Terkini | New

SYNERGY MARINE JALINKAN KERJASAMA DALAM PEMBINAAN KAPAL BERKUASA LNG PERTAMA DI MALAYSIA

SYARIKAT TERKEMUKA MALAYSIA SYNERGY MARINE MENETAPKAN PEMBINAAN KAPAL BERKUASA LNG PERTAMA DI MALAYSIA

Synergy Marine berpadu tenaga dengan MTCMS Design Sdn Bhd dan Shin Yang Shipping Corporation Berhad mengambil langkah proaktif bagi menerajui dan merintis teknologi hijau di dalam sektor kapal sokongan luar pesisir.

 Malaysia bakal mencatatkan satu detik penting dalam industri maritim apabila Synergy Marine (M) Sdn Bhd, jenama terkemuka pengurusan kapal bersepadu, mengumumkan kerjasamanya dengan 3buah syarikat tempatan, MTCMS Design Sdn Bhd dan Shin Yang. 

Majlis menandatangani MOU Pembinaan Kapal Berkuasa LNG Pertama Malaysia tersebut telah diadakan di Mandarin Oriental Hotel pada 15 November 2018 baru-baru ini.

Yang Berbahagia Dato’ Roslan Ahmad, Managing Director of Synergy Marine (M) Sdn.Bhd. menyampaikan ucapan kepada tetamu yang hadir mengenai Pembinaan Kapal Berkuasa LNG Pertama Malaysia.

Shipping Corporation Berhad (menerusi anak syarikatnya Shin Yang Shipyards Sdn Bhd) bagi mereka bentuk, membina dan menjayakan Pembinaan Kapal Berkuasa LNG pertama di Malaysia, yang akan merevolusikan sektor maritim di negara ini.




Kapal berkenaan bukan sahaja kapal pertama di Malaysia dan di seluruh Asia, ia juga merupakan kapal pertama yang dibina di pesisir Malaysia. Synergy Marine telah menyahut cabaran untuk membuat pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan bagi melaksanakan evolusi dalam mereka bentuk




kapal dengan menggunakan teknologi 3D yang tercanggih dan termaju, termasuklah teknologi digital twin untuk kapal baru, lengkap dengan teknologi realiti maya untuk tujuan penyelenggaraan, ujian keselamatan dan latihan.

Synergy Marine akan menggunakan kapal berkenaan bagi memberikan perkhidmatan kepada pelbagai syarikat Minyak dan Gas global yang bakal mendapat manfaat daripada kapal yang terkenal ini yang bukan sahaja mematuhi peraturan IMO, tetapi dengan penggunaan kapal Berteknologi Tinggi dan Hijau di dalam operasi Minyak dan Gas mereka, kapal tersebut dapat menjimatkan penggunaan bahan api di dalam mana-mana operasi Minyak dan Gas.


Pengarah Urusan Synergy Marine, Dato’ Roslan Ahmad berkata penggunaan sistem enjin gas asli cecair atau LNG dapat mengurangkan pelepasan sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon dioksida dan zara terampai dengan ketara, menjadikan alam sekitar lebih hijau dan pada masa sama mematuhi peraturan pertubuhan maritim antarabangsa.

“Berbekalkan pengalaman luas kami di dalam perniagaan serta operasi marin dan luar pesisir, ditambah pula dengan pengetahuan mendalam, rangkaian kerja yang luas dan keupayaan yang kukuh, penjagaan alam sekitar adalah salah satu daripada nilai teras kami, dan kami mengambil langkah proaktif untuk menerajui dan merintis teknologi hijau di dalam sektor kapal sokongan luar pesisir,” kata Dato’ Roslan, MTCMS Design Sdn Bhd.

“Selepas kemelesetan ekonomi yang panjang dan kemerosotan harga minyak sejak 2016, ketika ini kami dapat melihat kebanyakan syarikat Minyak dan Gas telah memulakan semula kerja-kerja eksplorasi dan pengeluaran di seluruh dunia. Ini adalah petanda bagus kerana ia menunjukkan bahawa industri maritim dan perkapalan telah berkembang semula. Sehubungan itu, kami telah mengambil langkah seterusnya di dalam perjalanan ini untuk menjadi penyedia Kapal Sokongan Luar Pesisir pilihan bagi menyokong kerja- kerja eksplorasi dan pengeluaran Minyak dan Gas dengan etika perniagaan yang tinggi bagi memenuhi jangkaan pelanggan kami.”


Dengan adanya kapal baru berukuran 76.8 meter panjang, 19 meter lebar, kapasiti dek 600 meter persegi, dilengkapi dengan sistem enjin dwi bahan api iaitu LNG dan diesel, kerjasama ini terbukti menjadi detik terpenting antara Synergy Marine, MTCMS Design Sdn Bhd dan Shin Yang Shipping Corporation Berhad, dengan pembangunan di dalam kedua-dua bidang Teknologi Tinggi dan Teknologi Hijau. 

Ketiga-tiga syarikat bereputasi tinggi itu juga menandatangani satu Memorandum Persefahaman bagi menggabungkan kepakaran dalam membangunkan Kapal Teknologi Hijau, disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah 2 (Operasi) Jabatan Marin Malaysia, Tuan Hj. Ir. Ahmad Khairuddin Bin Ismail.


“Kami amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan MTCMS Design dan Shin Yang Shipping untuk kapal berkuasa LNG pertama kami. Sistem pendorong kapal kami yang baru direka menggunakan enjin penjimat tenaga dan mesin serta peralatan cekap tenaga. Oleh itu, berdasarkan kepada kepakaran mereka dalam mereka bentuk kapal dan penggunaan Teknologi Digital Twin, kami telah memutuskan untuk melantik MTMCS Design untuk menjadi pereka bentuk kapal kami dan bekerjasama dengan Shin Yang Shipping untuk membina kapal berkenaan berdasarkan kepada kepakaran mereka dalam pembinaan banyak Kapal Sokongan Luar Pesisir (OSV) dan keupayaan serta kapasiti mereka yang tinggi di dalam bidang ini.”


“Rekod prestasi yang cemerlang di dalam profil mereka itu digabungkan dengan sejarah kami yang mantap di dalam sektor perkapalan maritim, perjanjian perintis ini membuka peluang yang besar ke arah revolusi pembangunan kapal berkuasa LNG,” kata Dato’ Roslan.

Pembinaan kapal berkenaan akan dimulakan pada Januari 2019 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang suku keempat tahun 2020. Selepas disiapkan, kapal ini akan sedia untuk disewa mengikut kontrak oleh mana-mana kontraktor Minyak dan Gas, dan ia akan digunakan untuk operasi tertentu di dalam pasaran global.