ALAMI KERIANGAN DAN KESERONOKAN ERA JURASSIC DENGAN JURASSIC DINOSAUR ADVENTURE PARK: INTERACTIVE INDOOR PLAYGROUND

Ogos 01, 2022

Buat pertama kalinya di Malaysia, Jurassic Dinosaur Adventure Park dibuka khususnya kepada golongan kanak-kanak untuk mengalami taman permainan interaktif tertutup bersama pelbagai spesis dinosaur dari zaman prasejarah.


Dinosaur amat popular di kalangan kanak-kanak, merupakan makhluk yang mempersonakan dan hanya boleh dijumpai di dalam buku dan filem. Oleh itu, KKday, sebuah peneraju platform pengalaman pelancongan Asia membawa Jurassic Dinosaur Adventure Park ke Malaysia untuk membawa para pengunjung ke era Jurassic.


Taman tema ini menampilkan pelbagai jenis dinosaur animatronik dengan saiz yang sebenar, menggambarkan kehidupan di habitat mereka dan mampu bergerak serta menghasilkan bunyi yang menggerunkan. Para pengunjung juga dibenarkan untuk mengambil gambar bersama dinosaur-dinosaur ini.


Dibuka sehingga 31 Ogos 2022, Jurassic Dinosaur Adventure Park bertempat di Pavilion Bukit Jalil menjemput semua orang dari semua peringkat umur untuk mengalami keriangan taman tema tersebut. Objektif utama taman tema ini adalah untuk menyediakan platform yang mencetus minat kanak-kanak untuk mempelajari lebih tentang makhluk prasejarah ini sambil bermain dengan pelbagai aktiviti dan sukan yang menyeronokkan.



Taman tema tersebut direka untuk memberi pengalaman yang luar biasa dengan merangsangkan emosi, perhatian dan konsentrasi para pengunjung. Ianya turut dilengkapi dengan alat trampolin, permainan, alat tunggangan, pameran dinosaur yang banyak dan sebagainya yang akan membuatkan kanak-kanak teruja dengan pengalaman tersebut.

Berikut merupakan beberapa tarikan yang pasti menghiburkan anda dan anak-anak.

Hutan Pra-sejarah
Apabila anda melangkah masuk, anda akan kagum dengan pelbagai jenis dinosaur yang seakan-akan hidup dan menyambut anda dengan ngauman mereka! Anda juga dibenarkan untuk berswafoto tetapi waspada, jangan sampai digigit!




Tunggang dinosaur kegemaran anda
Alami tunggangan luar biasa dengan menunggang dinosaur kegemaran anda. Dengan pelbagai pilihan, pilih dinosaur kegemaran anda dan pegang erat-erat!




Keretapi Express Dino
Semua naik! Choo Choo! Ini bukan keretapi biasa - dengan dino ekspress, ianya pengalaman luar jangkaan!


Gelongsor Gunung Berapi
Keadaan hangat di gunung berapi! Bergelongsor di gelongsor 3 meter untuk lari dari lahar yang mendidih! Lekas! Masa tidak banyak untuk lari!




Jangan biar kaki anda tersentuh Lava Trampoline
Lahar memenuhi lantai! Permainan imaginasi zaman kanak-kanak menjadi realiti dengan ruang trampolin gunung berapi. Lihat setinggi mana anak anda (atau anda) boleh melompat mengelak lantai lahar.



Ruang Permainan Menggali Tulang Dinosaur
Baiklah pengembara kecil, tiba masanya untuk anda mengambil penyodok dan gali! Kami perlu pertolongan anda untuk mencari tulang dinosaur. Adakah anda mampu mencari semuanya?



Permainan Menembak Dino Hunting
Sedia, bidik, tembak! Uji bidikan anda dengan permainan menembak di taman tema kembara.


Istana Belon Udara Dino Jungle
Menjelajah taman lantun Dino Jungle dan alami keriangan! Istana belon udara ini menyerupai muka bumi zaman pra sejarah!



Ball Pit Interaktif
Siapa tidak suka ball pit yang menarik! Keistimewaan ball pit kami ialah ianya datang bersama skrin interaktif yang menggalakkan anda melontar bola ke arah gol di skrin.




Interactive Fun Slide
Gelongsor Keriangan Interaktif
This little fun slide will see your kids going up and down multiple times! Gelongsor Keriangan yang membuatkan anak anda tidak berhenti bermain!



Maklumat Acara & Tiket
KKday merupakan pembekal tiket ekslusif Jurassic Dinosaur - Adventure Park Interactive Indoor Playground. Tiket masuk boleh dibeli melalui https://kkday.me/dinogcma.



Tiket Hari Minggu dan Hujung Minggu boleh di didapati dengan diskaun 50% pada 8 dan 9 Ogos 2022 dengan menggunakan kod promosi DINO8. Pengunjung juga boleh menikmati diskaun 50% untuk Pas 1-Hari pada Hari Minggu dengan pembelian minimum sebanyak 4 tiket menggunakan kod promosi DINO50. 

Sah dari hari ini sehingga 31 Ogos 2022. Tiket boleh digunakan serta merta atau pada tarikh yang berlainan, sila pastikan anda manfaatkan promosi ini dengan menempah tiket anda dengan awal supaya dapat menikmati pengalaman jurassic yang luar biasa.

*Tiket sah sehingga 31 Ogos 2022

Untuk pembelian, sila klik pautan https://kkday.me/dinogcma




Purchasing Notice
● Disarankan untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas
● Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun perlu ditemani oleh orang dewasa berumur 18 tahun ke atas. Pastikan anda mengawasi tanggungan anda pada setiap masa
● Semua pengunjung tanpa mengira usia perlu tiket untuk masuk.
Harga tiket adalah sama untuk dewasa dan kanak-kanak
● Pengunjung mesti menunjukkan tiket yang sah sebelum masuk ke premis. Tiket yang rosak atau diciplak tidak dibernarkan. Setiap tiket hanya boleh digunakan sekali sahaja.
● Cop tangan diperlukan untuk masuk semula pada slot masa yang sama. Tanpa cop tangan masuk-semula dan/atau pengenalan yang sah, kemasukan semula ke dalam premis adalah tidak dibenarkan.
● Pakaian yang sesuai hendaklah dipakai sepanjang masa. Kami berhak untuk melarang kemasukan atau mengeluarkan sesiapa yang memakai pakaian yang pada pihak kami tidak sesuai atau mengganggu pengunjung lain
● Pelitup separuh muka hendaklah dipakai sepanjang masa dan kerap basuh/sanitasi tangan anda
● Stokin harus dipakai untuk sesetengah aktiviti, anda dilarang untuk memakai kasut dan berkaki ayam
● Akses untuk aktiviti-aktiviti bergantung kepada peraturan untuk aktiviti tersebut. Sesetangah aktiviti terhad kepada umur dan/atau ketinggian, sila patuh arahan kakitangan kami
● Sila patuh kepada arahan kakitangan kami, semua notis dan menjaga keselamatan pengunjung lain semasa meletakkan dan/atau mengunci kereta sorong bayi anda
● Tempahan awal adalah wajib untuk setiap kunjungan. Slot masa disenaraikan dengan jelas di halaman tiket. Tempahan bergantung kepada sekatan kapasiti
● Sila hadir 10 minit lebih awal sebelum slot masa anda, semua pengunjung dari tempahan yang sama mesti masuk bersama
● Pengungjung HANYA boleh datang pada tarikh dan masa yang ditetapkan, setiap sesi adalah 100 minit. Pengunjung yang lewat, pada slot masa yang sama, dibenarkan masuk tetapi tiada masa tambahan diberikan.
● Cop tangan diperlukan untuk masuk semula pada slot masa yang sama. Tanpa cop tangan masuk-semula dan/atau pengenalan yang sah, kemasukan semula ke dalam premis adalah tidak dibenarkan.
● Pengunjung perlu mengambil perhatian terhadap tahap kesihatan fizikal kendiri dan tanggungan sebelum mengambil bahagian di dalam sebarang aktiviti yang disediakan di dalam premis. Penganjur acara dan/atau rakan sekutu tidak akan mengambil sebarang tanggungjawab dan liabiliti terhadap apa-apa kecederaan, kematian atau kerosakan terhadap barangan peribadi sekiranya berlaku.

For more information, please visit us at: Website: https://www.kkday.com/en-my
Facebook: https://www.facebook.com/KKday
Instagram: https://www.instagram.com/kkdaymy/



You Might Also Like

0 comments