterusan syarikat dengan legasi perfileman Superstar Rajinikanth. ​Malik Streams Corporation Sdn. Bhd., yang ditubuhkan pada tahun 2007 di bawah kepimpinan Dato’ Abdul Malik, merupakan salah sebuah syarikat terkemuka dalam industri pengedaran filem dan hiburan di Malaysia. Syarikat ini memainkan peranan penting dalam membawa filem-filem utama dari India kepada penonton tempatan, di samping mengukuhkan hubungan antara industri hiburan Malaysia dan India.

\

​JAILER 2 menyajikan pengalaman sinematik yang pantas, padat dan menghiburkan menerusi gabungan aksi penuh mendebarkan, unsur komedi yang mencuit hati, babak-babak menarik serta kemunculan khas barisan pelakon terkenal yang memberikan kejutan kepada penonton.


Selain Rajinikanth, barisan pelakon asal yang kembali beraksi termasuk Ramya Krishnan, Yogi Babu, Vinayakan, Mirnaa, Shivarajkumar, Mohanlal dan Jaffer Sadiq. Senarai pelakon baharu pula terdiri daripada SJ Suryah, Suraj Venjaramoodu, Jackie Shroff, Vidya Balan, Vijay Sethupathi, Apeksha Porwal, Mithun Chakraborty, Anna Rajan, Hakkim Shah, Bagavathi Perumal, Meghana Raj, Shamna Kasim dan Jatin Sarna. Hrithik Roshan membuat penampilan cameo dalam filem  ini.


Keistimewaan filem ini turut diperkukuh dengan muzik hasil sentuhan komposer terkenal, Anirudh Ravichander, yang sekali lagi berjaya menghasilkan antara album runut bunyi terbaik sepanjang kerjaya beliau. Gabungan lagu-lagu yang memukau serta muzik latar yang bertenaga berjaya meningkatkan lagi impak setiap babak dan memberikan pengalaman tontonan yang lebih mengagumkan.


Dengan jalan cerita yang menarik, pelbagai kejutan, muzik yang hebat serta karisma ikonik Superstar Rajinikanth, JAILER 2 tampil sebagai sebuah filem hiburan aksi yang lengkap dan wajib ditonton oleh para peminat filem di layar perak!

​PROMOSI BERSEJARAH DI MALAYSIA

Bersempena tayangan JAILER 2, Malik Streams Corporation telah memperkenalkan beberapa inisiatif promosi berskala besar, antaranya ​Tren Khas JAILER 2: Kempen promosi bersejarah menerusi sebuah tren yang dihiasi sepenuhnya dengan visual JAILER 2, sekali gus mencipta satu pendekatan baharu dalam promosi filem Tamil di Malaysia.


​
Majlis Pelancaran Treler: Sambutan istimewa yang menghimpunkan para peminat Superstar Rajinikanth di Malaysia. ​Pengalaman Pawagam Premium: JAILER 2 turut ditayangkan dalam format IMAX, 4DX dan Dolby Atmos di pawagam terpilih bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih hebat. serta Majlis Tayangan Gala JAILER 2: Sebuah majlis tayangan gala eksklusif yang diadakan pada 15 Oktober 2026, menghimpunkan wakil media, rakan industri, selebriti, pempengaruh media sosial serta tetamu jemputan.




​Melalui pelbagai inisiatif ini, Malik Streams Corporation terus komited dalam memperkenalkan pendekatan promosi yang inovatif, meningkatkan pengalaman tontonan di pawagam serta menetapkan penanda aras baharu dalam industri pengedaran filem di Malaysia.




Penghargaan kepada semua wakil media, rakan industri dan para peminat atas sokongan serta kerjasama berterusan dalam menjayakan sambutan JAILER 2 di seluruh Malaysia.

​
Jangan lupa bawa keluarga dan rakan-rakan menonton di pawagam berhampiran anda.