Recent comments

Terbaru

KTM BERHAD MEMPERKENALKAN RAIL EDU-TOURISM MELALUI PAKEJ RONDA-RONDA KTM KOMUTER

KTM BERHAD MEMPERKENALKAN RAIL EDU-TOURISM MELALUI PAKEJ RONDA-RONDA KTM KOMUTER 

KTM Berhad melalui Perkhidmatan KTM Komuter telah mengadakan program Familiarization Trip dan Majlis Perasmian Pakej Baharu Ronda Ronda KTM Komuter di Bangi Wonderland. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Rani Hisham Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif, KTM Berhad dengan sokogan dan kerjasama daripada pihak Bangi Wonderland dan Tourism Selangor.








Pakej yang diperkenalkan pada kali ini adalah berkonsepkan rail-edu-tourism, laitu pakej ronda-ronda berbentuk pendidikan dan akan memberi pengalaman menarik kepada kanak-kanak menaiki tren dan berekreasi sambil mengunjungi tempat-tempat menarik berhampiran rangkaian KTM Komuter. Selain itu, inisiatif Ini adalah antara usaha untuk mempromosikan dan membudayakan penggunaan tren kepada generasi muda terutamanya pelajar sekolah sekaligus menggalakkan aktiviti pelancongan domestik melalui perkhidmatan rel.


Majlis ini melibatkan penyertaan daripada tiga (3) buah sekolah, iaitu Tadika Iham Cahayaku Batu Caves, Sekolah Rendah Agama Islam Seksyen 19 Shah Alam dan SMK Bukit Bandaraya Bangsar. Seramai 132 orang pelajar dan guru dibawa menaiki tren KTM Komuter dari Stesen KL Sentral ke Stesen Bangi sebelum meneruskan perjalanan ke Bangi Wonderland dengan menaiki bas.



















Pakej Ronda-Ronda KTM Komuter telah mula diperkenalkan pada tahun 2004 dengan tiga (3) Jenis pakej. Dari semasa ke semasa, pakej Ini telah memberikan lebih pilihan sehingga mempunyai enam (6) jenis pakej pada tahun 2015. Untuk pembaharuan kali ini, jalinan kerjasama pintar antara KTM Berhad dengan Bangi Wonderland dan Menara Kuala Lumpur diperkenalkan. Penambahan lokas-lokasi baharu ini menjadikan jumlah pakej Ronda-ronda KTM Komuter adalah sebanyak tujuh (7) jenis pakej. Harga pakej bermula daripada serendah RM70.00 sehingga RM120.00 seorang.




Selain itu, pakej Ronda-ronda KTM Komuter pada kali ini turut mendapat kerjasama daripada Unit KTM Holidays & Event Management. Unit ini merupakan unit pelancongan dan pengurusan acara di bawah KTM Berhad yang berperanan menyokong dasar industri pelancongan negara melalui konsep pelancongan yang unik dengan menggunakan perkhidmatan keretapi atau lebih dikenali sebagai Roil Tourism. Diharapkan dengan adanya kerjasama ini, pakej Ronda-ronda KTM Komuter akan lebih dikenali dan mendapat perhatian dari semua pihak terutama pelajar dan guru daripada peringkat tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah.



Pihak sekolah yang berminat dengan pakej Ronda-ronda KTM Komuter boleh menghubungi Unit Pemasaran Perkhidmatan KTM Komuter di talian 03-2279 8843 atau Unit KTM Holidays di talian 03-2279 8861 untuk pertanyaan lanjut dan jika ingin membuat tempahan.

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)