Terkini | New

JPKM PENUHI HASRAT ANAK - ANAK KUALA SELANGOR DAN TANJUNG KARANG KE MENARA GADING.


Yayasan Prihatin Nasional ( PRIHATIN ) telah melancarkan Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia ( JPKM ) Peringkat Parlimen Kuala Selangor yang disempurnakan oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz , Menteri Kewangan Malaysia sambil disaksikan oleh Tan Sri Noh Bin Haji Omar , Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi di Dewan Dato ' Penggawa Permatang , Kuala Selangor , Selangor .




Sebanyak 19 Institus Pendidikan Tinggi dan Kemahiran Teknikal mengikuti JPKM 2022 pada kali ini . Penyerahan Surat Tawaran Kemasukan ke Menara Gading dan sumbangan Bantuan Tunai Awal Pengajian sumbangan Yayasan Petronas serta Bantuan Cermin Mata Percuma sumbangan Yayasan Hasanah kepada anak - anak Kuala Selangor dan Tanjung Karang yang layak turut diadakan.


JPKM 2022 ini merupakan inisiatif & projek khas YAB Perdana Menteri dalam membuka peluang kepada akses pendidikan tinggi negara kepada seluruh masyarakat terutama penduduk di kawasan pedalaman ataupun luar bandar . Sekretariat JPKM akan menjelajah ke seluruh negara bagi Mencari , Mengenal dan Membantu sasaran seramai 50,000 pelajar lepasan SPM tahun 2016 - 2021 yang merupakan anak - anak Keluarga Malaysia yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan dari segi kewangan di seluruh negara . 

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz , Menteri Kewangan Malaysia dalam kenyataannya berkata , " Atas kepentingan penganjuran Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia ini , kita sebagai keluarga di kawasan Kuala Selangor harus sama - sama memanfaatkan pelaksanaan program ini untuk mengangkatnya ke tahap yang lebih tinggi demi masa depan anak - anak . Jelajah Pendidikan sebelum ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelbagai lapisan masyarakat terutamanya ibu bapa serta pelajar yang tercicir dan kurang bernasib baik . Dengan adanya siri jelajah ini , insan berilmu dan berkemahiran dapat dilahirkan sekali gus membantu kepada pembangunan modal insan .

 " Menurut Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi , Tan Sri Noh Bin Haji Omar , " Melalui penganjuran Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia Parlimen Tanjung Karang , tawaran dari pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi dan seramai 120 pelajar yang layak seramai 428 pelajar lepasan SPM dan STPM telah diberi peluang untuk menerima tawaran dari pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi dan seramai 120 pelajar yang layak Percuma Sumbangan Yayasan Hasanah .

Secara keseluruhannya , Jelajah Pendidikan diberi Bantuan Awal Pengajian Sumbangan Yayasan Petronas dan Bantuan Cermin Mata Keluarga Malaysia ini telah memberi sumbangan yang besar kepada rakyat Malaysia khususnya bagi golongan pelajar tercicir dan kurang berkemampuan untuk diberi peluang kedua melanjutkan pengajian ke peringat pendidikan tinggi " , ujar beliau .

Manakala Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional ( PRIHATIN ) , Datuk Aizuddin Ghazali berkata , “ Alhamdulillah , ramai yang telah dibantu menerusi sumbangan yang diberi . Kepada Rakan - Rakan Strategik Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia melibatkan Universiti Awam , Institusi Pendidikan dan Kemahiran Teknikal yang sentiasa bersama sekretariat meneruskan jelajah , terima kasih untuk setiap pengorbanan masa , keringat dan tenaga bagi memastikan anak bangsa terus mendapat tempat di Menara Gading . "

PRIHATIN melihat JPKM yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri ini akan memberikan manfaat dengan menyediakan peluang kedua bagi anak - anak Keluarga Malaysia dalam mendapatkan tempat di Institusi Pengajian Tinggi yang terpilih supaya mereka dapat mengubah destini masa hadapan yang lebih cemerlang . 


Turut hadir Prof. Emeritus Tan Sri Ir . Dr. Sahol Hamid Abu Bakar ( Pengerusi Jawatankuasa Induk JPKM ) , Datuk Abdul Malik Abdullah ( Penasihat Ekonomi & Antarabangsa PRIHATIN ) , Puan Shariah Nelly Francis ( Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas ) , Encik Mohd Alias Bin Awang ( Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor ) dan Tuan Haji Mohd Azuan Bin Mohd Nawawi ( Pegawai Pendidikan Daerah PPD Kuala Selangor ) .