Terkini | New

Solidariti Untuk Iskandar Spring

Solidariti Untuk Iskandar Spring.

Iskandar atau nama sebenarnya Tengku Raden Iskandar Tengku Ismail yang merupakan pemain gitar adalah diantara pengasas dan juga ketua kumpulan Spring kini dalam keadaan lumpuh serta turut menderita pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis , kesukaran bertutur dan menjalani dialisis akibat komplikasi buah pinggang.


“Setelah memikirkan beberapa kaedah bagi membantu masalah yang dihadapi oleh saudara Iskandar , kami memutuskan untuk menganjurkan program jelajah ke seluruh Negara dan mengadakan persembahan dalam bentuk “ busking “ bagi mengutip dana untuk membiayai derita yang ditanggung oleh saudara Iskandar yang sudah setahun terlantar “ Ujar Dato Freddie Fernandez membuka perbualan.


Menyedari keadaan beliau yang kini hilang daya upaya kerja dan tiada sumber mata pencarian, dua sahabat baik beliau iaitu Ameng Spring dan Umarul Iklim telah mengusulkan masalah ini kepada Persatuan KARYAWAN Malaysia dan merangka jelajah amal ini ke seluruh Negara.


Memandangkan keperluan biaya beliau agak besar iaitu sekitar RM 40,000 bagi menampung kos perubatan dan perbelanjaan sepanjang tahun ( Purata kos bulanan ialah RM 3,000 ) kami mendapati modul persembahan ringkas ini adalah jalan paling ekonomi dari segi modal penganjurannya dan Insyaallah boleh mencapai matlamatnya. 


Kini kita telah menyusun 3 lokasi utama iaitu di lokasi Santai Seni@ TAR ( Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur ) , Padang Kota , Pulau Pinang dan Terengganu Drawbridge, Kuala Terengganu serta bakal diteruskan dibeberapa lokasi lain seperti Ipoh , Kota Bharu dan lain-lain pada tarikh yang bakal ditentukan kelak.


Sebagai sepak mula KARYAWAN dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah merangka sebaik mungkin siri pertama jelajah ini di lokasi Jalan Tunku Abdul Rahman bersempena dengan program mingguan Santai Seni@TAR ( Berhadapan KAMDAR ) pada tarikh 29 Januari 2023 ( Ahad ) bermula jam 2.30 sehingga 6.30 petang.

Siri pertama ini turut menampilkan barisan penghibur terkenal dan berprestij iaitu Ameng Spring , Umarul Iklim, Syafiq Farhain, Alim Kris, Maman Teachers Pet, Bob Sentuhan, Mus Kemala, Belle Fattah, Iss Arffan, Black Maria, Islah & The People dan Radhi Khalid selaku MC.


Mekanisme kutipan sumbangan ialah melalui jualan amal beberapa produk seni, CD agama, tabung potter , QR Code dan juga secara dalam talian dimana sepanjang persembahan ini diadakan ianya turut disiarkan secara live.

Pada majlis ini juga tabung Solidariti ini telah menerima sumbangan dari Qew Communications Sdn Bhd dan Meta Music Xtreme (Label Muzik Maman Teachers Pet). Turut hadir didalam majlis siding media ini ialah beberapa rakan strategik yang merupakan penganjur dilokasi seterusnya iaitu Pulau Pinang.

-Ybrs Mohd Faruk B. Abdul Rahman 
( Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang )
-Tuan Isma Azad ( Panca Abadi Automobil )
-Wakil Sis Lawa.Co
Persatuan Sahabat Penghibur Jalanan Malaysia
Aizad Azman 
Pengerusi Persatuan Sahabat penghibur jalanan Malaysia Terengganu Buskers Associations
Mohd Fazli A. Rahman Setiausaha Agung Terengganu Buskers Associations

Serta beberapa wakil dari MAP Music , Green Dome, Meta Music Xtreme dan Mummylova

Dengan demikian, kami mengajak khalayak ramai untuk turut menjayakan setiap persembahan yang akan diadakan oleh barisan artis dan pemuzik berprestij tanahairdengan menyumbang seikhlas hati sebagai solidariti membantu saudara Iskandar.

Anda juga boleh menyumbang terus ke tabung melalui butiran berikut 
No. Akaun :
3108024130 (Public Bank) 
Nama Akaun: Persatuan Karyawan Malaysia .