Recent comments

Terbaru

TTI RIVER CRUISE | TERENGGANU

Pengembaraan kami ke Negeri Terengganu bersama Travelogue Malaysia adalah bagi menjelajah destinasi percutian menarik yang membawa kami ke Taman Tamadun Islam, Terengganu. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati. 

Jika anda tiba ke Negeri Terengganu yang kaya dengan budaya dan makanannya pasti anda teringin menikmati pulau-pulau cantik di Terengganu.

Taman Tamadun Islam, Terengganu menjadi pilihan kami kerana ia adalah berdekatan dengan Kuala Terengganu. Terdapat ikon unik di sana iaitu Masjid Terengganu yang tersergam indah.




Malam ini kami berpeluang menikmati makan malam di TTI River Cruise yang sememangnya pengalaman yang unik sambil menikmati suasana malam di Terengganu.
















Anda juga boleh menikmati makan malam di Restoran D'benteng yang terdapat dia sekitar sini. Tambah istimewa jika anda dapat menikmati makan malam di dalam Cruise.




Pemandangan indah dan suasana malam sambil menikmati makan malam membuatkan kami kagum dengan lampu-lapu yang menghiasi di sekitar banggunan yang berwarna-warni.

Untuk informasi lanjut anda boleh mengunjungi website
http://www.tti.com.my/

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)