Refarm Leisure Farm
Pengembaraan kami ke negeri Perak #traveloguemalaysia bersama @borakkita_official menjelajah selatan Perak selama 6hari.
Perjalanan kami di Ipoh Perak yang sangat-sangat cantik dan kami berterima kasih kepada Majlis Perbandaran Ipoh membantu perjalanan kami dan pihak yang menaja perjalanan kami dari Kuala Lumpur.
@myperodua
@Canon Marketing Malaysia
@888teacoffee
@Wangi World Malaysia
Seterusnya kami ke sini :
Refarm Leisure Farm
Perjalanan kami di sambut meriah oleh Refarm Leisure Farm dan hidangan tengahari yang sedap di restaurant Refarm yang mantap dan segar. Refarm dikelilingi oleh bukit-bukau dan hutan.
Air terjun dalam hutan adalah sumber yang berharga. Refarm mempunysi 26 ekar ladang rekreasi, bertempat di Kampar, Perak. Kira-kira 4 kilometer dari bandar Kampar, terletak di sebelah kiri jalan menghala ke arah Temoh dan Pekan Tapah.
Air terjun dalam hutan adalah sumber yang berharga. Refarm mempunysi 26 ekar ladang rekreasi, bertempat di Kampar, Perak. Kira-kira 4 kilometer dari bandar Kampar, terletak di sebelah kiri jalan menghala ke arah Temoh dan Pekan Tapah.
Sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur hanya 2jam perjalanan ke sini. Di Refarm anda dapat bersantai dengan tenang dan berehat bersama keluarga dan rakan.
Ia adalah lebih daripada Ladang biasa yang anda bayangkan. Di sini mereka menyediakan penginapan, makanan, pelbagai aktiviti menarik dan yang paling penting, pengalaman alam semula jadi.
Diwaktu percutian ini, ia adalah masa yang sangat sesuai untuk mengalami sesuatu yang berbeza di Refarm. Bawalah bersama orang yang tersayang bersama-sama anda untuk menikmati pengalaman yang paling santai tetapi amat berharga bersama alam semulajadi.
Jika anda kesini bolehlah memcuba madu kelulut di sini. Penghasilan madu dari hutan hinggalah madu kelulut oleh ehoney.
Refarm merupakan sebuah tempat riadah tarikan pelancongan yang mempunyai pelbagai kemudahan dan aktiviti yang disediakan untuk kawan-kawan dan keluarga untuk mencipta kenangan yang indah bersama dan sukar untuk dilupakan. Anda boleh juga ke sana seharian, event atau menginap di Refarm.
Klik untuk senarai harga bilik.
Room / Bilik : The Cabin
Untuk 4 orang sahaja
Bilik ini dibina dengan menggunakan Kontena besar dengan konsep mesra alam sekitar.
Katil tambahan disediakan untuk maksimum 1 orang sahaja
Room / Bilik : The Brick
Untuk 6 orang sahaja
Untuk 2 orang sahaja
Bilik ini dibina dengan menggunakan 7 kaki x 7 kaki simen kabat di mana seluruh bilik adalah dalam bentuk bulat, dan mempunya reka bentuk yang inovatif.
Villa Stay
# 1 Villa consists of two rooms.
For 6 persons only
Facilities of accommodation:
| Air conditioner | Mini bar | Shower heater | Hair dryer | Toiletries | Private pool
| Television
Pelbagai Kemudahan terdapat di sini untuk pengunjung bersantai bersama keluarga.
Sebuah tunnel yang membawa anda mengenali sejarah Kampar yang menarik penuh dengan gambar-gambar lama.
Di Refarm, mereka menghasilkan baja organik. Dimana mereka kitar semula najis haiwan, sisa-sisa tumbuh-tumbuhan, ditukarkan menjadi baja melalui proses penapaian. Baja organik adalah baja yang terbaik dan paling mesra alam yang mencukupi untuk tanam – tanaman berkembang dengan subur, tampak lebih indah kerana ia membekalkan zat-zat penting yang menggalakkan kesuburan tumbuhan.
Refarm tidak akan membuang sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkualiti rendah. Sebaliknya, ia akan dijadikan sebagai makanan haiwan ternakan.
Sepanjang 1.2 kilometer sistem paip air yang dipasang dari hulu air terjun untuk membekalkan air yang paling bersih kepada tanaman dan haiwan ternakan termasuk ayam, ikan dan kambing.
Lot 6059, Jalan Temoh Kampar,
35350 Temoh, Perak
Telefon: 012-5026115