Shah Alam, 21 Mei 2022 – Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi, hari ini pejabat BERSATU Negeri Selangor telah dirasmikan oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin ketika Majllis Rumah Terbuka Aidilfitri BERSATU Negeri Selangor.

YB Tan Sri juga turut meluangkan masa meraikan anak-anak istimewa daripada Hab Pendidikan Khas Ampang yang telah diasaskan oleh Ketua Cawangan BERSATU Pinggiran Ukay, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

BERSATU sentiasa komited dan konsisten dalam memperjuangkan isu kebajikan rakyat khususnya masalah kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat selain mengutamakan proses memulihkan ekonomi negara bagi mendepani cabaran hidup yang kian mencabar.

Selain itu, BERSATU Negeri Selangor terus prihatin terhadap golongan anak-anak istimewa dengan menfokuskan kepada Hab Pendidikan Khas bagi membentuk satu sistem sokongan komuniti agar anak-anak istimewa ini tidak terpinggir dan di diskriminasi dalam kalangan masyarakat.



Hab Pendidikan Khas ini telah di⁸jalankan secara percuma setiap minggu bermula di Ampang dengan menyediakan Ahli Terapi Profesional bagi mengenal pasti tahap penyakit yang dihidapi oleh anak-anak istimewa selain memberikan rangsangan serta khidmat nasihat kepada ibu bapa agar mereka tidak rasa bersendirian dalam membesarkan anak-anak istimewa ini.


BERSATU Negeri Selangor melalui Hab Pendidikan Khas akan terus merangka program-program susulan serta memenyusun aktiviti-aktiviti dari masa ke masa bagi memperkukuhkan lagi sistem sokongan komuniti masyarakat terhadap anak-anak istimewa serta ibu bapa mereka.


Saya berharap masyarakat akan bersama kami bagi menjayakan sistem sokongan komuniti ini. BERSATU akan terus berbakti kepada masyarakat untuk bersama menaikkan ekonomi rakyat serta memulihkan ekonomi negara seiring perubahan positif fasa kepada fasa endemik covid-19.




Semoga Allah mempermudahkan dan mengizinkan BERSATU untuk terus memberikan khidmat bakti yang terbaik kepada rakyat selari dengan prinsip perjuangan BERSATU untuk membela kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.