Misi Bantuan Pasca Banjir kerjasama antara Program Alumni Persahabatan Abad Ke-21 ASEAN-Jepun Malaysia (PAMAJA), JICA, Persatuan Persahabatan Asia-Jepun dan Homestay Malaysia dengan Kedutaan Jepun.

Januari 08, 2022

Misi Bantuan Pasca Banjir kerjasama antara Program Alumni Persahabatan Abad Ke-21 ASEAN-Jepun Malaysia (PAMAJA), JICA, Persatuan Persahabatan Asia-Jepun dan Homestay Malaysia dengan Kedutaan Jepun.



Usaha PAMAJA untuk mengumpul kira-kira RM150,000 bagi membantu mereka yang terjejas dengan sokongan TYT Takahashi Katsuhiko, Duta Besar Jepun ke Malaysia, dan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) dalam menyumbang RM 47,500 kepada rakyat Malaysia, sekali gus melengkapkan misi bantuan banjir ini.

Misi ini akan digerakkan pada 8 dan 9 Januari 2022, meliputi 8 lokasi berbeza di negeri Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.



Turut hadir YBhg. Datuk Wira Dr. Noor Zari Hamat, Ketua Setiausaha MOTAC, TYT Takahashi Katsuhiko, Duta Besar Jepun ke Malaysia dan YBhg. Dato' Haji Sahariman Hamdan, Presiden PAMAJA.

 

You Might Also Like

0 comments