Terkini | New

Majlis Pelancaran Go Eat Malaysia

Go Eat merupakan sebuah aplikasi digital keluaran sulung oleh syarikat bumiputera Malaysia, Go Eat Sdn Bhd. Aplikasi ini mula dibangunkan pada pertengahan tahun 2019 dan diterajui oleh Dato’ Khairil Muzamil sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Pada Sabtu, 18 Januari 2020, aplikasi ini telah siap 100% dan dilancarkan dengan penuh gilang-gemilang bersama 200 tetamu jemputan dari seluruh negara. 



Aplikasi digital Go Eat ini merupakan aplikasi servis penghantaran makanan yang pertama dibangunkan oleh anak tempatan di Malaysia.



Dibarisi oleh keseluruhan anak-anak tempatan yang menjadi tulang belakang pengurusannya, Go Eat tampil gah dengan warna tema Hitam dan Kuning melambangkan imej produk dan hasil tangan rakyat Malaysia. Aplikasi ini juga menyediakan ribuan peluang pekerjaan dalam sektor logistik, makanan dan minuman serta perniagaan dari rumah iaitu “home-cook”.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Go Eat, aplikasi ini sememangnya merupakan satu ciptaan anak tempatan yang mampu memberi peluang pekerjaan serta membuka peluang perniagaan kepada masyarakat di seluruh Malaysia.
 



Aplikasi ini dibuat juga bertujuan untuk meningkatkan kompetensi anak muda Malaysia untuk bersaing di peringkat global serta membawa nama Malaysia sejajar dengan kemajuan negara lain di mata dunia.





Aplikasi Go Eat boleh di muat-turun di kedua-dua platform iaitu Android Playstore dan IOS Appstore bermula 18 Januari 2020. Menggunakan pendekatan aplikasi mesra pengguna, Go Eat menyasarkan jumlah muat turun sehingga mencecah 1,000,000 pengguna dalam tempoh 6 bulan operasi.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Go Eat itu sendiri, terdapat beberapa plan pembangunan aplikasi digital yang lain akan dibangunkan selepas ini dan ianya berkait rapat dengan Go Eat.





Hadir ke pasaran digital bersama slogan “Lets Go Eat”, aplikasi ini dilihat mampu mencabar kedudukan aplikasi digital yang sedia ada.


Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Go Eat, layari laman social media dan website mereka ;
di https://go-eat.com/ .

Instagram @goeat_my
Facebook @goeatmalaysia
Youtube @goeat
Twitter @goeat_my
#Homecook #goeatmy #letsgoeat #goeatmalaysia #fooddelivery #homecooking #helloyellow #dboystudio