Recent comments

Terbaru

Jerai Geopark, Sg Petani Kedah

Pengembaraan kami ke Negeri Kedah bersama Travelogue Malaysia adalah bagi menjelajah destinasi percutian menarik yang membawa kami ke Utara Malaysia. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati.

kami sempat berkunjung ke Jerai Geopark. Pengunjung dapat lihat kawasan-kawasan yang telah diisytiharkan sebagai kawan Jerai Geopark. Selain itu, segala informasi berkenaan sumber asli yang terdapat di sekitar sini juga ada diselitkan di dalam muzium ini.

Sungai Merbok Biosphere dan Mangrove Sanctuary hanya 10 minit dari Bandar Sungai Petani.




Jerai Geopark, Sg Petani Kedah yang menjadi pusat penghasilan biji besi terkenal dunia satu masa dulu. Hebat betul sejarah negara kita dulu-dulu.
.
Terdapatnya kawasan hutan paya bakau bersebelahan pusat bandar untuk anda nikmati panoramanya, flora dan fauna. Jika masa yang lebih jangan lepaskan peluang menaiki tour boat sepanjang paya bakau ini.














Faktor utama yang menjadikan kawasan Jerai sebagai geopark ialah keunikan aspek geologi batuannya, di mana terdapatnya batuan Formasi Jerai berusia Kambria yang tertua di Malaysia.

Selain itu, Gunung Jerai sendiri mempunyai tarikan yang tersendiri dari aspek geologi pembentukan, komposisi batuan dan kepentingannya dari aspek nilai sejarah, budaya dan tamadun.

Kawasan Jerai juga merupakan lokasi wujudnya Tamadun Kedah Tua dan terkenal dari aspek arkeologi menerusi penemuanTamadun Sungai Batu iaitu tapak pelabuhan dan peleburan besi kuno, Tamadun Lembah Bujang dan puluhan candi dan binaan kuno di sepanjang Sungai Merbok.

Tarikan lain yang terdapat dalam Geopark Jerai ialah Hutan Paya Bakau Sungai Merbok yang bernilai tinggi.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Jerai_Geopark

























Satu pengalaman yang sangat menarik dan wajib singgah apabila anda melawat Jerai Geopark.

Bagi yg berkunjung ke kawasan Jerai Geopark boleh ambik cruise menyusuri Santuari Bakau Sungai Merbok tengok flora dan fauna ataupun d kenali sebagai Sungai Merbok Biosphere.



Di sini pelancong boleh menaiki cruise dan boleh menikmati makanan di Restoran Jeti Semeling DSA Cafe atau pun boleh menikmati hidangan oyster fresh segar dari ladang di Restoran terapung Bakau Hijau.



Untuk lebih lagi maklumat membaca mengenai Jerai Geopark, Sg Petani Kedah anda boleh lah ke sini :


Harga tiket : 
PERCUMA
Waktu lawatan : Setiap hari (9 pagi hingga 5 petang)


Rancang semua perjalanan anda ke utara dan pastikan anda bergambar-gambar di setiap lokasi menarik nanti.

Travelogue Kedah selama 3H3M bersama borakkita.com dengan kerjasama Tourism Kedah dan Jerai Geo Park.

Ucapan terima kasih tak terhingga buat En. Zam  yang menemani kami dari hari pertama sehingga hari ketiga kami berada di sana.

Terima kasih buat para penaja trip kali ini, Canon Malaysia dan 888TeaCoffee.

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)