Terkini | New

Risda Eco Park, Ulu Slim

Pengembaraan kami ke negeri Perak #traveloguemalaysia bersama @borakkita_official menjelajah selatan Perak selama 6hari. 

Setelah beberapa hari kami di Ipoh Perak kami mengorak langkah menuju ke Risda Eco Park, Ulu Slim Akademi ESPEK pula dan kami berterima kasih kepada yang menaja perjalanan kami dari Kuala Lumpur.
@Canon Marketing Malaysia
@Wangi World Malaysia

Risda Eco Park, Ulu Slim Akademi ESPEK


Perjalanan kami menuju Risda Eco Park, Ulu Slim Akademi ESPEK memang mengembirakan dan tak sabar rasanya untuk merasai semua aktiviti extreme yang ada seperti #whitewaterrafting #Caving #Trekking #Kayak #Tubing #Atv dan pelbagai lagi.


Pelbagai aktiviti riadah hinggakan yang extreme ada di sini termasuk la penginapan kabin rm120 / 6 orang sambil mandi manda di air sungai yang sejuk. 



RISDA Eco Park mempunyai 20 unit kabin yang boleh menempatkan 120 orang, dilengkapi dengan kemudahan asas seperti katil (6 katil / kabin), penyaman udara, kipas dan tandas (dalam kabin). 

Pelbagai kemudahan yang ada di sini termasuklah dewan serbaguna yang boleh di jadikan tempat berkursus dan seminar. Ruang aktiviti pun luas sesuai untuk berkhemah dan aktiviti berkeluarga.













Di sini juga menjalankan aktiviti-aktiviti lasak seperti menaiki  ATV,'Jungle Tracking' Lata Berembun dan sekitarnya serta 'Fyling Fox' yang dikendalikan oleh penyelia yang berpengalaman.

Mesti try white water rafting yang memang extreme. @chilirafter







segala taklimat dan peraturan di terangkan oleh guide dan langkah-langkat keselamatan semasa melakukan aktiviti lasak ini.










nampak best tak? meriah juga bersama dengan kawan-kawan serta keluarga.!

Kepada anda yang berminat untuk menempah kabin atau mengadakan aktiviti di sini, boleh terus hubungi akademi espek di talian 03-42704021 atau layari laman web www.espek.com.my untuk maklumat lanjut.