Recent comments

Terbaru

Genting Cruise Lines menawarkan percutian pelayaran Star Cruises di atas kapal SuperStar Gemini dari Malaysia.

Genting Cruise Lines menawarkan percutian pelayaran Star Cruises di atas kapal SuperStar Gemini dari Malaysia.

Belayar bersama watak- watak 'Spider-Man: Into the Spider-Verse pada musim cuti sekolah dan musim perayaan ini! Pelayaran khas menunaikan impian seorang kanak-kanak Make-A-Wish untuk menjadi Kapten.





Star Cruises, ahli kumpulan Genting Cruise Lines menyambut ketibaan SuperStar Gemini, sebuah kapal pelayaran popular yang kembali ke Malaysia untuk berpengkalan pertama kali di Pelabuhan Klang. 

Malaysia dari 5 November 2018 hingga 28 April 2019. 
Para penumpang turut boleh menaiki kapal SuperStar Gemini dari Pulau Pinang dan Langkawi untuk menikmati pelayaran 3 malam ke destinasi-destinasi menanik di Malaysia, serta ke Phuket, Thailand.


Bagi menyambut ketibaan kapal pelayaran SuperStar Gemini ke Pelabuhan Klang, sebuah majlis sambutan telah diadakan di atas kapal SuperStar Gemini bersama tetamu-tetamu jemputan bagi mempamerkan pelbagai kemudahan-kemudahan yang menarik yang ditawarkan di atas kapal serta memperkenalkan manfaat percutian pelayaran yang mudah dan menyeronokkan bersama Star Cruises. 



Turut hadir, Yang Berbahagia Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia sebagai Tetamu Kehormat, wakil-wakil agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, rakan-rakan korporat dan media.

Bersempena dengan majlis sambutan ini dan sebahagian daripada komitmen berterusan Genting Cruise Lines untuk membawa perubahan positif dalam kehidupan harian masyarakat di rantau ini, Star Cruises berkesempatan untuk bekerjasama dengan Make-A-Wish Malaysia untuk menunaikan hasrat seorang kanak-kanak untuk menjadi seorang Kapten di atas kapal. 



Wish Child, adik Adam Khalish dari Make-A-Wish Malaysia amat terpesona dengan kapal-kapal pelayaran dan sentiasa teringin belayar di lautan terbuka. 

Pada majlis tersebut, Kapten SuperStar Gemini Christian Westergren menyampaikan sebuah topi Kapten kepada Adam bagi pihak Star Cruises, di samping mengatur satu lawatan khas di atas kapal untuk Adam dengan keluarganya yang juga mengikuti pelayaran sulung 3 malam SuperStar Gemini dari Pelabuhan Klang ke Phuket dan Pulau Pinang.




Tahun ini Genting Cruise Lines meraikan Ulang Tahun ke-25nya dalam industri pelayaran dengan jenama perintis Star Cruises kami, sepenuhnya menggambarkan komitmen berterusan kami dalam membangunkan pelancongan pelayaran Malaysia, bersama-sama dengan negara-negara jirannya dan seluruh Asia.

Genting Cruise Lines akan meneruskan usaha untuk menyebarkan keseronokan berlayar serta menunaikan pelbagai impian untuk masyarakat, sama ada impian seorang kanak-kanak untuk menjadi kapten atau mewujudkan lebih banyak peluang untuk lebih ramai keluarga menikmati percutian pelayaran bersama rakan-rakan dan orang kesayangan mereka, "kata Encik Ang Moo Lim, Presiden Star Cruises Genting 

Cruise Lines terus menyokong pertumbuhan industri pelancongan kapal pelayaran di Malaysia dengan Star Cruises dan juga Dream Cruises, mengunjungi pelabuhan-pelabuhan utama di seluruh Malaysia sejak tahun 1994. Kerajaan Malaysia menyokong sepenuhnya segala inisiatif yang dilakukan untuk mempromosikan pelancongan pelayaran di Malaysia. 

Pada masa ini, terdapat sebanyak 12 buah pelabuhan di dalam negeri yang menampung keperluan kedatangan kapal pelayaran. Pada tahun 2017, Malaysia telah menerima sebanyak 924,885 penumpang kapal pelayaran dan 599 kapal pelayaran , peningkatan sebanyak 37.8 % dan 356 % , berbanding dengan 682,063 penumpang kapal pelayaran dan 435 kapal pelayaran pada 2016. Dengan penempatan SuperStar Gemini yang kini berpengkalan di Malaysia, Star Cruises terus komited dalam pengukuhan Malaysia sebagai hab pelayaran di rantau ini serta meraih peluang pertumbuhan baru dalam segmen fly-cruise yang amat berpotensi ini.






Star Cruises meraih pengiktirafan Travel Hall of Fame Travel Trade Gazette (TTG) sepanjang lebih sepuluh tahun. Setiap pelayaran kapal Star Cruises di seluruh Asia menawarkan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik. Dengan SuperStar Gemini yang kini berpengkalan di beberapa pelabuhan di Malaysia termasuk Pelabuhan Klang. Pulau Pinang dan Langkawi, tetamu boleh memilih untuk bertolak dari mana-mana hab pelancongan yang mempunyai rangkaian pengangkutan yang baik untuk menerokai pelbagai jadual perjalanan pelayaran pergi-balik yang popular. 



Ini termasuk jadual pelayaran 4Hari/3Malam ke Phuket dan Langkawi atau 4Hari/3Malam ke Phuket dan Pulau Pinang serta jadual pelayaran khas 5Hari/4Malam ke Phuket, Krabi dan Pulau Pinang (berlepas pada 6 Februari 2019) dan jadual pelayaran 3Hari/2Malam ke Singapura (berlepas pada 10 Februari 2019) Sebagai alternatif, para pelancong juga boleh mengikuti pelayaran 4Hari/3Malam (pergi-balik) dari Pulau Pinang ke Pelabuhan Klang dan Phuket yang berlepas pada tarikh-tarikh tertentu.

Di Star Cruises, matlamat kami adalah untuk terus menawarkan pengalaman percutian yang unik dan menarik kepada para pelancong dengan tawaran destinasi-destinasi yang baru serta pelayaran khas, seperti pelancaran pelayaran 'Spider-Man: Into the Spider-Verse' yang akan dilancarkan terlebih dahulu di kapal SuperStar Gemini. 

Kami sangat gembira bahawa penumpang penumpang kami, dari pelbagai lapisan umur, akan menjadi kumpulan yang pertama untuk menikmat aktiviti-aktiviti menarik di atas kapal ini, "tambah Encik Ang.


Bagi filem baru Spider-Man: Into the Spider-Verse yang bakal ditayangkan di pawagam bermula bulan Disember ini, Star Cruises telah berkerjasama dengan Sony Pictures untuk menyediakan aktiviti-aktiviti berinteraksi di kapal SuperStar Gemini yang bermula dari 14 November 2018 hingga 31 Januari 2019. 

Dengan filem ini membawa visi baru Spider-People dari alam semesta yang berbeza, para tetamu kapal juga akan dapat mencuba dan menikmati pelbagai aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Spider-Man: Into the Spider-Verse seperti Spider-Man Scavenger Hunt, Meet & Greet, Cabaran Kecergasan, Sambutan Hari Krismas dan lain-lain.



Selain itu, banyak lagi boleh dinikmati dan diterokai di atas kapal SuperStar Gemini termasuk pelbagai pilihan makanan Asia dan antarabangsa yang memenangi anugerah, persembahan dan hiburan yang hebat, pelbagai kemudahan rekreasi, sukan dan kecergasan, zon membeli-belah bebas cukai, atau hanya bersantai di spa atau dalam keselesaan kabin anda sendiri Star Cruises berjanji agar menyampaikan cuti pelayaran yang luar biasa dengan Asian hospitality yang merupakan tanda dagangan Star Cruises.




No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)