Terkini | New

Keriangan Krismas Menyerikan SURIA KLCC, ALAMANDA PUTRAJAYA Dan MESRA MALL

Pengalaman penuh keajaiban menambah keriangan Krismas ini – ganjaran bernilai
lebih setengah juta ringgit melalui ‘Christmas Shoppers Rewards’

Suria KLCC, sekali lagi mengalu-alukan kedatangan Krismas dengan tersergamnya pokok Krismas tertinggi di Malaysia disamping pelbagai ganjaran bernilai lebih setengah juta ringgit untuk para pembeli untuk mengakhiri tahun ini dengan lebih baik.


Program ‘Christmas Shoppers Rewards’ atau ‘Ganjaran Pembelian Krismas’ memberi peluang pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM500 dalam satu resit dari mana-mana kedai khusus untuk memenangi baucar membeli-belah Suria KLCC bernilai RM5,000.



Seramai 76 pemenang bertuah akan dipilih dari sekarang hingga 26 Disember. Pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM1,500 dalam dua resit pula akan terus menerima baucar membeli-belah bernilai RM100, selagi stok masih ada.

Pengunjung boleh membeli-belah dalam keadaan yang tenang dan selamat sambil ahli keluarga yang lain menikmati keindahan dekorasi di Centre Court yang mempamerkan seolah-seolah alam penuh
keajaiban yang diilhamkan dari ‘The Polar Express’

Di sini, keluarga boleh melihat stesyen keretapi klasik bersama replika keretapi bersaiz sebenar sambil bergambar berlatarbelakangkan keunikannya yang boleh diabadikan dalam Instagram masing-masing.

Mereka juga boleh memuat turun AR filter tema Krismas Suria KLCC termasuklah latarbelakang Stesyen Keretapi Suria KLCC ‘Polar Express’ beserta tompokkan salji dan kesan-kesan lain yang menarik.


Ahli keluarga yang ingin mencuba menaiki keretapi eksklusif pula, boleh ke Aras 1 Ramlee Mall di mana kawasan tersebut telah diubahsuai kepada sebuah stesyen keretapi mini yang boleh dinaiki kanak-kanak dengan harga tiket sebanyak RM8. 


Setiap RM1 daripada cas yang dikenakan akan disumbangkan kepada pasukan barisan hadapan di Hospital Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kami.

Di perkarangan pusat membeli belah ini terdapat pokok Krismas pertinggian 100 kaki yang merupakan tertinggi di Malaysia tersergam di Esplanade menanti kedatangan pengunjung. 

Bukan sahaja penuh dengan dekorasi yang mengujakan, ianya juga menampilkan keretapi wap di sampingnya. Keretapi ini adalah satu lagi tarikan Polar Ekspress yang boleh diabadikan di dalam Instagram ketika pengunjung menikmati suasana sekitar Esplanade, yang disulami dengan pancutan air berirama di Taman KLCC.

Menurut Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat KLCC, Andrew Brien, “Kumpulan Syarikat Suria KLCC telah bersedia untuk Krismas. Tahun ini kami akan kembalikan kemeriahan dan keterujaankepada pelanggan dengan sambutan penuh tradisi ini. Suria KLCC ialah sebuah tempat di mana pengunjung samada pasangan, kawan-kawan, keluarga dan ‘reunion’ yang mampu menceriakan semua.”

“Persediaan untuk sambutan Krismas merupakan masa yang dinantikan setiap tahun di Suria KLCC, dengan situasi kelihatan lebih baik untuk tahun ini. Sudah tentu kami sangat teruja melihat pengunjung yang tidak putus-putus menikmati keindahan lampu-lampu dan dekorasi yang telah kami sediakan untuk mereka.”

Di musim perayaan ini, marilah kita bersama mengamalkan penjarakan selamat dan sentiasa memakai pelitup muka memandangkan pandemik ini masih belum tamat. Yakinlah bahawa Kumpulan
Syarikat Suria KLCC akan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard untuk memastikan keselamatan semua.

Untuk maklumat lanjut sila layari lama web dan laman sosial mereka di :
i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall