Majlis Pelancaran Teater "Cicit Wan Lebo" di MaTiC, Jalan Ampang

Disember 28, 2021

Sidang Media Pelancaran Teater "Cicit Wan Lebo" di MaTiC, Jalan Ampang. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato Mohd Nizar Hj Zakaria- Ahli Parlimen Parit (merangkap Pengerusi LPPKN).



Buat julung-julung kalinya, Yayasan Artis Veteran Malaysia (YAVM) berpeluang untuk menganjurkan sebuah teater yang menggunakan dialek Perak Tengah sepenuhnya. 


Teater ini pasti menarik perhatian dan sokongan warga Perak yang berada di Wilayah Persekutuan dan Selangor khususnya. Sebagai anak Perak, yang turut berbangga kerana dapat mengetengahkan bahasa Perak. Ini juga adalah salah satu cara untuk mempromosikan adat dan budaya Negeri Perak yang unik.

Encik Amran Nasrudin, selaku Pengarahnya telah berbincang lebih awal dengan saya dahulu untuk mementaskan teater berkonsepkan Teater Laman, di Kampong Bota Kiri, Parit, Perak iaitu teater terbuka berlatarbelakangkan rumah kampong di Bota, Perak. Ia sesuatu yang sangat menarik kerana lokasinya di tempat dan kawasan Parlimen saya.Ulas, YB Dato Mohd Nizar Hj Zakaria- Ahli Parlimen Parit

Skrip yang juga menggunakan loghat Perak Tengah, khususnya loghat Parit, dapat mengimbau kembali bahasa nenek moyang yang digunakan sebagai bahasa perantara masyarakat tempatan di daerah tersebut. 

Malah sehingga kini loghat masyarakat Parit telah mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia dan sering digunakan di dalam pengucapan rancangan realiti TV dan Media Sosial. 



Teater Cicit Wan Lebo kini dipentaskan di dalam Auditorium. Tetapi saya yakin, bahasa, seni dan budaya yang diserapkan dalam pementasan seperti lagu, tari dan pengucapan loghat itu sendiri, akan menjadi tarikan dan dapat mengisi ruang pentas dengan baik. 

Di samping itu, ia dibarisi oleh pelakon-pelakon yang berkebolehan dan yang lebih unik lagi adalah, hampir kesemuanya adalah anak Perak. Insha Allah Teater Cicit Wan Lebo akan mendapat sambutan ramai. Allahyarham Zami Ismail dan Mamat Khalid, adalah antara tokoh seni yang telah berjaya mengenengahkan loghat Perak dalam karya-karyanya.



Tahniah kepada Pengarah Teater Cicit Wan Lebo dan barisan pelakon iaitu Anne Zahureen, Mubarak Majid, Lan Zailan, Fadhil Dani, Zorida dan lain-lain.

Dengan pembelian kupon atau pas masuk RM30 dan RM20, penonton berpeluang untuk menyumbang ke tabung Yayasan Artis Veteran Malaysia. Dapatlah mereka membantu golongan artis veteran yang terkesan akibat Pandemik Covid 19 ini.


Terima kasih juga kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia serta Pusat Pelancongan Malaysia kerana telah sudi untuk bekerjasama dalam merealisasikan pementasan ini. 

Teater Cicit Wan Lebo
Tarikh : 28 - 31 Disember 2021
8.30 malam
Auditorium Tunku Abdul Rahman
MaTiC, Jalan Ampang
Kupon / Pas Masuk :
RM30 & RM20
Untuk keteghangan lanjut, sila beghubong wasap.my/60102819954/Teatercicitwanlebo



You Might Also Like

0 comments