Watsons Dilantik Sebagai Rakan Kongsi Runcit Kesihatan Dan Kecantikan Rasmi Hyrox Di Malaysia.
Watsons Dilantik Sebagai Rakan Kongsi Runcit Kesihatan Dan Kecantikan Rasmi Hyrox Di Malaysia.
Watsons, peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka di Asia dan Malaysia, mengumumkan perkongsian rasminya dengan HYROX, fenomena perlumbaan kecergasan global, sebagai Rakan Kongsi Runcit Kesihatan & Kecantikan Rasmi di tujuh pasaran utama Asia Pasifik, bermula dengan perlumbaan HYROX Kuala Lumpur. Perkongsian ini menandakan langkah signifikan dalam komitmen Watsons untuk menjadikan kesihatan, kecantikan, dan kesejahteraan mudah diakses oleh semua.

Kolaborasi ini menunjukkan komitmen Watsons dalam mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat melangkaui perlumbaan. Sama ada seseorang itu seorang atlet berpengalaman, baru dalam dunia kecergasan, atau sedang mencari tabiat harian yang lebih baik, Watsons bertujuan untuk menjadi rakan kongsi yang dipercayai dalam kesihatan dan kecantikan pada setiap peringkat.

“Sebagai peruncit Kesihatan dan Kecantikan No. 1 di Malaysia dan Asia, kami berbangga kerana Malaysia merupakan pasaran pertama yang membawakan perkongsian teruja ini bersama HYROX. Di Watsons, kami percaya kesihatan dan kesejahteraan sepatutnya menjadi bahagian asas dalam kehidupan seharian setiap orang. Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, kami mahu melangkaui sokongan terhadap atlet pada hari perlumbaan dengan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengambil langkah kecil tetapi bermakna ke arah kehidupan yang lebih sihat dan aktif. Sama ada melalui produk yang mereka gunakan, nasihat kesejahteraan yang mereka temui, atau pengalaman yang mereka lalui bersama kami, kami mahu semua orang merasa disokong untuk kelihatan menarik, berbuat baik, dan merasa hebat,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Serantau untuk Kesihatan & Kecantikan Asia, AS Watson Group, dan Pengarah Eksklusif Serantau, Watsons International.

Sebagai sebahagian daripada perkongsian ini, Watsons Malaysia bakal memperkenalkan siri inisiatif dalam talian dan bersemuka yang menarik untuk peserta HYROX, peminat kecergasan, serta pelanggan harian.

Ahli Watsons Club boleh menerima produk wangian dengan sebarang pembelian daripada jenama dandanan lelaki dan kesihatan yang mengambil bahagian, serta mengakses pilihan barangan keperluan kesihatan, kecantikan, dan penjagaan diri yang dikurasi untuk menyokong kesejahteraan harian. Pelanggan juga akan menemui nasihat kesihatan dan kesejahteraan yang praktikal untuk menggalakkan pilihan gaya hidup yang lebih baik dan menunjukkan bahawa gaya hidup aktif boleh bermula dengan langkah-langkah mudah.


Di acara HYROX Kuala Lumpur, Watsons akan menawarkan pengalaman interaktif di tapak acara untuk para pelumba dan penonton. Peserta boleh menikmati aktiviti pra-perlumbaan, termasuk suntikan tenaga dan perkhidmatan dandanan, serta perkhidmatan pemulihan pasca-perlumbaan untuk berehat dan menyegarkan diri. Ruang pameran (booth) acara Watsons, pengunjung boleh mempelajari tentang produk, mencuba perkhidmatan terpilih, dan sekiranya mereka adalah ahli Watsons Club, mereka boleh menikmati cenderamata produk yang menjadikan pengalaman tersebut lebih menarik melangkaui pertandingan itu sendiri.
Ruang pameran tersebut akan menampilkan rangkaian produk terpilih Watsons yang direka untuk menyokong pelanggan pada setiap peringkat perjalanan kesejahteraan mereka: Prepare (Sedia), Perform (Laksana), Recover (Pulih), dan Renew (Baharui). Tawaran merangkumi pemakanan sukan dan pelindung kulit untuk peringkat Prepare, barangan keperluan penjagaan diri pada hari perlumbaan, produk pemulihan pasca-pertandingan, dan penyelesaian penjagaan diri harian. Secara keseluruhannya, tawaran ini mencerminkan hasrat Watsons untuk menjadikan kesihatan dan kesejahteraan lebih mudah dan relevan dengan pelbagai gaya hidup.
Menambah lagi kehangatan acara, lapan orang atlet akan mewakili Watsons di HYROX Kuala Lumpur: Julie Woon dan Carey Ng, Hunny Madu dan Francesco, Chris MJ dan Emma Cheng, serta Chee Hong dan Hanzo. Bersama-sama, mereka akan menghidupkan komitmen Watsons terhadap kehidupan aktif, sekali gus memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mencabar diri sendiri, menyokong antara satu sama lain, dan mengambil langkah bermakna ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

Atlet yang melancong dan ahli Watsons Club boleh meraih serta menebus ganjaran di seluruh pasaran serantau, dengan Watsons Asia One Pass yang meluaskan faedah keahlian melangkaui Malaysia.
Watsons dan HYROX bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara kecergasan, kesihatan, kecantikan, dan kesejahteraan harian serta menggalakkan lebih ramai orang mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat mengikut rentak mereka sendiri.
