Terkini | New

DAIKIN MENERAJUI INDUSTRI DENGAN PELANCARAN SIRI INOVATIF TERKINI PENYAMAN UDARA INVERTER R32

DAIKIN MENERAJUI INDUSTRI DENGAN PELANCARAN SIRI INOVATIF TERKINI PENDINGIN HAWA INVERTER R32 

Pelancaran rangkaian penyaman udara cekap tenaga R32 disempurnakan di Konvesyen Rakan Niaga Daikin 2019 yang pertama.

Merevolusikan masa depan industri penyaman udara dengan membiasakan penggunaan pendingin hawa inverter di pasaran.

Mengumumkan perancangan pelancaran rangkaian produk dan perkhidmatan bagi tahun 2019. 



Daikin, syarikat penyaman udara No.1 dunia, hari ini melancarkan rangkaian terbaharu pendingin hawa inverter R32. Pengumuman tersebut telah dibuat di Konvensyen Rakan Niaga Daikin 2019 yang pertama, dianjurkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang turut dihadiri lebih 500 rakan niaganya. 

Pelancaran berkenaan memaparkan rangkaian produk inverter R32 Daikin terkini yang merangkumi: FTKM - model utama (Penjimatan Tenaga); FTKH (SMARTO) - model premium (Kehidupan Pintar); FTKU - model Deluxe (Selesa) dan FTKQ - model standard (Tanpa Kerunsingan).

Rangkaian produk R32 terbaharu ini mengawal secara efektif kelajuan penyaman udara dan meningkatkan kecekapan, manakala ciri-ciri lain termasuk penyejukan hibrid dan kawalan kelembapan, aliran udara pintar dengan pengesan haba dan aliran udara 3D serta keupayaan pembersihan pintar. Kesemua tambahan terbaharu ini direka khusus untuk memberi manfaat terhadap pelbagai gaya hidup pengguna, seterusnya memastikan penggunaan yang lancar. 


Pendingin hawa rangkaian R32; model premium (FTKH), yang turut dikenali sebagai ‘SMARTO’, memaparkan keupayaan kepintaran sebuah pendingin hawa dari aspek memenuhi keperluan berbeza pengguna. Dengan gabungan tiga ciri-ciri utama baharu yang terdiri daripada Berkuasa Pintar (pengesan haba), Pembersihan Pintar (penulenan udara) dan Kawalan Pintar (kawalan wifi), ia memberikan ketenangan minda kepada pengguna kerana ia membenarkan pengguna untuk menikmati rasa sejuk yang selesa di rumah, pada sebarang waktu dan lokasi.

“Kami amat teruja dengan pelancaran rangkaian terkini produk R32 inverter. Ia amat cekap tenaga dan mesra alam, serta menawarkan ciri-ciri pintar. Kami di Daikin percaya dalam meningkatkan dan memperkayakan gaya hidup pengguna dengan memastikan produk kami berada pada standard tertinggi dan dilengkapi teknologi terkini dari Jepun. Ini bagi memastikan penyaman udara kami adalah lebih pintar dan mesra kepada alam serta dompet anda,” kata Lawrence Song Yew Beng, Pengurus Besar Daikin Malaysia Sales & Service Sdn Bhd.

Sebagai satu daripada peneraju industri, Daikin komited terhadap merevolusikan masa depan industri penyaman udara dengan membiasakan penggunaan pendingin hawa inverter dalam pasaran. 

Selain itu, sebahagian daripada pelan pengembangan pada tahn 2019, Daikin baru-baru ini telah mengemaskini kontrak perkhidmatan penyelenggaraan untuk memberi perkhidmatan penyelenggaraan pascapembelian yang lebih berkesan, selain mengemaskini pusat panggilan yang akan bertindak sebagai pusat penyelesaian sehenti bagi pelanggan. Daikin merancang untuk mempertingkatkan penawaran produk secara berterusan melalui inovasi produk, sementara mengekalkan kualiti perkhidmatan untuk pengguna dan pengalaman jenama secara keseluruhan. 

Sejak bertahun-tahun lamanya, Daikin telah memperkukuhkan jenamanya sebagai pakar penyaman udara di Malaysia, menawarkan rangkaian produk yang meluas dan menyediakan perkhidmatan pascajualan yang pantas serta memenuhi segenap keperluan pasaran. 

Rangkaian produk R32 Daikin yang terbaharu akan berada di pasaran mulai 3 Mac 2019.


###

About Daikin

Daikin Malaysia Sales & Service Sdn. Bhd. (DMSS) (dahulunya dikenali sebagai Group Associated (C & L) Sdn. Bhd.) adalah syarikat subsidiari Daikin Industries, Ltd. Jepun dan syarikat pemasaran untuk penyaman udara DAIKIN (produk kesatuan) dan produk DEWPOINT di Malaysia. Sejak penubuhannya pada tahun 1975, syarikat DMSS telah mengalami pertumbuhan dan pembangunan yang tinggi sepanjang usahanya dalam memberikan keselesaan penyejukan kepada berjuta-juta rakyat Malaysia. 

Pada tahun 1991, DMSS terus mencapai tahap yang lebih tinggi dengan menjadi salah satu anak syarikat Daikin Malaysia Sdn Bhd (dikenali sebagai OYL Manufacturing Company Sdn Bhd) yang dikenali sebagai salah satu pengeluar utama produk HVAC (pemanasan, pengudaraan, pengkondisian) dan juga ahli kumpulan DAIKIN Jepun. Di samping itu pada 15 Oktober 2014, DMSS telah diberi peluang untuk mengedar dan menjualkan jenama DAIKIN. Dengan HQ kami di Selangor dan sembilan cawangan lain yang terletak di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, DMSS telah sentiasa berusaha untuk memberi anda produk-produk penyaman udara terbaik yang terbaik dengan perkhidmatan yang cepat dan cemerlang.