Terkini | New

TOURISM MALAYSIA MENYAMBUT PELANCONG DI PINTU-PINTU MASUK UTAMA BERSEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020 DI TERMINAL SUBANG SKY PARK

TOURISM MALAYSIA MENYAMBUT PELANCONG DI PINTU-PINTŲ MASUK UTAMA BERSEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020.

Acara sambutan di pintu-pintu masuk utama dan lokasi terpilih untuk menyambut kedatangan para pelancong dari luar dan dalam negara bersempena dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).




Tourism Malaysia membuka tirai tahun baru 2020 Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Bin Ketapi turut menyertai acara sambutan yang diadakan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) yang merupakan salah satu lokasi utama yang dipilih untuk menyambut pelancong, manakala Yang Amat Berhormat Datuk Abdul Rashid Bin Asari, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Selangor turut menyertai acara sambutan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang .







Majlis sambutan ini diadakan secara serentak di 22 pintu-pintu masuk utama dan lokasi terpilih di seluruh Malaysia seperti yang disenaraikan di dalam Lampiran.


"Selain menyambut kedatangan pelancong ke negara kita pada hari pertama bagi tahun 2020, kita adakan acara ini untuk menghangatkan lagi kemeriahan sambutan kempen TM2020," jelas beliau ketika berucap kepada media di majlis tersebut.



Acara sambutan ini diadakan dengan kerjasama kerajaan negeri dan agensi korporat yang terlibat dalam industri pelancongan yang turut sama memeriahkan majlis di setiap lokasi pintu masuk dengan penglibatan dari segi bantuan persediaan majlis dan juga sumbangan penyediaan cederahati untuk pelancong.



Bagi meningkatkan kemeriahan majlis, kumpulan pertama pelancong domestik dan antarabangsa yang tiba di lokasi utama akan disambut dengan persembahan kebudayaan yang terdiri daripada tarian tradisional dan juga muzik tradisional tempatan seperti gamelan dan sape.



Pelancong juga diberikan beg cenderahati berupa produk tempatan yang mempamerkan ciri-ciri Malaysia seperti dodol dan kalungan istimewa bermotifkan VM2020 sebagai tanda penghargaan dan kemesraan orang Malaysia.



Malaysia telah menetapkan sasaran 30 juta kedatangan pelancong luar serta hasil pendapatan pelancongan sebanyak RM100 bilion sempena TMM2020.



Berpandukan slogan "Visit Truly Asia Malaysia 2020", kempen TM2020 menjanjikan sambutan hangat yang dipenuhi dengan pelbagai perayaan dan acara menarik sepanjang tahun.



Senarai acara-acara utama ini boleh dilayari di laman web rasmi Visit Malaysia 2020 di http://vm2020.malaysia.travel/.