Recent comments

Terbaru

TROPICAL RAINFOREST CONSERVATION DAN RESEARCH CENTRE (TRCRC) BERKERJASAMA LINDUNGI HUTAN HUJAN TROPIKA MALAYSIA

BOH Plantations baru-baru ini telah berganding bahu bersama Pusat Penyelidikan dan Pemuliharaan Hutan Tropika (TRCRC) untuk mengembangkan lagi inisiatif hijau di Cameron Highlands dalam aspek pemuliharaan, pemulihan dan biodiversiti hutan jangka panjang. Kerjasama ini juga akan merangkumi pemulihan hutan di TRCRC's Tropical Living Collection (TRLC) Banun di Perak di mana BOH akan menaja 200 batang pokok untuk ditanam di sana demi menyokong program pemuliharaan sedia ada ke arah mengembalikan kehijauan koridor hutan utama di Central Forest Spine.







Inisiatif itu juga akan menerima sokongan daripada orang ramai menerusi BOH’s 90TH Birthday Fun Run yang akan berlangsung pada 22 September 2019 di Cameron Highlands, edisi yang ke-3 buat acara larian BOH. Bagi setiap edisi, BOH mengenal pasti organisasi yang akan menerima sumbangan daripada acara larian BOH untuk digunakan sebagai dana untuk tujuan program persekitaran tertentu. Dalam dua acara larian sebelum ini, Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Pusat Alam Sekitar Global (GEC) telah dipilih untuk menerima sumbangan. Hasil dari acara larian tersebut, MNS telah berupaya menggunakan dana yang diberi untuk projek alam sekitar sekolah di Cameron Highlands manakala GEC pula memanfaatkan dana tersebut bagi program kesedaran paya gambut.

Untuk maklumat lanjut layari..
www.bohtea.com
BOH Tea


Jom sertai larian BOH
http://www.checkpointspot.asia/bohrun!

#BOH #Trcrc #LarianBoh #BohteaMalaysia #90THBirthdayFunRun



No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)