Terkini | New

Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2019

Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2019

Menara Kuala Lumpur adalah menara ikonik di Kuala Lumpur dan Malaysia. Diiktiraf sebagai menara telekomunikasi tertinggi di Asia Tenggara dan ketujuh (7) tertinggi di dunia, Menara Kuala Lumpur sekali lagi menganjurkan acara sukan ekstrem yang berprestij dan terkenal di dunia iaitu 'Turkish Airlines KL Tower Towerthon Challenge 2019', pada Ahad, 21 April 2019, bermula seawal jam 5.00 pagi.




Acara tahunan ini diadakan dengan tujuan memberi peluang kepada peserta yang ingin menguji ketahanan fizikal dan mental mereka dan mencabar diri mereka untuk menawan puncak Menara Kuala Lumpur. 










"Istimewa pada tahun ini, acara ini akan bermula di kawasan parkir bas yang berjarak sekitar 200 meter dari lobi. Tempat perlepasan tersebut berubah dari tempat Ietak kereta terbuka di bawah Menara Kuala Lumpur (kira-kira jarak 800 meter dari lobi) ke kawasan parkir bas untuk memberi para peserta lebih fokus dan mencabaran untuk memanjat tangga. 







Oleh itu, peserta akan menghabiskan lebih banyak tenaga untuk memanjat 2,058 anak tangga sehingga ke aras 288 meter di TH03", kata YBhg. Datuk Rozlan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.





Untuk peminat ‘Turkish Airlines KL Tower Towerthon Challenge 2019', anda masih mempunyai peluang untuk mendaftar dengan melayari laman web :
www.adrenalineaddict.asia/klt2019 

atau melalui aplikasi mudah alih "JomRun" yang boleh dimuat turun dari Google Play dan Apple App Store.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-20201926 atau lawati Facebook rasmi kami, Menara KL Towerthon Rasmi atau Instagram @kltowertowerthon.