Terkini | New

‘BLUE 20TH ANNIVERSARY HEART & SOUL TOUR’

‘BLUE 20TH ANNIVERSARY HEART & SOUL TOUR’

Gandingan Mantap Hitman Solutions dan Happymoon Mempersembahkan Konsert Istimewa Boy Band British Yang Terkenal Di Kuala Lumpur


Suatu permulaan tahun baharu yang baik untuk syarikat penganjur acara tempatan yang kian mendapat reputasi di Malaysia, Hitman Solutions & Happymoon akan membawakan peminat muzik awal 2000-an sebuah konsert istimewa dari salah satu boy band terkenal di Britain, Blue. Konsert 'Blue 20th Anniversary Heart & Soul Tour' akan berlangsung pada 10 Februari 2023, jam 8:00 malam, bertempat di Plenary Hall, KLCC yang eksklusif.


Encik Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions berkata, "Kami dan Happymoon sangat teruja untuk mengumumkan bahawa sebuah lagi konsert bakal dianjurkan dengan membawa salah sebuah boy band British yang terkenal iaitu Blue dalam rangka jelajah mereka di serata dunia bagi meraikan ulangtahun ke-20 penubuhannya.”


Hitman Solutions dan Happymoon menjanjikan hiburan tanpa henti untuk meraikan 2023 dengan pelbagai konsert, bukan sahaja artis tempatan tetapi artis antarabangsa juga demi memenuhi permintaan peminat muzik yang mendambakan acara konsert terus-menerus.


Menurut Encik Kesavan Purusotman, atau lebih mesra dikenali sebagai KC, Pengasas Happymoon berkata, “Kerjasama antara Happymoon dan Hitman Solutions telah mewujudkan impak yang positif di hati penggemar muzik di Malaysia. Ini terbukti dengan hasil sambutan ‘Ne-Yo Live in Malaysia’ yang sangat memberangsangkan. Terdapat permintaan yang tinggi terhadap konsert dari pelbagai genre, dan ia menjadi keutamaan kami untuk memenuhi permintaan peminat muzik.


Blue adalah pilihan boy band yang tepat kerana mereka sedang meraikan ulang tahun ke-20 penubuhan kumpulan itu sejak awal 2000-an dengan siri jelajah dunia yang dikenali sebagai 'Heart & Soul Tour' untuk meraikan peminat dari dulu hingga sekarang,” Encik KC berkata.


"Pada malam konsert, kami menjangkakan penonton akan bersama-sama menyanyikan lagu hit seperti 'All Rise', 'One Love', 'If You Come Back' dan banyak lagi selain mengimbau kembali zaman percintaan di alam remaja. Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada penaja hotel, Sunway Putra Hotel dan rakan media, FlyFM,” kata Encik Rohit.


Jualan tiket konsert 'Blue 20th Anniversary Heart & Soul Tour' akan bermula pada 4 Januari 2023, yang terbahagi kepada 5 kategori utama, VVIP dengan 'Meet & Greet' (RM688), VIP (RM488), DIAMOND (RM358), PLATINUM (RM258) dan GOLD (RM188) di laman web rasmi www.hitmanlive.com.