Terkini | New

PGM Maybank ADT Championship 2018

Saingan Jelajah Pembangunan Asia (ADT) sampai ke kemuncak dengan berlangsungnya pusingan ke-12 , sekali gus memberi peluang terakhir kepada pemain untuk memperbaiki kedudukan dalam Order of Merit ADT sebelum tirai akhir musim dilabuhkan.

Tourism Selangor berbangga menjadi sebahagian daripada siri jelajah berprestij ini apabila kejohanan PGM Maybank ADT 2018 berlangsung di Kelab Golf Saujana, di sini pada 28 November hingga 1 Disember ini.




Pembabitan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk meluaskan lagi dan mempromosi pelancongan di Selangor menerusi penganjuran sukan golf bertaraf antarabangsa. Tourism Selangor mengambil langkah menaja program siaran Highlights PGM Tour, program televisyen selama 30 minit  yang memaparkan pelbagai aksi menarik Kejohanan PGM Maybank ADT 2018.


42 lapangan golf yang sebahagian besarnya bertaraf antarabangsa bertempat di negeri itu, usaha meningkatkan industri pelancongan menerusi sukan golf dapat dilakukan dengan lebih meluas. kerajaan negeri sentiasa mencari jalan mengembangkan industri pelancongan dalam negeri dan kami percaya, menerusi inisiatif menghasilkan program Highlights Televisyen Jelajah PGM ini, lebih banyak kesedaran dapat diwujudkan selain menarik lebih banyak peminat dan pelancong ke negeri ini.


Selain mempromosi lapangan golf dan tempat-tempat menarik, program sebegitu diharap dapat membantu mengetengahkan Jelajah PGM secara lebih meluas dan seterusnya, menjadikan Selangor sebagai Destinasi Percutian Golf nombor satu di Negara ini.



Jelajah PGM merupakan sirkit profesional yang diperakui ADT dan tentunya, menarik perhatian dan penyertaan ramai pemain tempatan dan asing. Tourism Selangor akan membawa kejohanan itu ke kaca televisyen dan melakukan promosi menerusi pelbagai platform media termasuk elektronik, cetak dan media sosial untuk meningkatkan minat dan masyarakat terhadap golf dan industri pelancongan negeri.



Senarai Mata dan Pemenang:

Maybank ADT Championship & PGM Ladies Championship
Leading final scores (Par-72).

TOURNAMENT SHORTENED TO 54-HOLES DUE TO INCLEMENT WEATHER

208 - Shinichi Mizuno (JPN) 71-66-71
209 - Nitithorn Thippong (THA) 67-68-74 , Oscar Zetterwall (SWE) 71-69-69
210 - Mathiam Keyser (RSA) 66-77-67
212 - Kazuki Higa(JPN) 73-70-69 , Thepbodin Amaranan (THA) 72-71-69
213 - Miguel Carballo (ARG) 71-73-69
214 - Joshua Shou(SIN) 75-69-70 , KENNETH DE SILVA 76-70-68, Matthew Killen (ENG) 70-71-73 , Han Lee (USA) 70-71-73
215 - Itthipat Buranatanyarat (THA) 72-74-69, Josh Salah (USA) 73-69-73, Aadi Bedi (IND) 71-78-66

Ladies

280 - GENEVIEVE LING 72-67-69- 72 
284 - AINIL JOHANI BAKAR 69-71-73-71 , NOREZRINA CHE OMAR 70-74-67-73
292 - DIANNE LUKE 72-72-73- 75 
296 - NUR DURRIYAH DAMIAN 77-72-77-70
298 - ARETHA PAN 69-77-75-77

Untuk maklumat lanjut layari :

http://www.tourismselangor.my/
https://www.facebook.com/pgmtourofficial/