Terkini | New

Tahniah di atas Penganugerahan Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 kepada YB Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman

Tahniah di atas Penganugerahan Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 kepada YB Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman (Ketua Pegawai Eksekutif FGG Group) salah seorang seorang speaker di Majlis 9th Muslim World Biz.


Pengiktirafan dari badan Organisation of Islamic Cooperation (OIC). Hanya ada 6 individu yang mendapat anugerah ni dari seluruh dunia. Ramai yang kenal Dato Sri Mahadi BZ ini dengan aura positive, pakar motavasi dan inspirasi untuk lebih berjaya.









Pameran dan Persidangan Muslim World Biz yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kerjasama Isiam (OIC) telah memasuki edisi ke-9 penganjurannya pada tahun ini. Acara fokus yang menjadi tunjang bagi persidangan ini adalah Forum Meja Bulat yang mengangkat tema 'Fortifying Muslim Youth Leadership in the Face of Adversity dan Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 sebagai salah satu usaha bagi mengiktiraf kecemeriangan, inovasi dan pencapaian individu dalam meningkatkan ekonomi umat Islam antarabangsa. 











Acara yang berlangsung selama 3 hari ini telah bermula daripada 4 hingga 6 September 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Pameran dan persidangan ini juga telah menyaksikan kehadiran delegasi daripada pelbagai negara yang terdiri daripada pemain-pemain industri, ahli-ahli perniagaan dan individu-individu yang berhasrat untuk memberi sumbangan dalam dunia keusahawanan dan komuniti Islam global.





Dalam acara ini juga, Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman yang merupakan pengasas Financial Genius Group (FGG) telah dijemput untuk menyampaikan World Class Talk bertajuk Fundamental Components to Forge 21st Century Leaders dihadapan lebih 100 peserta dari 57 buah negara Islam. Sesi penyampaian tersebut telah berlangsung selama satu jam bermula jam 3:45 petang dan berakhir pada jam 4:45 petang.

Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman yang juga penerima Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 dalam penyampaiannya telah berkongsi beberapa tips penting dan rahsia untuk membentuk pemimpin Abad-21 yang kental, berdaya saing dan mampu mengharungi cabaran dunia hari ini.







Financial Genius Group (FGG) dibawah pimpinan Dato Sri Mahadi Badrul Zaman juga turut tidak ketinggalan dalam mengambil peluang ini untuk memperkenalkan organisasi ini kepada umum dengan menyertai pameran yang diadakan. Melalui acara seperti ini, diharap FGG mampu melebar Iluaskan lagi pengaruh dan sayap serta akan lebih dikenali di peringkat global sebagai organisasi perancangan kewangan terbaik dunia.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web dan sosial media mereka :
Website : www.mahadibz.com
Facebook : Financial Genius Group​
Instgram : https://www.instagram.com/financial.genius.group/
Telegram : http://t.me/dsmahadibz

Alamat : Level 3A, Menara Manulife 6
Jlanan Gelenggang Damansara Height
50490 Kuala Lumpur.
Tel : 03-20115222