Mengapa Pelajar Perlu Membeli Siri Galaxy Tab S12
Mengapa Pelajar Perlu Membeli Siri Galaxy Tab S12

Kehidupan di universiti adalah satu cabaran mengimbangi pelbagai tugasan secara berterusan. Di antara kuliah, tugasan, kertas penyelidikan, projek kumpulan, dan aktiviti kokurikulum, pelajar memerlukan lebih daripada sekadar peranti untuk mencatat nota. Memperkenalkan Siri Samsung Galaxy Tab S12 menggabungkan paparan yang luas, prestasi berkuasa, bantuan berkuasa AI, dan pengalaman digital terhubung, siri tablet terkini ini direka untuk membantu pelajar memikirkan semula cara mereka belajar, bekerja, dan mencipta. Sama ada untuk merangka garis panduan tugasan seterusnya, membuat persediaan untuk pembentangan penting, atau merealisasikan projek kreatif, kemungkinan tiada tandingan bagi pelajar dengan Siri Galaxy Tab S12.
Berikut adalah lima sebab mengapa Siri Galaxy Tab S12 layak mendapat tempat di dalam beg galas setiap pelajar universiti.
1. Kerana anda boleh menyelesaikan lebih banyak kerja pada satu skrin besar
Sangat memenatkan untuk membawa beg yang penuh dengan komputer pekena, buku teks, dan buku nota di sekitar kampus, jadi anda pasti menyukai sifat kebolehbawaan sebuah tablet! Dari menguruskan slaid kuliah dan kertas penyelidikan hinggalah membuat anotasi pada fail PDF sebelum tarikh akhir, Siri Galaxy Tab S12 membantu menjadikan proses pembelajaran kurang kucar-kacir. Siri Galaxy Tab S12 memenuhi keperluan pelajar dengan dua pilihan paparan: pilih paparan 14.6 inci untuk ruang kerja yang lebih luas merentasi bahan bacaan, atau pilihan 12.6 inci untuk persediaan yang lebih mudah dibawa di antara kuliah dan sesi pembelajaran.
Bukan itu sahaja, Siri Galaxy Tab S12 boleh ditukarkan menjadi skrin mudah alih sebagai lanjutan kepada komputer pekena Windows yang serasi – skrin kedua (Second Screen) membolehkan anda mencerminkan (mirror) atau meluaskan skrin komputer pekena anda ke atas tablet, secara serta-merta menjadikan sesi pembelajaran kumpulan di kafe atau perpustakaan lebih produktif.
Kedua-duanya dikuasakan oleh pemproses MediaTek Dimensity 9500, memberikan prestasi yang mampu mengimbangi beban kerja akademik yang tinggi. Sama ada anda sedang menyediakan tugasan atau mengulang kaji untuk peperiksaan, Siri Galaxy Tab S12 memberikan anda ruang skrin dan kuasa untuk kekal teratur dan fokus.
2. Kerana AI membantu anda menyelesaikan topik sukar dan menjana idea
Tersangkut pada topik yang rumit atau tidak pasti di mana mahu bermula dengan tugasan? Siri Galaxy Tab S12 memberikan pelajar akses kepada pembantu AI termasuk Google Gemini dan Perplexity untuk membantu mempermudahkan konsep kompleks, meneroka topik penyelidikan, dan menguruskan idea untuk pembentangan. Mendapatkan bantuan juga mudah: hanya aktifkan pembantu AI dengan mengetik Kekunci AI (AI Key) pada Kulit Buku Papan Kekunci PERCUMA. Ia merupakan cara yang mudah untuk melancarkan alur kerja pembelajaran, beralih dengan cepat daripada soalan kepada idea, dan menjadikan sesi pembelajaran lebih produktif, di samping masih boleh menyemak maklumat janaan AI berbanding sumber yang dipercayai. Anda juga boleh melakukan tindakan yang lancar merentasi aplikasi dan menambah penyelidikan anda ke Samsung Notes dengan satu arahan sahaja tanpa meninggalkan aplikasi semasa anda. Bahagian terbaiknya ialah Siri Galaxy Tab S12 turut disertakan dengan enam bulan Google AI Pro dengan akses lebih tinggi kepada Gemini serta storan 5TB supaya anda boleh membawa penyelidikan anda ke tahap seterusnya.
3. Kerana ia lebih daripada sekadar tablet. Ia adalah set alatan kreatif untuk setiap pelajar
Sama ada anda sedang menyiapkan pembentangan, menyunting video untuk tugasan, atau meneroka hobi kreatif, Siri Galaxy Tab S12 dilengkapi dengan alatan untuk melakukan lebih banyak perkara. Pelbagai pilihan aplikasi penting telah siap dimuat naik untuk membantu pelajar meneroka minat peribadi mereka di dalam dan di luar bilik darjah. Ini termasuk:
- Adobe Photoshop: Tablet Android pertama dengan penyuntingan pelbagai lapisan (multi-layer), sesuai untuk mereka yang ingin mempelajari kemahiran baharu dan cara menyunting gambar secara mudah alih.
- Notability dan Goodnotes: Mengatur nota kuliah, membuat anotasi pada dokumen, dan menyimpan bahan pembelajaran di satu tempat.
- Notion: Mengatur tugasan, mengurus tarikh akhir, serta menjejak projek dan pelan pembelajaran.
- LumaFusion: Menyunting video untuk tugasan, pembentangan, dan projek kreatif peribadi.
- Clip Studio Paint: Meneroka ilustrasi digital, lukisan, dan penceritaan visual.
4. Kerana menguruskan nota dan fail anda menjadi jauh lebih mudah
Beralih di antara peranti untuk mencari nota kuliah, fail tugasan, atau bahan projek kumpulan boleh menjadi satu halangan. Siri Galaxy Tab S12 memudahkan akses dan perkongsian fail merentasi peranti Galaxy yang serasi dengan Storage Share, manakala sokongan Quick Share untuk perkongsian merentasi sistem pengendalian serasi yang lain membantu pelajar memindahkan bahan di antara peranti dan bekerjasama secara lancar dengan rakan sekelas. Hasilnya ialah fleksibiliti yang lebih besar untuk bekerja dengan alatan yang sudah anda miliki, berbanding perlu membina semula keseluruhan persediaan digital anda di sekeliling tablet baharu.
5. Kerana ia adalah pelaburan bijak, dengan tawaran eksklusif pelajar
Pelajar sentiasa berusaha untuk memaksimumkan penggunaan nilai ringgit mereka. Samsung menawarkan tawaran hebat kepada pelajar yang layak bagi Siri Galaxy Tab S12, yang boleh menyokong sehingga tujuh kali peningkatan OS dan kemas kini keselamatan, untuk memanfaatkan sepenuhnya peranti mereka.
Mulai sekarang hingga 31 Disember 2026, pelajar yang layak boleh membeli Siri Galaxy Tab S12 yang disertakan bersama Kulit Buku Papan Kekunci PERCUMA dan S Pen pada harga serendah RM111.09 sebulan di bawah Program Pelajar & Guru Samsung. Ia juga disertakan dengan aplikasi penting yang sedia dimuat naik, seperti Adobe Photoshop dan Google AI Pro, supaya pelajar boleh mula bekerja tanpa sebarang masalah.
Model-model yang terlibat:

Mendapatkan tawaran pelajar adalah mudah:
- Daftar Akaun Samsung di sini.
- Sahkan alamat e-mel pendidikan anda. Pengguna dengan alamat e-mel pendidikan “edu.my” yang sah layak menikmati tawaran ini.
- Beli-belah dan jimat di Samsung Experience Stores terpilih di seluruh negara, Samsung.com dan aplikasi Samsung Shop.
Bukan itu sahaja, pelajar yang baharu mendaftar juga boleh menikmati potongan tambahan 5% untuk pembelian pertama mereka, tertakluk kepada terma promosi dan syarat kelayakan yang berkuat kuasa.
Sama ada anda sedang membuat persediaan untuk semester pertama anda, mahu menggantikan komputer pekena yang telah lama, atau bersedia untuk menaik taraf cara anda menguruskan beban kerja akademik anda, tawaran ini memudahkan anda meneroka perkara yang boleh dibawakan oleh Siri Galaxy Tab S12 ke dalam kehidupan pelajar anda.