Recent comments

Terbaru

Pusat Pungutan Zakat Lancar Zakat2u ( versi 4.0) #Lagimudah

Pusat Pungutan Zakat Lancar 
Zakat2u ( versi 4.0)

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)  mengadakan Majlis Pelancaran zakat2u versi terkini 4.0.



Membayar zakat itu adalah wajib bagi orang Islam yang berkemampuan. Bagi menggalakkan lebih ramai masyarakat Islam terutama yang tinggal di kawasan Wilayah Persekutuan, satu platform pembayaran zakat atas talian telah diperkenalkan bagi memudahkan urusan mereka. 

Pusat Pungutan Zakat (www.zakat2u.com.my) memudahkan lagi orang ramai untuk membayar zakat pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Satu lagi kemudahan yang di gunakan sejajar dengan penggunaan teknologi dan telefon pintar yang lebih mudah.




Antara kelebihan terkini Portal Zakat2u versi 4.0 yang memudahkan anda membayar zakat. 

1- Pengiraan kalkulator zakat secara automatik,
2- Membayar zakat lebih dari satu transaksi dengan Troli Zakat,
3- Penggunaan resit rasmi melalui bayaran online sepenuhnya,
4- Bacaan doa untuk para muzakki setelah selesai membayar zakat,
5- Integrasi pembayaran zakat melalui interaksi chatbox FB Messenger,
6- Video tutorial panduan mengira zakat.




 Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. 



Menariknya pengguna boleh bersoal jawab dengan Ustaz Amil di chatbox FB Messenger 24 jam.

"Untuk makluman semua, zakat2u versi 4.0 ini telah dinaiktaraf fungsi dan sistemnya. Kesemua fungsi dan sistem ini diwujudkan adalah untuk memberi lebih banyak kemudahan kepada pembayar seiring dengan keadaan serba ringkas, mudah dan cepat sekarang ini untuk mereka segera menunaikan kewajipan zakat mereka tanpa mengambil masa yang lama"

 "Kemudahan terkini zakat2u ini dilaksanakan sebagai tanda penghargaan kepada pembayar zakat kami yang tanpa jemu memberikan kepercayaan kepada PPZ- MAWP sebagai pengutip zakat mereka. Kita akui bahawa tanpa pembayar zakat mana mungkin asnaf yang hampir 30,000 keluarga dapat dibantu oleh pihak Baitulmal MAIWP ditambah lagi peningkatan asnaf saban tahun" 



Pengertian Zakat
Dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.

Jenis-jenis zakat
1. Zakat pendapatan
2. Zakat perniagaan
3. Zakat wang simpanan
4. Zakat saham
5. Zakat emas
6. Zakat perak
7. Zakat ternakan
8. Zakat tanaman
9. Zakat fitrah

Syarat-syarat Wajib Zakat
1. Islam - dikenakan atas orang Islam
2. Merdeka - Orang Islam mestilah merdeka sepenuhnya
3. Sempurna Milik - Harta yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh seseorang
4. Cukup Nisab - Paras minima yang menentukan Sama Ada sesuatu harta diwajibkan zakat. Nisab bersamaan dengan berat 85 gram nilai emas semasa.
5. Cukup Haul - Genap setahun harta tu disimpan.
6. Niat Berniaga - Untuk memperoleh keuntungan (zakat perniagaan sahaja)

Antara harta yang dikenakan Zakat
1. Pendapatan
2. Wang Simpanan
3. Saham
4. Emas
5. Perak
6. KWSP/LTAT
7. Perniagaan

Kadar zakat ialah 2.5% atas harta yang cukup syarat wajib zakat.
Anad boleh mengira sendiri kadar untuk dengan adanya kalkulator dalam web zakat2u.com.my lagi senang.


PPZ- MAIWP akan sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan pembayaran zakat kepada umum di Wilayah Persekutuan agar tiada lagi halangan untuk mereka menunaikan zakat agar dapat mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar

Untuk maklumat lanjut:
Talian Zakat: 
1-300-88-5757
www.zakat2u.com.my

6 comments:

  1. Terbaik. Sangat memudahkan pengguna untuk membayar zakat.

    ReplyDelete
  2. Dah tak perlu ada alasan untuk buat pembayaran zakat, hanya dengan portal terbaru ni yg semakin canggih..yg best dah ada chatbox n troli zakat

    ReplyDelete

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)