Terkini | New

Filem Seram Emp4t Terbitan lomo pictures sdn bhd Bakal Menemui Anda Pada 2023

Filem Seram Emp4t Terbitan lomo pictures sdn bhd Bakal Menemui Anda Pada 2023

lomo pictures sdn bhd yang sebelum ini terkenal dengan kerjasama strategik di peringkat antarabangsa seperti China, Hong kong, Taiwan dan Singapura memanfaatkan peluang selama ini bagi membantu produksi filem tempatan dengan karya-karya bermutu serta bertaraf antarabangsa.


Selepas kejayaan filem haunted hotel , small town heroes dan gila gusti kini sekali lagi lomo pictures kembali dengan karya terbaharunya berjudul emp4t hasil kerjasama fortune studios, ant3 , tnt food and mybest global express.


Filem bergenre seram ini dibintangi pelakon baru namun memiliki bakat besar seperti adriana adnan , nur farisha amira aslan dan alynna joanna joseph dengan arahan pelakon dan juga pengarah terkenal ayez shaukat fonseka dan silver yee.


Penggusti bertongkolok malaysia ini tidak perlu lagi diperkenalkan kerana ayez ( turut berlakon dalam filem emp4t ) pernah mengarahkan filem seperti karma , rebut dan bunga raya serta menulis skrip bagi filem gila gusti yang juga menampilkan beliau sebagai pelakon utama .


Pengarah filem silver yee sebelum ini mengarahkan filem gila gusti , huat the fish , ah beng : mission impossible dan di ambang misteri. Dengan kepakaran mereka serta garapan istimewa , naskah emp4t bersedia menemui penonton dengan kelainan yang tersendiri meskipun menampilkan pelakon baharu Namun bagaimanapun filem emp4t juga turut menampilkan pelakon handalan mohammad syafie naswip sebagai arman.


Filem empat berkisarkan tentang sekumpulan remaja sahabat baik yang memiliki pelbagai latar belakang serta konflik mempunyai keistimewaan pancaindera ke enam iaitu mampu melihat dan merasai alam ghaib.

Persahabatan yang erat dari alam remaja sehingga ke alam dewasa membuatkan mereka akhirnya terpaksa berdepan suatu peristiwa tragis yang menelan korban dan merenggut nyawa. Siapa sree dan apa kaitannya dengan alam ghaib ? adakah benar mereka mampu melihat makhluk ghaib atau memiliki masalah jiwa yang tidak terungkap sehingga nyawa galang ganti ?


Antara pelakon terkenal yang membintangi filam Emp4t adalah Adriana Adnan, Syafie Naswip, Riesha Aslan dan Alvy Joanna. Saksikan emp4t tidak lama lagi di pawagam berhampiran anda tidak lama lagi.