Recent comments

Terbaru

30 Artis Viralkan Bazaar Raya Kuala Lumpur (BRKL) 2019

Jom sama-sama memeriahkan penganjuran bazar terbesar di ibu kota Bazaar Raya Kuala Lumpur 2019 (BRKL) yang akan bakal disertai lebih 30 artis popular bermula pada 16 Mei sehingga 4 Jun 2019.


Mengetengahkan konsep kekeluargaan dan penuh dengan produk 
buatan tempatan, BRKL akan diadakan di Dewan Tun Razak 1 &2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang dianjurkan oleh Agenda Sepadu Sdn Bhd. 

Antara selebriti popular yang akan mengambil bahagian seperti bintang drama Nur 2, Amyra Rosli, Syafiq Kyle dan juga tidak ketinggalan nama-nama popular sepert Dato Aznil Haji Nawawi, Siti Sarah, Zara Zya, Alif Satar, Datin Alyah, Dato Hattan, Aiman Tino dan ramai lagi.




Pengarah BRKL, Shawn Zain berkata, pihaknya telah menyediakan pelbagai pengisian menarik buat pengunjung dan juga tidak ketinggalan usahawan yang menyertai bazar selama 20 hari berlansung nanti. Antara barisan selebriti terkenal dan juga pengacara popular tanah air, kami percaya bazar terbesar itu akan menarik perhatian ramai terutama buat warga kota. Menariknya kerana kami menyediakan pakej viral iaitu Rocketing Viral Inbosz secara percuma kepada semua usawahan yang menyertai BRKL bagi memberi kelebihan kepada mereka untuk masing-masing secara talian memperkenenalkan produk jualan. Menerusi pakej itu, kami akan menyediakan 3 jalan cerita yang bebeza kepada setiap usahawan dan vĂ­deo-video viral berkenaan akan diviralkan secara online selama tiga minggu, katanya. 

BRKL dibuka kepada pengunjung setiap hari dari jam 10 pagi hingga 12 malam dengan mengetengahkan pelbagai produk seperti fesyen, kuih -muih, perhiasan dalaman dan keperluan bagi meraikan Aidilfitri.

Tambah Shawn lagi, pihak BRKL juga akan bekerjasama dengan Touch&Go bagi memberi kelebihan kepada pengunjung untuk menikmati rebat tunai istimiawa supanjang bazar berkenaan di adakan. Sementara itu, BRKL mensasarkan bakal menerima 500,000 orang pengunjung sepanjang 20 hari bazaar berlansung.
.
Angka berkenaan berpandukan kedudukan Strategik BRKL Yang dianjurkan Di dalam kawasan indoor dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pengangkutan awam Seperti LRT dan bas Rapid KL.

Pada sidang media BRKL telah diadakan di PWTC, Pihak penganjur memberikan kelebihan kepada usahawan untuk menikmati potongan harga istimewa. 

"Kami Juga merancang untuk menganjurkan sesi berbuka puasa bersama-sama Individu yang tidak bernasib baik dan sebahagian daripada hasil jualan akan disalurkan kepada rumah kebajikan terpilih. Katanya. 


BRKL 2019 bakal dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan, YB Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof pada16 Jun ini. 

Acara turut disokong Oleh Kementerian Pelancongan Malaysia di dalam mempromosikan tempat yang menarik untuk dilawati pada bulan Ramadhan nanti. 

Tidak ketinggalan sebuah program mesra rakyat iaitu program bubur lambuk pada setiap petang bertujuan sebagai juadah berbuka puasa kepada setiap pengunjung.

Kepada yang berminat untuk menyertai BRKL Boleh menghubungi Sekretariat BRKL 2019 di TALIAN 011- 3690 4037

Untuk maklumat lanjut layari:
Email : bazzaraya.info@gmail.com
Facebook : @bazzaraya
Instagram :@bazzaraya.kl

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)