Recent comments

Terbaru

eCurve Mutiara Damansara Meraikan Kegembiraan Bersama-sama Warga Emas Dari Pusat Jagaan Al-Fikrah

Bulan Ramadhan Al Mubarak menandakan permulaan bulan yang penuh bermakna. Bagi meraikan permulaan bulan yang penuh barakah ini, eCurve menjemput sekumpulan warga emas dari Pusat Jagaan Al-Fikrah untuk meraikannya bersama dan menghidupkan kembali nostalgia zaman dahulu melalui kempen bertema Al- Kisah Pesta Ria.





Centre Atrium yang kelihatan seperti sebahagian daripada zaman 60 an yang cukup gemilang, para tetamu istimewa Rumah Al- Fikrah sudah pastinya akan terkenang kembali memori silam semasa muda mereka. Semangat Hari Raya dapat dirasai dengan bangunan lama dihias indah dan muzik latar belakang yang tidak lapuk dek zaman. Setelah mereka menikmati serta menghayat keindahan hiasan suasana di Centre Atrium.








Acara petang itu dimulakan dengan sebuah persembahan muzikal bertajuk Irama Pesta Ria dengan penampilan khas oleh tetamu selebriti Musly Ramlee. Para tetamu kelihatan teruja semasa Musly Ramlee mendendangkan lagu-lagu hits P.Ramlee seperti Bunyi Gitar dan Mari-Mari Tuan Dengar Ini Cerita. Persembahan beliau turut diringi tarian penari latar serta lagu-lagu klasik yang dimainkan sekaligus membawa tetamu ke zaman 60an. Warga-warga emas turut mengambil gambar bersama dengan Musly Ramlee di akhir persembahannya.

Gina Long Ahmad, Penolong Pengurus Besar, Bahagian Sewaan, Pengiklanan Promosi berkata, "Di samping membuat persediaan untuk musim perayan, lanya juga penting untuk kita berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Kami telah menjemput warga emas dari Pusat Jagaan Al Fikrah untuk berbuka puasa bersama kami sebagai sebahagian dari tradisi tahunan kami. Kami amat gembira melihat mereka tersenyum dan kami juga berharap kami telah memberikan mereka kenangan yang bermakna tahun ini!"







Sementara menanti waktu berbuka puasa, warga-warga emas serta penjaga mereka turut menerima hadiah awal hari raya berupa beg cenderahati dan duit raya. Petang penuh kegembiraan itu diakhiri dengan sesi berbuka puasa di Arab Thai, sebuah restoran baru di eCurve yang menyajikan hidangan Arab dan Thai.








Pengunjung boleh mengunjungi eCurve untuk kempen Raya 2019, Al-Kisah Pesta Ria dari 3 Mei hingga 6 Jun 2019 dan menyaksikan persembahan Musly Ramlee sebanyak dua kali sehari pada 3 petang dan 6 petang pada hujung minggu.



Para pengunjung juga berpeluang mendapatkan hadiah raya istimewa tahun ini di eCurve. Pelanggan yang berbelanja sebanyak RM200 dan ke atas dalam maksimum dua resit layak untuk menebus tiffin lebaran serta Festive Ria Packets. 

Semua penebusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat dan sementara stok masith ada. Sebagai bonus, pengguna aplikasi Boost yang berbelanja minimum RM50 menggunakan Boost e-wallet di kedai yang mengambil bahagian akan menerima rebat sebanyak RM10! Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Raya eCurve 
sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan eCurve di 03-7725 0277 

layari laman website: www.ecurve.my  
Facebook : www.facebook.com/eCurveMall.

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)