Terkini | New

Drama terbaru Viu Original , HILANG ketengahkan Elemen Seram Dan Mendebarkan.

Drama terbaru Viu Original , Hilang , ketengahkan elemen seram dan mendebarkan.

Sebuah karya penyiasatan seram dibintangi pelakon hebat Khir Rahman , Siti Saleha , Aqasha dan Jasmine Suraya.


Viu , perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau terkemuka diterajui oleh PCCW melancarkan drama Viu Original kelima tahun ini , Hilang , yang dibintangi oleh Khir Rahman , Siti Saleha , Aqasha dan Jasmine Suraya . Siri ini boleh ditonton di platform berkenaan mulai 17 November 2022 , Khamis , dengan dua episod baharu pada setiap Khamis minggu seterusnya.


Encik Kingsley Warner , PenguruS , Viu Malaysia , berkata , " Viu Malaysia berjaya menghasilkan karya hebat yang memenangi pelbagai anugerah seperti Ganjil , Seribu Nina , dan She Was Pretty , yang kesemuanya diiktiraf dalam Anugerah Kreatif Akademi Asia baru - baru ini . 



Dengan karya thriller Viu Original seperti Black dan The Bridge yang sebelum ini pernah memenangi anugerah dan menawan hati bukan sahaja peminat di Malaysia , kami berharap dapat meningkatkan lagi kualiti drama misteri di Malaysia dengan pelancaran drama terbaru kami , Hilang . Penonton Viu pastinya akan berasa seronok dengan drama ini , lebih - lebih lagi mereka yang meminati kisah pembunuhan misteri , ditambah pula dengan elemen mistik . "


Hilang diarahkan oleh pengarah tempatan Ghaz Abu Bakar bersama Sein Qudsi setelah menjadi pengarah bersama untuk Black Season 2 ( 2021 ) . Ghaz sebelum ini mengarah filem blockbuster Polis Evo , selain Bulan Dan Pria Terhebat ( 2020 ) , Cicakman 3 ( 2015 ) dan Hantu Kapcai ( 2013 ) . 


Sein pula bermula sebagai pelakon pada awal tahun 2000 - an , sebelum mengarah buat pertama kali untuk filem aksi mendebarkan , Langgar . Beliau kemudiannya mengarah dan menghasilkan filem Dendam Azalea ( 2019 ) , filem Malaysia pertama yang ditayangkan secara eksklusif di sebuah platform penstriman sebelum ditayangkan di pawagam ,


Drama penyiasatan yang mendebarkan ini mempunyai 10 episod yang menceritakan tentang Inspektor Munir , penduduk tempatan dalam sebuah bandar fiksyen , Seri Daik yang kembali ke kampung halamannya selepas 17 tahun untuk menyiasat sebuah kes pembunuhan seorang remaja perempuan .


Munir bertemu Yusof , seorang guru agama yang dituduh Munir sebagai punca kematian adiknya semasa satu upacara rawatan yang gagal . Yusof percaya yang pelakunya bukanlah dari dunia ini . Apabila seorang remaja hilang sebab misteri , Munir Yusof terpaksa bekerjasama untuk merungkai kejahatan yang membelenggu Seri Daik.


Watak Inspektor Munir dipegang oleh Khir Rahman , yang merupakan wajah yang cukup dikenali di kalangan penonton Viu , setelah membintangi beberapa siri Viu Original seperti Keluarga Baha Don Musim 1-3 , Black dan AI.5YA . Khir merupakan pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Kreatif Akademi Asia 2021 , Pelakon Lelaki Terbaik ( Filem ) di Anugerah Skrin 2017 , dan juga Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2013 .




Inspektor Munir bekerjasama dengan pegawai Chen Ai Yun ( lebih dikenali sebagai Cay ) , yang merupakan individu yang disukai dan dipercayai oleh pihak berkuasa di Seri Daik . Watak Cay dipegang oleh Jasmine Suraya , yang cukup dikenali dalam pelbagai watak yang pernah dipegang beliau dalam filem seperti Daulat ( 2020 ) dan Paskal ( 2018 ) , serta siri Bidadari Salju pada tahun 2020. 

Aqasha pula memegang watak Yusof , berikutan pelbagai watak yang pernah dipegang beliau dalam Mr Millennium ( 2021 ), Beri Sedikit Waktu ( 2020 ) and Hilang Yang Kembali ( 2019 ) . Baru baru ini, beliau juga tampil dalam filem blockbuster hit ,Air Force The Movie:Selagi Bernyawa (2022) .




Melengkapkan lagi watak utama untuk Hilang ialah Siti saleha , sebagai Wangi , anak angkat kepada ayah Yusof , yang membesar bersama - sama Yusof . Siti Saleha pernah membintangi adaptasi K - drama Viu yang hit iaitu Black , dimana beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Kreatif Akademi Asia 2021. Karya lain yang pernah dibintangi beliau termasuklah Mandatori ( 2017 ) dan 7 Hari Mencintaiku ( 2016 ) yang kemudiannya menjadi sekuel .




Penonton dapat melihat sendiri gambar-gambar menarik sepanjang pembikinan filem Hilang sebelum tayangan eksklusif di tayangkan.



Penonton Viu boleh menonton siri ini di aplikasi Viu , yang boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store , Google Play , Huawei App gallery dan TV pintar terpilih , serta laman web www.viu.com

Follow Sosial Media Viu Malaysia : 

Strim Siri Viu Original Terbaru HILANG akan datang eksklusif di Viu telah bermula pada 17 November 2022. #ViuOriginalHilang #ViuOriginal #ViuMalaysia