MR D.I.Y. Tonjolkan Bakat-Bakat Seni Lukisan Baharu Dalam Pertandingan Seni Pertamanya

Jun 04, 2022

MR D.I.Y. Tonjolkan Bakat-Bakat Seni Lukisan Baharu Dalam Pertandingan Seni Pertamanya

Ternyata Malaysia mempunyai bakat-bakat yang besar untuk di perketengahkan. Masa depan seni di Malaysia ternyata cerah, kata peruncit perkakas rumah Kumpulan MR D.I.Y (M) Berhad, apabila melihat bakat-bakat besar yang dipamerkan di MR D.I.Y. Art Competition yang julung-julung kalinya diadakan.


Edisi 2022 pertandingan tersebut yang membawa tema ‘Kita Jaga Kita. What’s Next Malaysia?, menjemput bakat-bakat seni tempatan untuk merakam, meraikan dan menerima semangat sebenar untuk bersatu hati seperti seruan #KitaJagaKita yang muncul semasa pandemik COVID 19 dan mentafsirkan bagaimana semangat tersebut akan memacu Malaysia ke hadapan.


Pertandingan yang dilancarkan pada 3 Mac 2022 dan berlangsung hingga 5 Mei 2022 itu berjaya menarik ribuan penyertaan dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Di majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Pusat Beli-belah 1 Utama hari ini, peruncit menyampaikan hadiah-hadiah bernilai lebih RM30,000 kepada 21 bakat muda yang dipilih sebagai penyertaan-penyertaan terbaik dari semua yang mengambil bahagian.


Penyertaan-penyertaan tersebut telah melalui proses penjurian yang diadili oleh barisan juri yang merangkumi pelukis-pelukis yang telah memenangi pelbagai anugerah iaitu Fauzan Omar, Safrizal Sharir dan Leong Mei Yin, serta Bingley Sim, pengumpul karya seni terkenal dan pengkritik, yang telah menyertai panel juri untuk pelbagai pertandingan seni.


Di acara penjurian yang diadakan di ibu pejabat peruncit di Seri Kembangan, Selangor, Mohd Syazwan Bin Abd Rahim, 28 dari Shah Alam telah dipilih sebagai pemenang Hadiah Utama dengan karya seni bertajuk ‘Upside Down’, dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000. Anugerah Pilihan Juri yang bertajuk ‘Bersama-sama, Together We Are Stronger’ diberikan kepada Koo Yean Ni, 28, dari Subang Jaya, yang memenangi wang tunai sebanyak RM6,000. Nur Ain Amirah Binti Mohd Nazir, 23, dari Kelantan pula memenangi Anugerah Pilihan CEO dengan hasil seni bertajuk ‘Kahwin Era Pandemik’ dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM4,000. Peruncit tersebut juga menyampaikan anugerah kepada lima penerima dalam setiap kategori berikut - Bakat Muda MR D.I.Y.


Mengulas tentang keputusan pertandingan tahunan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR D.I.Y. Adrian Ong berkata, “Pandemik COVID-19 amat mencabar untuk semua rakyat Malaysia. Namun, ia juga telah menimbulkan pelbagai kebaikan. Sejak dua tahun lalu, kami telah menyaksikan begitu banyak situasi di mana rakyat Malaysia telah menawarkan diri untuk menghulurkan bantuan, mengedarkan makanan dan barangan keperluan, mengambil berat antara sama lain, menawarkan peluang pekerjaan dan bantuan kewangan, serta berkongsi beban - seterusnya memberi inspirasi kepada seruan #KitaJagaKita. Memandangkan Malaysia kini memasuki fasa endemik, ini adalah masa yang terbaik untuk merakamkan semangat bersatu hati ini untuk masa hadapan, dan bersama menantikan hari-hari mendatang.


“MR D.I.Y. Art Competition bertujuan untuk memupuk penghargaan ke atas karya seni Malaysia, yang akan memperkaya dan mempelbagaikan ekosistem kreatif. Malaysia mempunyai begitu ramai bakat-bakat kreatif, namun tidak banyak platform untuk mereka mempamerkan kebolehan masing-masing kepada audiens yang lebih besar. Sebagai jenama kelahiran Malaysia, MR D.I.Y ingin menyediakan sebuah platform yang mampan untuk bakat-bakat ini diasah dan diperkembang; ia merupakan salah satu cara kami menambah nilai kepada negara dan kehidupan rakyat Malaysia. Kami berharap agar organisasi-organisasi lain akan turut sama berbuat demikian,’” tambah Ong.



Ong mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur dan para juri atas usaha mereka yang telah bertungkus lumus memastikan program ini dapat dijalankan dengan jayanya.

“Ini merupakan kali pertama MR D.I.Y. menganjurkan pertandingan ini dan respon yang kami terima amat memberangsangkan. Kami benar-benar terharu. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada semua pemenang dan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian. Kami teruja untuk menantikan lebih banyak penyertaan seperti ini di masa akan datang,’ kata Ong.


MR D.I.Y. Art Competition adalah salah satu aktiviti yang dilancarkan oleh MR D.I.Y. sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab korporat sosialnya. Peruncit tersebut juga mengadakan pertandingan DIY Made Simple setiap tahun untuk pelajar-pelajar sekolah menengah, yang direka untuk mempromosikan budaya buat sendiri (do-it-yourself) dalam kalangan pelajar di Malaysia. 


Pertandingan DIY Made Simple ini sedang dijalankan dalam tahun keenamnya. Pada Disember 2021, MR D.I.Y. telah disenaraikan dalam FTSE4Good Index, yang membuktikan usaha peruncit perkakas rumah itu untuk terus menghasilkan impak yang positif di dalam komuniti di mana ia beroperasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y., layari laman web, www.mr.diy.com, dan media sosial, Facebook, dan Instagram.

You Might Also Like

0 comments