Terkini | New

Majlis Menandatangai Memorandum Persefahaman (MOU) SK Putrajaya Presint 17(1) Dan Persatuan Bola Keranjang Putrajaya (PUBA) Dengan Kerjasama Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA).

Majlis Menandatangai Memorandum Persefahaman (MOU) SK Putrajaya Presint 17(1) Dan Persatuan Bola Keranjang Putrajaya (PUBA) Dengan Kerjasama Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA).


Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) terus melebarkan sayapnya untuk menggiatkan lagi sukan bola Keranjang di Malaysia. Tahniah kepada ahli pengurusan Persatuan Bola Keranjang Putrajaya ( Putrajaya BA ), Persatuan Bola Keranjang Malaysia ( MABA ) dan SK Putrajaya Presint 17(1) menandatangai Memorandum Persefahaman (MOU).


Delegasi pengurusan MABA telah mengadakan satu perbincangan meja bulat serta bertukar pandangan bersama bagi membolehkan semua memahami lebih lanjut mengenai rancangan dan juga hala tuju MABA untuk enam tahun yang akan datang.


Bagi sesi taklimat turut merakamkan setinggi - tinggi penghargaan pada pihak pengurusan MABA terhadap aktiviti - aktiviti dan kerja yang telah lakukan dalam usaha untuk mempromosikan dan mewujudkan lebih banyak kesedaran untuk bola keranjang di kalangan kaum lain bagi membolehkan kaum - kaum lain lebih memahami dan mengemari sukan bola keranjang.


Berharap agar semua aktiviti ini dapat dipertingkatkan kerana satu hari nanti saya percaya aktiviti - aktiviti yang anda lakukan berserta dengan usaha - usaha sedang giat dilakukan oleh Tuan Liew Yong Choon selaku pengerusi jawatankuasa pembangunan bola keranjang bukan Cina akan membolehkan kita mempunyai lebih banyak penyertaan daripada kaum lain dan seterusnya menunjukkan kepada semua bahawa sukan bola keranjang sememangnya satu sukan yang dimainkan oleh semua kaum di negara ini.


"Ini adalah selari dengan aspirasi dan misi selaku presiden MABA untuk mengembalikan masa kegemilangan MABA serta membawa MABA menuju ke satu era yang baru. Bagi memastikan misi dapat dicapai , bukan sahaja saya memerlukan semua bantuan yang saya boleh dapatkan daripada lapan belas ahli gabungan MABA , saya juga telah memperkenalkan lima projek perintis untuk memastikan kami menuju ke arah yang betul", ujar Dato' Seri Lee Tian Hock Persatuan Bola Keranjang Malaysia ( MABA )


Lima projek perintis termasuk :
1) pemodenan bangunan MABA untuk memastikan MABA mempunyai sumber kewangan yang stabil dan kukuh 
2 ) pembangunan peringkat akar umbi 
3 ) naturalisasi pemain asing 
4) pelancaran liga bola keranjang profesional dan 
5) mendapat pingat emas di Sukan SEA akan datang.


Untuk maklumat anda semua , pemodenan bangunan MABA akan merangkumi pembinaan semula bangunan MABA untuk memastikan kita boleh berdikari dan akan mempunyai lebih banyak sumber kewangan yang boleh digunakan untuk mengembangkan lagi sukan bola keranjang.

Justeru itu , saya ingin mengumumkan bahawa pihak MABA telah berjaya menemui seorang pemaju yang berminat untuk menjalin usaha sama dengan kami bagi membangunkan semula bangunan MABA dan stadium.


Sekiranya projek pembangunan itu berjaya dijalankan , ia akan membuahkan usaha yang lumayan kepada MABA kerana bukan sahaja kapasiti kewangan MABA dapat diperkukuhkan dengan suntikan kewangan sebanyak RM170 juta , kerjasama ini juga akan membolehkan pihak MABA memiliki sebuah pusat sukan komprehensif yang dilengkapi pelbagai kemudahan sukan dan menepati piawaian antarabangsa.

Pada masa yang sama , sekiranya projek itu berjaya dijalankan dengan lancar , setiap ahli gabungan akan menerima geran aktiviti tahunan sebanyak RM200,000 serta pembiayaan pembinaan kompleks bola keranjang sebanyak RM5 juta dengan kapasiti tempat duduk sekitar 1,000.


Tahniah kepada Putrajaya BA atas kejayaan yang anda kecapi dalam Liga Bola Keranjang Bukan Cina bulan September yang lalu di mana anda telah berjaya muncul sebagai naib juara untuk Divisyen 4.


Tidak lupa juga kejayaan cemerlang yang anda semua berjaya kecapi pada Piala MABA yang lalu di mana anda telah memenangi tempat ketiga . lanya sememang satu pencapaian yang patut dibanggakan memandangkan terdapat ramai pasukan yang mantap dalam pertandingan tersebut.


Pelancaran ini dengan jayanya disempurnakan oleh Dato Seri Lee Tian Hock , Presiden MABA, dan juga Encik Mohd Hanizad Guru Besar SK Putrajaya Presint 17 (1), Encik Mohd Hanif Ab Razak , Presiden PUBA ,Encik Mohd Kamal bin Mohd Affandi YDP PIBG Sekolah.




Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web dan laman sosial.