Terkini | New

7 Warisan Salai Tarikan Utama Felda D’Saji Sempena Ramadan 2021

7 Warisan Salai Tarikan Utama Felda D’Saji Sempena Ramadan 2021

Kali ini kami ingin berkongsi  Promosi Ramadan yang akan datang iaitu di Felda D'Saji kembali dengan menawar dan menyajikan sehingga 88 menu ‘Bufet Ramadan 1442H/2021’ mulai 13 April hingga 10 Mei depan sempena menyambut bulan Ramadan tahun ini.


Sajian pilihan hasil ‘air tangan’ chef-chef berpengalaman disediakan di empat venue utama iaitu di Dewan Perdana Felda, D’Salai KL Anjung Felda dan di D’Saji Di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor termasuk Tempahan Korporat di Dewan Merak Kayangan, Kuala Lumpur.



Pelbagai hidangan Bufet Ramadan disediakan di Dewan Perdana Felda bertemakan ‘Merentasi Destinasi’ bakal menyingkap kembali nostalgia berbuka puasa di kampung seperti Asam Pedas Daging Tetel, Opor Daging, Ayam Masak Hitam, Ayam Masak Merah, Rendang Daging Minang, Ikan Keli Sambal Hijau, Sayur Goreng Jawa, Sambal Tempoyak Daun Kayu, Pajeri Nenas, Set Ikan Belanak dan banyak lagi.



Di 'Kaunter D’Saji Specialty' pula dihidangkan Nasi Beriani Ayam dan Kambing Istimewa, Daging Dendeng, Rendang Tok, Ayam Masak Madu Bombay, Ayam Percik, Isi Ikan Harum Wangi Bunga Kantan dan Ikan Sri Banding. Tidak terhad dengan itu, menu antarabangsa turut dihidangkan di ruangan masakan Itali ('Italian Corner') seperti Pasta Bolognaise, Cabonara & Aglio dan juga meatball beserta ‘home made sauce’ yang diminati golongan kanak-kanak. Di samping itu, aneka bebola seafood juga disediakan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.




Bagi memenuhi pelbagai citarasa pelanggan, Felda D'Saji juga menyediakan Roasted Lamb (Kambing Panggang) bersama Blackpepper Brown Sauce, Mint Sauce, Chilly Sauce, Wedges & Coleslaw. 

Aneka Jenis Sambal, Aneka Jenis Ulam, Aneka Jenis Kerabu dan Pecal juga disediakan di stall yang disediakan. Bufet Ramadan Felda D'Saji tidak lengkap tanpa aneka pencuci mulut seperti Onde Onde, Popia Basah dan Kuih Denderam yang pastinya dinanti-nanti peminat setia Felda D’Saji saban tahun.



Lain-lain juadah tradisional yang disajikan di Dewan Perdana Felda termasuk Lempeng Kelapa & Sambal Bilis, Aneka Jenis Gorengan (Cucur, Pisang, Keledek,Sukun & Keropok Lekor), Dim Sum, Aneka Kuih Melayu (Manis & Pedas), Aneka Jenis Kek, Pastry, Rojak Buah, Aneka Jenis Potongan Buah Buahan dan Aneka Jenis Jeruk Buah.



Ramadan Bufet Felda D’Saji di Dewan Perdana Felda turut menjanjikan kelainan dengan kolaborasi bersama Kumpulan Nasyid Rabbani yang bakal mengiringi persembahan nasyid secara ‘live’ dan solat terawih berjemaah pada Ramadan tahun ini. Peminat- peminat juga dapat berinteraksi bersama kumpulan nasyid nombor 1 di Malaysia ini.


Kemudahan tempat letak kenderaan yang luas dan percuma, surau yang selesa di samping kapasiti besar dewan yang besar semestinya menjanjikan satu pengalaman bermakna di bulan Ramadan ini.

Bagi memudahkan warga Lembah Klang, Felda D’Saji juga menyediakan sajian untuk bersahur. 11 produk terbaru ‘Ready to Eat (RTE)’ yang dipek secara sejuk beku seperti Daging Salai Masak Lemak, Daging Salai Masak Lemak Belimbing Buluh, Daging Salai Masak Lemak Pegaga, Daging Salai Masak Lemak Mangga Muda, Daging Salai Masak Lemak Mangga Muda, Itik Salai, Daging Dendeng, Rendang Daging, Rendang Ayam, Ayam Masak Hitam dan Daging Masak Hitam. 

Pek-pek ini boleh dihidang hanya di dalam masa 3 minit sahaja setelah dipanaskan. Produk boleh didapati di semua venue dan kafe

Felda D’Saji pada Ramadan juga memperkenalkan 4 pilihan ais krim dengan pelbagai variasi rasa seperti vanilla, mangga, yem dan strawberry yang didatangkan bersama tapai di setiap hidangan ais krim tersebut. Bagi penggemar durian, ais krim perisa durian juga disediakan bagi juadah berbuka puasa. 

Ais Krim merupakan produk terbaru keluaran Felda D’Saji yang mana bakal menembusi pasaran tidak lama lagi.


Sementara itu, tema ‘7 Warisan Salai’ menjadi tarikan utama di D’Salai Anjung Felda Kuala Lumpur dan D’Saji Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Sebanyak 7 pilihan menu utama yang diketengahkan kepada warga kota terdiri daripada Daging Salai, Itik Salai, Ayam Salai, Kambing Salai, Ikan Keli Salai, Arnab Salai dan Puyuh Salai.


Seleksi menu salai ini merupakan pilihan masakan masak lemak cili api yang merupakan menu kegemaran ramai kebanyakan rakyat Malaysia. Selain daripada itu, menu daging salai masak lemak cili api ini juga boleh dinikmati bersama 4 pilihan ‘topping’ iaitu belimbing buluh, pucuk ubi, mangga muda dan pegaga yang pastinya menjanjikan kelainan citarasa masakan melayu.

Bufet Ramadan di Dewan Perdana Felda menawarkan harga pada kadar RM78++ (Dewasa) dan RM38++ (Kanak-Kanak).
.
Promosi Diskaun 30% diberikan kepada pelanggan yang berbuka puasa di Dewan Perdana Felda dari 1 sehingga 3 Ramadan 1442H.
.
Dewan Perdana Felda & Dewan Merak Kayangan.
+60193273011 +60192822933
D'Salai KL.
+60129304473
D'Saji Seksyen 13 Shah Alam, Selangor
: +60122469517